Budak underground Malaysia ialah budak yang MENGAKU join scene underground. Yang wajib adalah budak yang dalam band underground, abang zine editors, think-tanks, icons dan backstage people yang terlibat dalam menimbulkan suasana ke-scene-nan dalam sesebuah scene. Masa aku ushar dulu, kebetulan zaman kemuncak. Gig seminggu sekali dari Utara sampailah selatan Malaysia. Zine tumbuh cam cendawan, gig tu macam Sura Heboh atau Festival Cosplay yang penuh dengan gerai menjual barang-barang rare. Yang LARI dari suasana ke MELAYU an yang pada masa tu monotonous musically dan politically incorrect socialy. Dan ini termasuklah kengkawan bebudak tadi, housemate, mereka yang happend to be in a gig by accident, mahupun mamat tabligh yang sedang dalam penyamaran nak mendakwahkan kami pada masa tu.
Budak tabligh pula ialah mereka yang mengaku join tabligh yang pada masa tu jugak sedang berkembang biak ajarannya. Dapat pulak dengan isu Al-Arqam yang sibuk dipolitikkan, ajaran tabligh sudah tentulah menular dikalangan budak pengajian tinggi. Yang gempaknya, budak kalau dah join tabligh ni pada masa tu, disamping ketayap pakistannya, mesti obvious dengan janggutnya, serta ada kesan-kesan celak kat matanya. Tu yang nampak cam impak Sepultura atau Korn sikit. Jadi, memang nampak tak janggal lah kalau lepak sekali dengan bebudak underground yang serba hitam atau ada yang mohawk dan berrantai cam anjiing massa minum di kedai mamak.
Dan kisah percanggahan pendapat antara seorang budak underground dengan seorang rakan atau sedara maranya yang BARU JOIN TABLIGH, memang klasik. Aku sendiri pun pernah mengalaminya first hand. Cuma sekarang, ada orang mula menggelarkan bahawa AKULAH ABANG KARKUN tu. Hahaha. What a joke.
Kelayakan seorang karkun ialah telah keluar selama 24 hari, 3 hari continously. Itu secara teknikal saja. Secara sufinya, seorang karkun sebenar ialah seorang yang istiqomah keluar 3 hari setiap bulan, istoqimah 2jam setengah setiap hari, dan yang paling penting HADIR MESYUARAT. Aku is none of the above. Kalau tidak, camana aku nak update blog aku?
Tapi, kadar peng-convert-tan budak underground Malaysia kepada budak tabligh semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini. Kalau mereka tak dapat convertkan on the spot, bila dah tua, mesti semuanya convert jugak. Paling at least pun dah pernah keluar tabligh sekali. Kita bukanlah anti religion atau tak suka dengan konsep perasan 'mister know it all' dalam agama orang Islam ni. Tapi kita tak suka bila mereka menggunakan hujah dalil itu ini masa diorang dah kalah berdebat dengan kita. Lepas tu labelkan kita sebagai penghuni itu ini sebagai penutup kata. Ini point pertama.
Point kedua ialah bila dah ramai budak kita yang jadi tabligh, ideologi dalam scene kita akan terbatas kepada hal-hal keagamaan. Bebudak asyik citer pasal azab kubur dan tutup aurat masa kita ngeteh daripada membincangkan masa depan band, zine atau blog underground kita ni. Duit jamming semakin naik walaupun takde kena mengena dengan petrol. Dan bebudak underground pun ramai yang menganggur. Maklumlah. Lepasan U jer semua. Intelektualis. Tapi sekadar main gitar je tahap tapping. Sekor pun tak berduit. Suruh terjun mainstream, tak nak. Takut keluar skandal dengan artis wanita. Aku berkarya bukan kerna nama. Eh, lari pulak topik. Budak tabligh melimitkan tahap pemikiran kita yang selama ini bebas, chaos kp dan acab, kepada Allah-Rasul-Ibu-Ibu-Ibu-Bapa ajer. Budak metal pulak kena pasal azab kubur dan mahsyar. Budak punk kena pasal kelojikan menutup aurat masa main skate. Zine editor jer dah 3 empat ekor jadi kapir dan masuk neraka. Aku bimbang dengan perkembangan ini.
Maka aku menyeru kepada big braders, untuk turun ke padang dan menghadiahkan sebuah lagu, atau mendeklemasikan sajak bisu, atau buat entry dalam blog pasal budak-budak tabligh yang semakin mencengkam kebebasan bersuara serta kreativiti kita ini, demi hak kemanusiaan kita sebagai youth.
Aku rasa kita dalam bahaya kerana mereka mempersiapkan askar mereka dengan artikel ini
"Sukati kami lah nak bangun pukul berapa hari Jumaat"
4 comments:
hakhakhak
ade x editor nk trime artikel ni?
simpati la sket kt dak2 indie ni
sian dorg ..huhu
makan dalammmm...bg yg terperasan la
being a fanzine editor kelihatan cam 'cool' jer kan?pengaruh tu pentinggg...haha.padahal otai2 ug dah tukar fesyen tabligh la pulakk...kasi chan la scuba,org baru nak berjinak,kena kasi semangat sket.kau cakap apa dark??lost ke?
fuyooo rambut? warna warni auuuwww
lol
Post a Comment