Monday, January 3, 2011

Ikut suka Dia


Ikut suka akulah aku nak cakap camana.
Ni mulut aku
Tu syurga neraka aku
Tahulah aku mana aku nak tuju

Kau sapa nak tudingtuding bahu aku?
Tunjuk kat aku pilihanku satusatu
Dan mengindoktrinasikan padaku
Pilihanmu?

Apa?
Aku tak punya kehendak?
Aku tak punya mahu?
Akusiapapadamusiapakaupadaku?

Hah?

Kausiapapadakuapakaumahudariku?

Tak payah kau nak paksa
Perkara yang kau sendiri tak percaya
Kau sendiri tak imani
Kau sendiri tak yakini

Ahhh!

Aku takmahu dengar cerita mumbojumbomu
Andai ini akan itu, andai itu maka aku.
Aku dah ngerti semua itu
Yakni aku jahat dan engkaulah satu
si mamat berhati mulia yang suka baling batu



...sembunyi tangan pastu buat muka tak tau.

2 comments:

± said...

susah la bila kimia tak stable dalam otak...agak2 kasi lobotomy kat tengkorak bleh cure kot

Irwan said...

senang jer nak kasi neutralize balik. Zapp jer sekali dengan kabel voltan tinggi...