Friday, January 21, 2011

Bagaimana menkristoskan diri 5




Moderator: Kenapa?
BU : terangnya...


Moderator : apa yang kau nampak?
BU: Aku nampak gugusan kolumbonimbus memintas cahaya matahari. suasana menjadi berbayang-bayang di permukaan bumi. Waah! Aku semakin tinggi! Atap rumah atuk kelihatan semakin kecil di kakiku. Pemandanganku menjadi luas. Aku tak dapat nak fokus dengan teliti sebab semuanya semakin menjadi kecik-kecik. Yang ternampak hanyalh petakpetak berwarna hijau dan lengkok jalan raya yang bersimpang siur. Aku mendongak lagi ke langit. Aku rasa aku semakin laju naik ke langit. Aku menuju terus ke arah sebuah awan. Semakin aku dekat, kepulan awan itu semakin menghilang dan aku melalui kawanan kabus yang menyejukkan dan menembusi awan itu. Kemudian ia bercantum menjadi awan kembali semakin jauh ia di kaki ku. Permukaan bumi sudah tak kelihatan. Yang kelihatan cumalah horizon langit yang di batasi oleh kepulan awan yang memutih, bagaikan bayangan sebuah kayangan. Sungguh cantik dan real pemandangan ni. Kau kena tengok, ni bro.


Moderator: takper-takper. Boleh kau cuba tinggi lagi?

BU: Aku mendongak ke atas dan kelihatan langit yang membiru dengan bintang yang berkelip-kelipan. Aku kagum.


Moderator : Cuba kau tinggikan lagi badan kau.

Bu : Aku terasa meninggi tapi pemandanganku macam itu jugak. Langit membiru kegelapan, dengan bintang-bintang berkelipan. Ada jugak tahi bintang dan kelipkelip satelit di kejauhan belah kiri.


Moderator : Ok. Sekarang kau pandang kakiku.

BU : OK. Aik?
Moderator: Kenapa?
BU : Bila masa pulak aku pakai kasut boot phua chu kang, ni? Basah lak tu?


Moderator : Bagus. sekarang kau rasakan kau semakin menurun dan merendah. Perhatikan sekeliling kau semasa kau menurun tu.

BU : OK. aku terasa macam aku semakin rendah. Aku melintasi kawasan horizon awan tadi. Kemudian aku-aku....


Moderator : Rilekk...

BU : Aku rasa aku sedang jatuh! Ye! Aku sedang jatuh dengan lajunya dari langit ke arah lautan. aku jatuh ke dalam laut! Tolong! Tolong! Apa aku nak buat ni? Mesti sakit ni, walaupun jatuh atas air!


Moderator : Kau picit hidung kau dan kepitkan badan. Jatuh kaki dulu macam dalam cerita askar yang turun dari helikopter tu.

BU : Aku..Blurrgggghh..Aku Dah jatuh. Aku dalam laut...Blurgghh..Ombak besar...Tolong---Tolong!!!

(BU terpaksa di lempang bagi menyedarkannya sebab dia meracau-racau macam orang kelemasan)

....


nak sambung lagi tak?

3 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

cane kalo x reti berenang ni? lemas la kot..

Irwan said...

kalau nampak cam lepas, kita kejutkan BU...tu ajer.

Dia tak mau jaga, kita lempang jer sedas dua...

Tak sedar jugak, oh well...

± said...

ggpp!
sambung je. baru complete steps. aku rasa ramai je silent readers ni..hehe