Friday, December 10, 2010

Dia skizo ke aku yang skizo? 5

Sedar-sedar, aku rasa ada orang menekan badanku dari atas. Aku terjaga. Kepalaku juga ditekan ke bawah. Aku cuba nak angkat kepala tapi tak dapat. Apahal plak ni? Aku cuma dapat melihat meja studyku. Aik? Aku ternampak mug. Bau Ali Cafe menusuk hidungku. Bukankah itu mug yang nak digunakan untuk membunuh aku tadi? Perut aku rasa sakit sebab tekanan itu menekan benda yang ada dalam poket baju Melayuku. Rasa macam henpon.

Dua abang polis menekan aku di atas katil. Setelah tanganku digari, barulah aku dibangunkan. Kelihatan dua orang polis lagi di pintu bilikku, sedang mengacukan pistol ke arahku.

"Amender, ni bang?" tanyaku.
"Awak ditahan kerana disyaki membunuh" jawab abang polis kat belakang aku. Aku diusung keluar.

Kat luar bilik, kelihatan beberapa orang polis sedang memenuhi rumah kami. Aku terus diusung keluar rumah. Semasa kami melalui depan bilik housemateku, kelihatan mayatnya telah diangkat ke atas stretcher dan ditutup dengan plastik hitam. Kelihatan juga housemateku yang satu lagi mengushar aku dengan ketakutan. Dia menjauhkan diri dari aku sambil menggelengkan kepalanya.

Bila aku keluar dari rumah jer, lampu flash kamera berkelipkelip ke arahku. Cam artis pulak rasanya. Kelihatan rakan-rakan usrah, jiran dan teman satu U memenuhi kawasan depan rumah aku. Aku diusung dan dibawa masuk ke dalam kereta polis. Aku dibawa ke balai.

.
.
.

Di sudut yang lain...

"Tadi dia sama solat Isyak dengan kitorang. Tapi lepas bagi salam, dia terus balik ke rumah. Saya datang ke mari nak jumpa dia nak bincang pasal paper esok. Bila saya lalu depan bilik housematenya, saya terkejut melihat housematenya terbaring di dalam bilik, dengan mata terbeliak dan lidah terjelir serta tali gitar menjerut lehernya. Saya mula suspek ada sesuatu yang tak kena. Saya teringat kata-kata suspek yang dia kata housematenya tu nak bunuh dia. Tak sangka pulak dialah yang membunuh housematenya. Saya pun talipon abang. Lepas tu baru saya talipon polis" lapor Ali pada seorang wartawan 999 yang cambagus.

"Saya memang dah syak ada sesuatu yang tak kena dengan dia sejak mula lagi" kata housemateku yang mat disko tu pulak.

"Dia tak suka jika kami main gitar malam-malam" katanya lagi.


"Saya suspek dia layan syabu, kak" kata Amat pula.


.
.
.
...Aku hanya diam dalam kereta polis...


bersambung lagi...

ikuti penutup kisah yang panjang dan memboringkan ini lagi, esok...

4 comments:

± said...

naya betol mamat ketayap tu. aku harap dia dapat mencekik kesemua polis kat balai pulak nanti.baru 999! mazidul akmar sidik melaporkan

podeh3 said...

salam. lau mcm tu da jdi lain plak t. jgn biarkan hidup anda di belenggu misteriiiiii.. haha..

Ka-Ching said...

adoi...kena tangkap lagi abih la kena lempang ngn polis otai lg..aku dah skizo-an xleh bezakn sape yg skizo sebenaunye?? arghhh...

Irwan said...

hahaha...ikuti episod seterusnya, sebentar lagi...abang seekers melaporkan...zasssss!!!