Monday, September 19, 2011

I love you Philip Morris

Sapa suka Me, Myself and Irene? Cerita pasal mamat Bipolar yang saiko? Dibintangi oleh Jim Carrey. Apa? Korang menyampah dengan Jim Carrey? KAlau ye, maka korang WAJIB tonton cerita ni. Lagi sakit!
AWAS: Movie ini ada mengandungi mesej Pro sodomi...


Apa yang menjadi perhatian aku dalam movie ni ialah si Jim Carrey dengan Ewan McGregor punya scene comolot tu. Uwekkk!

Monday, September 12, 2011

Jangan Tinggal Daku Kesorangan Lagi 2

...baca dari mula




'Asamekomm! Kami datang nak beraya!' bunyi bebudak menjerit depan gate umah aku. Aku ushar melalui langsir. Aku dah sedia untuk ini. Dan plan aku ialah aku dok dendiam dalam umah. Hehe. Umah aku mana ada kueh raya?

3 minit lepas tu, bebudak tu beralih ke rumah sebelah. Rumah pakcik tu. Bebudak bagi salam. Senyap. Bebudak bagi salam lagi. Senyap. Mungkin pakcik sebelah ni keluar. Mungkin pakcik tu guna taktik macam gua jugak. Bebudak meneruskan aktiviti mereka ke umah sebelah pulak.

Malam tu, masa aku tengah separa sedar nak tido dalam bilik atas, aku terdengar sayupsayup suara macam orang mengaduh. Mulamula aku tak ambik port, tapi bila suara tu meleret leret macam humming penganut Hindu semayang, aku mula sangsi. Serentak dengan itu juga kedengaran bunyi anjing anjing di luar menyalak. Dadaku berdebar debar.

Aku bangun dari katil dan cuba mengamati punca bunyi itu. Ia datang dari umah pakcik sebelah! Aku pekapkan telinga ke dinding. Memang tak salah lagi! Dinding yang aku pekapkan telinga tu pun turut bergetar mengikut bunyi mengaduh yang macam humming tu.

Apahal dengan pakcik sebelah, ni? Sakit ke? Ada masalah ke? Aku tak tau nak buat apa. Secara reflex aku mengetuk dinding. Otomatik bunyi tu hilang. Aku terpinga pinga. Memandangkan dah senyap, aku pulang ke katil.

Tengah aku terbaring melayan mamai nak tido, aku dengar semula bunyi merengek macam orang sakit tu. Aku bangun dan ketuk dinding. Bunyi diam. Aku tunggu jap. 2minit lepas tu dia berbunyi balik. Aku ketuk dinding lagi. Dia diam. Lama gak. Aku kembali ke katil. Aku ushar jer dinding, tunggu bunyi keluar semula. Takde pun.

Baru aku nak tarik selimut nak sambung tido, tetiba jer bunyi tu datang lagi. Kalini bunyi merengek kesakitan itu lebih jelas. Aku bangun dari katil dan merapatkan telinga di dinding. Tetiba dia senyap. Aku terus pekapkan telinga di dinding.

Tibatiba bunyi rengekan bersambung berserta bunyi macam kuku mencakar dinding yang aku pekapkan telinga ni. Keterkejutanku telah buatkanku terkebelakang dan terjatuh. Kepalaku terhantuk di katil. Aku terbaring di lantai. Pandanganku kabur. Bunyi aneh semakin kuat. Sungguh kuat seolah olah apa saja puncanya tu berada dalam bilik yang sama denganku. Tapi kepalaku sakit dek terhantuk. Kakiku terasa disentuh oleh sesuatu yang sejuk. Dadaku berdebar bagaikan nak meletup. Aku tak dapat gerakkan badan. Bunyi rengekan itu sebenarnya bunyi kanak kanak menangis. Dan dari nadanya, budak tu ada dalam bilik ni.

Aku pengsan.

...bersambung

Thursday, September 8, 2011

Jangan Tinggal Daku Kesorangan Lagi.



Atan baru balik ke rumah sewanya malam tu. Dia meletakkan beg di tepi sliding door sebelum menyeluk poket depan begnya itu. sambil dia leka mencari kunci rumahnya, dia ditegur dari abang dari rumah belah kanan:


"Selamat Hari Raya! Baru sampai ke?" sapa brader tu sambil angkat tangan macam nak salam walhal jarak Atan dan brader tu tak memungkinkan berlakunya aktiviti sivik seperti dalam kebanyakan budaya manusia. Atan yang tak berapa berkenan dengan orang yang bertanya soalan bodoh macam tu, terpaksa letgo sebab ni masih dlam bulan Syawal. Atan azam nak maintain lama sikit keimanan yang diperolehinya dari bulan Ramadhan baru-baru ni. Atan budak baik. Atan nak jadi baik.


"A'ah. Abang tak balik kampung, raya?" tanya Atan. Dia dah jumpa kunci rumahnya. Atan berdiri nak mengacukan kunci nak bukak ointu. Sambil menonyoh kunci, sambil Atan memandang ke arah brader yang masih senyum kerang busuk terpinga-pinga dengan soalan spontan dari Atan.


"Ohh. Abang, abang balik kejap jer ni. Ambik barang akak kau jap. Lepas Maghrib kang, abang gerak balik Rembau, laa" jawab brader tu tak reti nak melawak lagi dah.


"Ok lah bang" kata Atan sambil melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia mengangkat begnya tadi. Atan angkat tangan kat brader. Brader angkat tangan kat Atan. Brader masuk ke dalam rumahnya. Atan masih lagi membongkok nak angkat begnya. Atan ushar ke rumah sebelah kiri pulak. Atan baru terpikir...

Orang tua sebelah ni, tak balik raya ke?


...bersambung...