Monday, January 3, 2011

Ketam yang skizo



Aku nak menyatakan ketidaksetujuanku dengan peribahasa yang yang berbunyi "Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan". Aku kata biarkanlah ketam itu berjalan macamana dia suka dan kita takde hak nak meng impose kan fahaman kita terhadap orang eh! Ketam-ketam yang lain.



Walaupun aku seorang ketam, aku berbangga dengan tradisi kaumku yang berjalan ketepi. Ini sebenarnya simbolik kepada fahaman kami agar sentiasa bersangka baik kepada semua makhluk. Dan sangkaan paling baik ialah pandangan dari depan. Sebab semua orang mahu sisi hadapan mereka memaparkan imej yang mesra dan boleh dipasarkan. Tapi bila mereka berpaling ajer ke tepi, maka terlihat kecelaan mereka ataupun kebaikan mereka hanyalah dari depan saja. Jadi untuk mengelakkan kaum kami terjerumus dalam dunia beburuk sangka, maka orang tua kami telah mengisyaratkan agar semua keturunan kami berjalan ke tepi. Maka sistem kemasyarakatan, gaya pemikiran, sistem pendidikan, malah iklan dalam TV pun mempromosikan gayahidup jalan ke tepi di kalangan kami. Ibubapa juga menggalakkan anak-anak mereka berjalan ke tepi seperti mereka makbapak mereka, datuknenek moyang cuai undai mereka tersebelumnya. Dan kami happy. Kami unik. Kami ada identiti.

Kami boleh berjalan macam binatang biasa, sebenarnya. Tapi sebab kami dah mengamalkan tradisi ini berjuta kurun lamanya, badan kami pun dah tuned aerodinamiknya ke arah keberjalananketepian.

Sungguhpun kami dikatakan salah dengan berjalan ketepi, kami amat tangkas melakukan kesalahan itu. Seekor kami yang sedang mengorat ketam betina ketika musim mengawan, boleh berlari ke tepi dan masuk dalam lubang rahsia dalam masa kurang dari setengah saat jika di serang hendap dari belakang oleh musuh. Cuba korang lari ketepi dan try masuk dalam lubang yang dikorek dalam pasir pantai. Masa kering, air surut bolehla...Cuba masa ombak tengah memuklul pantai tu...
Tak serikserik lagi mencuri?

Berjalan ke tepi ini bagus untuk kaum lelaki kami kerana ia mengaktifkan otot-otot paha yang sepatutnya yang menggalakkan keberkesanan dayungan semasa bangsa kami mengawan. Ini penting dalam mengoptimumkan halaju pancutan serta daya tujah dalam memastikan sperma itu sampai ke ovum dalam masa yang singkat. Agar tenaga sperma itu dapat digunakan untuk melepasi dinding, lantas mempersenyawakan ovum, bukan dihabiskan dengan berenang sepanjang falopio. Cubalah perhatikan jumlah anak yang lahir sekali bertelur, serta jumlah penceraian dalam komuniti kami. Kebahagiaan di ranjang itulah jawapannya. Dan rahsia kami: berjalan ke tepi.


Sapa cakap berjalan ke tepi tu salah? Itu cuma perspektif korang ajer. Mungkin pada kami, kaum yang berjalan ke depan ITU yang salah? Ada kami sound-sound dan oppress kamu? Atau memalukan kaum kami di dalam media kamu? Kamu ingat kami ni apa? Kamu ingat berjalan ke tepi ni kelakar ke? Sekadar pelaris media kamu? Sekadar alat dalam menaikkan kamu di mata advertisers?
Sekadar lawak?


Dan dengan membiarkan satu pepatah yang sebegitu bias di dalam budaya Malaysia, adalah jijik padaku jika anakku bertanya padaku dan aku tak buat apa-apa pada hari ini. Biarlah satu perjalanan yang panjang itu bermula dengan sumbangan kecilku asalkan ia tidak dilengah lengahkan lagi.

Aku seru agar Dewan Bahasa dan Pustaka menukarkan pepatah itu kepada "Bagaikan mengajar anak kencing berlari" sebagai menyamaratakan hak antara makhluk di bumi yang tercinta ini. Buang terus perkataan yang menggambarkan ketidaksamarataan demi menjaga hak kebebasan kami sebagai pembayar cukai. Eh? Ketam bayar cukai, ke? Ahhhh...Gasaklah.

Jika tuntutan kami ini tidak ditunaikan dalam masa seminggu dari tarikh penyiaran ini, maka kami akan...





Di negara luar, hak kami dijaga dengan baiknya



...Teruskan hidup kami macam biasa.

3 comments:

± said...

hahahhh..patut la tahap imagination tu luar biasa...now i knoe

aku penah marah kat incik ketam satu hari tu sbb dia berkeras ngan aku berjalan ke tepi tu adalah cara betul berjalan bg seorang ketam dan sudah tentu ia unik

last2 sekali baru aku sedar aku tersilap argue dgn dia.aku manusia, dia ketam, memang la tak sebulu!

Irwan said...

ketam ada bulu ker?

± said...

ada..yg kaler coklat tu