Sebagai seorang abang, aku sedar akan kewajipanku dalam keluarga sebegini. Aku mesti menjadi contoh kepada adik-adik aku yang lain. Aku pun kena jaga reputasi keluarga (yakni mak aku) di depan masyarakat sekeliling mak. Aku kena sentiasa perfect. Dapatlak mak sentiasa menyalahgunakan aku sebagai contoh 'kejayaan' di depan adik-adik aku yang lain. Walaupun ia tak terkeluar dari mulut diorang, tapi aku rasa, tabiat mak yang suka membanding aku terhadap mereka tidaklah disukai oleh mereka. Ini kerana aku bukanlah seorang yang baik. Aku hanyalah baik DEPAN mak ajer. Di belakang mak, AKU-lah budak tu. Dan adikadikku tau. Tapi mereka tak bagitau mak. Sebab mereka tak mau pecahkan bubble mak tentang aku yang indah itu.
Aku tak pedulik pun sebenarnya. Bahkan aku selalu berkongsi segala kejahatan yang aku buat di bandar (kami semua dok kat kampung, tapi moden) dengan adikadik lelakiku. Angah dan Ijam belajar isap rokok dari aku. Angah kuat mencuri sebab dia tertarik dengan kelebihan aku menyonglap barang dari Supermarket. Cuma dia lebih kreatif dengan menyonglap motor time-time dia sesak. Ijam pulak jadi playboy sebab terpengaruh dengan lifestyle aku masa aku kat U. Cuma Alang ajer yang tak terpengaruh sebab dia masih kat Uitm dan tak bergaul sangat dengan aku. Aku tak pernah cuba mendekati dia sebab aku tau, Alang tu ialah copycat aku. Cuma dia play it safe. Aku suka take risk.
Adikadik pompuan pulak, lately dah makin tak keluar bilik sejak aku ajar diorang berFB dan berblogging. Sampai mak kengkadang terpaksa makan dalam bilik sebab taknak makan sensorang kat dapur. Ada Ningsun, katanya.
Bila dah jadi camni, selalunya kat rumah, mak akan dok sensorang lepas dinner, tengok TV. Angah ngan Ijam serta adikadik pompuan, lepak dalam bilik masingmasing, layan kepala puberty mereka. Maka tinggallah mak dan aku kat ruang tamu. Kami akan selalu berborak dan berdebat pasal rancangan yang kami tonton.
Sebab mak adalah milik aku seorang....Hahahahaha...
6 comments:
woww...tamaknye haha
ooo..rupenye dia ni la yg ajar anak2 makcik ramlah jd camtuuuu... isee.......
LONG ni anak makcik ramelah gak ke? mesti dia tengah best jer kan dpt layanan VIP
Setiap cerita siri akuskizo takde kena mengena antara satu sama lain atau sesiapa saja. Semuanya hanyalah rekan semata-mata dan sekadar hiburan dikala sunyi. Sesiapa yang perasan apa-apa adalah skizo. Sila hantarkan cerpen anda kepada saya dan saya akan edit dan panggil ia sebagai karya saya.
Hahahaha..
kuang asam LOL hahahahaha
hahaha. LOLOLOLOLO
Post a Comment