Sunday, January 2, 2011

Kristos Eksperimen

Kau pernah rasa tahap kristos?

Amender, tu?

Alah...Tahap yang kau rasa macam badan kau dibuai ombak, lepas tu, keu nampak macamacam. Biasanya kejadian yang ada kena mengena dengan kau, lah. Macam...

Macam jatuh dari curam yang tinggi?


Haah! Lebih kuranglah. Kau pernah rasa macam tu?

Lebih kurang 70% dalam seminggu jugaklah..


Aku 100%. Aku tau-aku tau. Haritu masa aku pegi bank nak bayar bil, masa tengah beratur tu, boleh terkristos lak sekejap...

Camana laktu?


Bukan apa. Kerani kaunter aku tu lembap sangat. Kaunter yang bukak pulak dua. Orang pulak, tang tuu lah dia nak bukak akaun anak sedara dia...

Yang kristos tu lahhh!


Oh? Ye..OK-OK. Masa aku beratur tu, aku ingat..aku tengah berdiri...

..Memanglahhhh!!!...


Sabarlah dulu...

 

OK-OK teruskan. Teruskan.

Aku tengah berdiri, kaki aku rasa kebas. Aku pun gerak-gerakkan jari kaki aku.

"Sedarsedar, bila aku angkat kepala balik, badan rasa berombak. Mata dah bintangbintang nak pitam. Kaki dah tak rasa. Jari aku yang sedang menggenggam kertas borang nak keluar duit pulak berpeluh dan terasa sejuk sebab aku duduk bawah aircond. Sejuk. Memang sejuk. Aku sejuk. Aku rasa, kesejukan ini saja puncanya...Aku biarkan ia menjalar keseluruh tubuhku dan menenggelami kepalaku.

Tangtang tu laa aku baru perasan aku pakai boot eskimo. Baju aku dua lapis ajer. T shirt dengan jaket. Memanglah sejuk. Dahlah kat tepi lautan. Glasier pun banyak...Apahal pulak penguin tu lari kat depan aku ni? Mereka lari dariku, kah? Banyak betul penguin ni. Aku seronok tengok penguin comel berlari-lari terkedek-kedek ramai-ramai di depanku. Macam kena keja dinosor.

WAARRRGGHHHH!!!

Aku cuba menakutnakutkan penguin tu sumer dengan membuat aksi godzilla dengan mengangkat kedua tanganku. Haha. Kononkonon akulah sebab mereka lari bertempiaran. Tapi, apa sebab mereka lari, ni? Aku toleh kebelakang setelah aku mula tenggelam dalam bayang...

WAAARGGGHHH!!!

Memang betul Trex kat belakang aku dan aku baru saja terselamat dari terkaman mukadimah cakar dari kaki kanannya. Aku panik! Trex tu cuba menggigit punggungku. Aku pun mencapai kayu Flintstone dan cuba memukul ekornya untuk mengalihkan perhatiannya. Masa tu...

Masa tu apa?

Masa tu lah pakgad bank tu, tap bahu aku. Aku kembali ke dunia nyata. Orang sumer tengok aku sebab aku tengah memegang tiang tali pembahagi tempat beratur tu...Lagipun, dah sampai giliran aku.

Dasat gila. Kau layan apa masa tu?

Mana ada layan apaapa! Aku bersih lah kawan. Tahap kristos yang aku alami adalah yang semulajadi. Tiada perisa atau pewarna tiruan.

Camana lak kau boleh terkristos tiba-tiberrr jer?


Mungkin kemarahan aku pada masa aku beratur tu, membuatkan otakku melayang. Tapi memang rasa cam real. Penguin tu rasa cam boleh pegang. Trex tu pun macam dalam TV. Real betulla. Panas, sejuk. Malam siang. Kau takkan tak pernah?

Aku cuma 70% jer. Baru nak kristos, anak aku dah ada atas riba, lah. Panjat bahulah. Mana sempat nak aman. Kau sambil berdiriii jer, dah melayang. Kat mana lagi tempat pelik yang kau alami kristos, tu?


Masa berak, standard la. Masa naik keta, bila drive jauhjauh, memangkena. Masa meeting memang sering. Aku pernah kena tegur sebab terkristos masa gunting rambut.


Kau ni perlukan nasihat pakar, laa.


Aku tau.

baca lagi

8 comments:

eszol said...

mlampaw btol kristos ko wan

aku slalu time nak tertido je

x pnah plak time btol2 conscious

Irwan said...

so, kalau dah sampai tahap camni, nak kena jumpa doktor ambik surat jugak ke?


dua tiga hari ni aku terskizo setelah tengok cerita the pursuit of happyness yang ada will smith tu...

aku masih terharu...

Dark Half said...

patut la aku salu nampak orang gila berangan jadi otromen, takpun jadi ahli politik

tapi kristos ko lg melampau kot...pak guard tu tak cepuk kepala kau ke?

Irwan said...

giler apa dia nak cepuk aku. Kan tiang satinless steel berantai bersalut baldu maroon tu ada ditanganku...

Niz said...

kristos
masuk blog ni baru tau pasal word ni
bhya oh......
p la cpt2 jumpa doktor

Niz said...

kristos
masuk blog ni baru tau pasal word ni
bhya oh......
p la cpt2 jumpa doktor

Irwan said...

terima kasih atas perhatian yang tak berbelah bagi dari cik Niz

Keri Henry said...

insidicious...