Friday, January 21, 2011

henfon junkie

aku cukup menyirap betul dengan henfon junkie. Diorang ni dah macam takde keje lain. Dok berkletapkletip jer kat belakang aku menjawab sms atau membalas twit.

Kengkadang tu dahlah susah payah haku mengangkut diorang dari rumah diorang memalam nak keluar minum, sampai kat warung, semasing diam dok mengadap henfon. Lubang hidung semasing bercahaya jer dari pancaran LCD.
Nak tarik perhatian pun aku kena twit atau update FB barulah nak simpan gadget semasing dan meneguk air teh yang dah sejuk. Naik malas aku ngalau lalat.


Ada kengkadang tu bila dalam Putra misalnya, golongan nyah yang suka tunjuktunjuk gambar dalam henfon kat member senyahnya yang lain. Pastu main kembang kuncup jari tu bagi zooming. Masalahnya kalau tengah duduk takper. Ni tengah berdiri kat sebelah aku. Bila koc ambik korner, mulalah dia terhoyong hayang main capai jer apa yang sempat dan sebagai seorang nyah, memang otomatik agaknya tangan mereka ni mencapai kawasan sulit orang lain. Kalau sekali dua boleh gak dikatakan kebetulan. Ni orang lain pun kena taktik yang sama. Awas hai teruna!


Paling menular ialah gejala ambik klip 3gp dengan henfon. Bila ada kemalangan, henfon digunakan untuk merakamkan saat kodak sebelum menalipon RTM3. Cikgucikgu takut nak ngajar takut bebudak rakam pakai henfon.

Aku tak peduliklah hobi para perakam menggunakan henfon tapi aku cuma harapkan agar kita semua lebih mementingkan komunikasi lisan daripada terlalu asyik dalam komunikasi tulisan ini.

Memang best bila ada orang berkomunikasi dengan kita. Atau percaya dengan cerita kencing kita. Tapi kita kena pikirkan kemanakah sudahnya.

Ntahlah.

Eh? Bateri henpon aku dah nak habis rupanya. Aku caj jap...



5 comments:

Pena Marhaen said...

teknologi komunikasi yg terlalu canggih adakalanya menyebabkan kita jadi "kaku"dalam komunikasi verbal dan akhirnya kita jadi makhluk antisosial..

Irwan said...

makhluk antisosial yang ada 4000 frens dalam FB dan 5 juta follower dalam blognya.

Dark Half said...

welcome to the social networking life

Irwan said...

what so social when we donb't even know to whom where are talking to?

might as well talk to Asimo or the talking babies

Dark Half said...

hidup memang so-sial
kawan dlm network juta-jutaan but the reality is, i'm a lonely loser