Dulu masa memula gua menyemarakkan #serembantunnel, yang rajin busking kat situ hanyalah Bro Black dan gua. Setahun gak gua tahan. Tapi asyik setakat dapat 'Like' jer, gua lari ke stesen komuter Bandar Tasik Selatan demi keterusan hidup. Kadangkadang jer gua busking kat Seremban.
Gua kerap ikuti perkembangan #serembantunnel melalui Bro Peter, pembekal utama tali gitar gua. Dan sejak gua dah mula keja, gua dah jarang lepak #serembantunnel.
Bro Peter kata Majlis Perbandaran Seremban pernah bagi elaun khas untuk busker yang busking kat tempat strategik di bandar Seremban dan beliau tunjuk kat gua video dan gambar beberapa kids yang busking kat tunnel dan tempat teksi tepi Terminal One. Pro jugak, gayanya. Tapi lelama mereka pun hilang tah kemana...
Tahun ni gua dapat kerja kat Muar maka lagila jarang gua lepak tunnel. Tapi semangat gua membusking telah menaikkan ghairah Bro Peter untuk busking juga dan berkat kerajinan dan kabel beliau followup pihak Majlis, aktiviti membusking semakin kerap di #SerembanTunnel. Tapi level beliau, Bro Khaliss dan busker yang lain adalah bukan busker biasa sebab mereka mementingkan mutu permainan. Yelah, Bro Khaliss ex bassist kumpulan Fotograf. Dari dalam terowong lagi dia boleh tau tune gitar gua lari chord G nya. Bro Peter dan kawan dia pulak orang klasikal yang pergi kelas punya. Gua memang humble bila dengan dorang sebab semua pawer pawer tapi mereka saja simpan kuku. Kelebihan gua dan Bro Black hanyalah pada suara.
Apapun, tahap penerimaan orang Seremban dengan busker masih kureng. Kalau takat nak sukasuka bolehlah. Nak buat duit memang payah. Tapi itu tak melunturkan semangat abang-abang ni dari terus kembali hidup dan menghidupkan suasana Seremban town yang semakin tak relevan di hati mudamudi... Semoga orang Seremban akan support aktiviti busking ni dan semoga busking menjadi salahsatu pilihan untuk orang setempat terutamanya anakmuda cari rezeki selain berniaga barangbarang made in China.
Bukannya takde pemuzik yang hebat kat Seremban atau Negeri Sembilan ni tapi macam gua, semua dah pakat keluar sebab nak survive.
Kudos kepada Bro Khaliss, Bro Peter dan lebihlebih lagi Bro Black yang kekal memperjuangkan seni di #serembantunnel .
Korang bila lalulalang tu jangan takat senyum dan bagi Like jer. Hulurhulurlah sikit walau duit syiling. Beli minuman berGST boleh jer gua, tengok? Takkan nak hulur singgit pun kedek? Bukannya kami mintak sedekah. Kami memperdagangkan bakat kami dan sokongan anda amatlah dihargai. Sekian.
No comments:
Post a Comment