Gua tak tau mana nak cari tali gitar kat area Melaka dan Muar. Gua biasa beli tali kat Seremban. Ramadhan lepas tak sempat nak topap tali, maka terpaksalah pakai apa yang ada sepanjang Ramadhan.
Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan orang kata mutu persembahan masih OK. Masuk je Syawal, usahkan orang lain, gua sendiri menyampah dengar bunyi gitar gua.
Apapun, sejak keja Muar ni, gua biasanya busking kat Melaka (lepas Isyak, pada Isnin, Rabu dan Jumaat malam) Busking kat BTS (kalau rajin pada weekend) dah makin ketat sebab makin ramai busker dan panhandler kat sana sampai gua pulak rasa takde tempat.
Apapun, sejak Caliph Busker keluar tibi, dan sejak posting video kat youtube diterima pakai oleh scouter untuk cari bakat baru, busking semakin menjadi pilihan ramai nak cari duit extra di zaman GST dan TPPA ini.
Cumanya, penerimaan masyarakat terhadap pemuzik jalanan dan etika para pemuzik jalanan tu sendiri, perlu ada evolusi. Taknak jadi macam industri seni mainstream kita yang sejak adanya tivi kaler sampailah tivi dalam hemfon, kat situ jerlah takuknya... Kualitinya takde tapi hypenya, mengalahkan kpop... |
No comments:
Post a Comment