Wednesday, January 12, 2011

Bagaimana nak menkristoskan diri 2

Warning: Paling penting ialah si BU kena sentiasa bercakap dan describe apa yang dilihatnya sepanjang sessi ini. Dia takleh dok layan sensorang sebab nantik susah moderator nak 'tarik' BU masuk ke badan balik bila keadaan jadi mencemaskan macam kena kejar dinosor atau jatuh ke dalam laut yang berombak deras.


Bila semua dah clearkan otak, si tukang-tukang urut pun mulalah mengurut. Yang urut kaki, kasi ramas sikit bahagian tumit kedua-dua kaki si BU. Yang kat dahi, kasi tekan picitan perut telapak tangan tu kat  bahagian mata ketiga si BU. Laju tak laju, perlahan tak perlahan, sakit tak sakit. Seleserr jer.

Si Bu kena layan dulu kedua-dua urutan ini. Kena biarkan keasyikan urutan itu menjalar naik dari kaki ke pinggang, naik ke dada dan menenggelami bahu hingga ke leher. Yang kat dahi pulak terasa semakin berkembang ke seluruh celah otak dan telinga hingga merasakan kegelian di hujung tengkorak. Kedua-dua sensasi ini berkembang dan bertemu di mata di mana ia seakan membuatkan badan kita rasa ringan dan seolah bergetar macam kita melibas tikar di atas lantai. Tangan di kiri kanan pun rasa macam beralun-alun macam dalam buat breakdance yang macam sotong tu. Layan vibration ini dan biarkan diri anda di overwhelme kan oleh sensasi itu.

Kemudian moderator akan suruh BU 'rasa'kan bahawa dia (BU) semakin meninggi melalui pemanjangan kakinya. BU kena bayangkan dia 'rasa' macam kakinya semakin panjang. Ada orang yang susah nak dapat rasa ni. Ada terlampau laju sampai dia tersedar sebab cuak kaki dia terasa panjang tibatiba. Tapi semuanya akan dapat rasa jugak. Stage ini sangat penting sebab stage ini membuka kunci macamana BU nak kontrol dirinya dalam dunia yang bakal diterokainya sebentar lagi.

Bila BU dah mula terasa tinggi melalui pemanjangan kakinya, moderator kena suruh BU panjangkan lagi, bagi BU rasa lagi tinggi. BU kena describe melalui percakapan, apa yang dia rasa. Dia akan rasa macam dia semakin tinggi dan kakinya memanjang hingga BU semakin dekat dengan awan. Jangan kasi dia fokus pada awan. Suruh BU fokus pada memanjangkan kaki. Bila dia dah familiar, kenkadang moedrator suruh BU stop memanjangkan kakinya. Tengok adakah perasaan meninggi itu stop juga. Kena practise tinggi-stop, tinggi-stop ni. Ia skill yang penting. Biasanya sekejap ajer. Paling lama pun ambik amsa dua minit. BU kena cerita apa yang dia rasa dan moderator kena tolong dia dalam mencapai skil ini. Bila BU dah dapat skil ni, tukang urut kaki bolehlah berhenti mengurut.

Bila BU dah familiar tinggi-stop atau turun-stop, moderator suruh BU rasa tinggi dengan memanjangkan kepalanya pula. Ada yang fokus bahagian atas tengkorak, ada yang fokus leher. Tapi yang penting, ialah medapatkan skil tinggi-stop dengan melalui kepala pulak...



bersambung...

6 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

uish..mcm kita plak jd pjg kaki..

Irwan said...

skil ni biasa dapat masa lalok nak tidor, tapi tak ramai yang peraan..

apa yang berlaku dalam latihan ini ialah kita nak masuk realm semi-conscious dalam keadaan sedar...

± said...

ko penah jadi BU ke scuba?cara ko describe macam kau penah experience je

aku x sure benda ni semi-conscious ke apa, tp aku penah mimpi kena himpit dgn lembaga yg besar.jd, aku pun cepat2 baca ayat kursi dgn niat meminta pertolongan Allah supaya terlepas dr kena himpit tu.bila aku tersedar, aku terasa mulut aku terkumat-kamit lg.cam real jer..

kaedah yg kau cerita ni aku bleh bayangkan sbb dalam siri tv Fringe, Dr. Bishop dilantik oleh Pentagon untuk melatih sekumpulan kanak-kanak berkebolehan luar biasa untuk masuk ke alam semi-conscious mereka tapi menggunakan sejenis dadah, Cortexiphan. Kanak-kanak ini dilatih utk dijadikan future army tapi kebanyakan dari mereka jadi psycho bila semakin dewasa kecuali 7 org termasuk ejen Olivia Dunham

Irwan said...

Aku? tukang urut kaki, sampailah moderator, semua aku pernah jadi...

~* chirpy_chummy *~ said...

owh, BU pn?

Irwan said...

of course lahhh..kalau tak caana aku boleh describe sumer ni?