Monday, January 10, 2011

Bagaimana nak menkristoskan diri.

(kids: do not try this ALONE). Or you'll endup like this guy
"Out of body experience? First we take out the heart"

Anda pasti pernah dengar tentang pengalaman kristos. Anda boleh gugel atau wikileak sendiri perkataan ini. Dan, Tidak! Ia bukan pengalaman kekristianan. Mahupun keagamaan. Kristos experience (KE) ialah cabang pengkajian dalam hal out of body experience. Dulu kami ingat nak keluar dari badan mesti mati. Takpun kena induce dengan dadah psikotropik. Sampailah kami jumpa dengan KE ini.

Benda ni tak berpaedah kalau kita ni dah kahwin dan ada anak bini yang nak dilayan. Tapi jika kita camping atau dalam keadaan yang takde TV dan takde line henpon, aktiviti sebegini berguna juga kepada mereka yang imsomniac atau para video gamers. Dan di sini kita kongsikan cara yang kita jumpa dalam buku Windows of the Mind yang kami pun taktau wujud lagi ke tidak tu, tentang cara nak mengkristoskan diri.


Ia adalah aktiviti berjemaah. Sorang jadi moderator (paling layak ialah orang yang berpengalaman), sorang jadi tukang urut kaki, sorang jadi tukang urut dahi dan sorang lagi jadi bahan ujikaji. Eksperimen lagi baik dilakukan semasa tak kenyang atau tak lapar, tak haus, bukan bawah pengaruh dadah, dan tidak cuba tipu diri sendiri. Segalanya dibuat sambil berpikir, kecuali kerja dua tukang urut tadi. Lagi bagus kalau si bahan ujikaji itu seorang yang tengah tension atau ada persoalan yang dok linger dalam hidupnya.


(malaslah aku main bold-bold ni..)

Si bahan ujikaji (BU) kena baring dengan selesa sambil kedua tangannya di sisinya. Lagi elok ada alas kepala. Si tukang urut kaki akan memangku kedua kaki BU. Kaki BU diletakkan dalam telapak tangan tukang urut dan tukang urut mengurut bahagian tumit kaki BU dan kawasan sekitar buku lali yang tersembul kat kaki tu.

Si tukang urut dahi pulak mengurut kawasan di dahi, di kawasan 'mata ketiga'. Ia adalah kawasan macam lekuk sikit selepas jendul kening kepala si BU. Tukang urut kepala akan mengurut (mengusap sambil menekan sedikit) kawasan dahi tersebut dengan perut tangannya. Kedua-dua tukang urut melakukan urutan ini serentak bila moderator cakap 'mula' sekejap lagi.


Mula. Hehehe...


Bila semua dah dalam posisi masing-masing, si Bu kena kosongkan pikirannya dari segala benda dan mengucap dan beristighfar. Ini termasuklah moderator dan tukang urutnya sekali. Dah alang-alang tu, kasi selawat dua tiga pam. Kena mengucap dan sebut password dulu tu, penting. Maklumlah, ini kan out of body experience. Manalah tau, kalau dibuatnya dah keluar kang, takleh masuk balik pulak.

Kalau benda ini yang berlaku (tak dapat masuk balik sebab kita cuba lari dari apa yang sedang kita alami), dan kita mula rasa panik, jangan risau. Kita boleh teruskan berlari dulu, layan pengalaman tu sampai kita rilek balik. Jangan takut. Kita kena ingat sepanjang masa bahawa kita masih lagi berbaring kat sini. Cuba fokus kat belakang kepala dan belikat semual, mesti dapat masuk punya.

Kalau takleh masuk juga, kita kenalah terima kenyataan dan masuk ke alam barzakh. Jangan ngengada nak lari dengan jadi hantu dan pergi sekodeng orang main atau cuba kencing berak kat pinggan musuh kita.  Ramai jugak yang ternakal dan cara nak balik semula sesudah tersedar ialah dengan macam tadi jugak; ingat bahawa anda sedang berbaring kat lantai ini sekarang.

Hehe. Rilek. Jangan menggelabah. Tak pernah lagi orang yang berkristos tak sedar diri balik. Sedangkan orang yang tak kristos pun perangai cam orang tak sedar diri dalam dunia ni, apalah sangat stuck dalam keadaan catatonic dan limbo for the rest of our life sambil nyusahkan orang, ye tak? Sekarang pun kita hidup macam tu? Kengkadang kewujudan kita ni sekadar nyusahkan hati orang dan makbapak jer..

Sekali lagi; "Mula"


4 comments:

TravelWithMillo said...

nice entry....
hahaha...lawak but ni bukan mcm yg saiko2 kat spital wat 2 ke..

eh i follow ur blog...

± said...

aku tengok kebanyakan siri investigation cam criminal minds byk gunakan kaedah ni pada mangsa yg terselamat atau saksi utk jejak penjenayah

kalau sesape penah tgk The Final Cut lakonan robin williams, arahan omar naim, ada unsur2 kristos ni cumanya dia twist sket the method, cam bleh record pulak the memories thru implanted gadget. pastu ko bleh travel balik ke memori silam.haha..agak kelakar di situ tp cter ni memang best sbb ia 'pelik'

Irwan said...

kristos experience ni lebih kepada saikoloji sebenarnya...

dulu orang tak ambik series dengan benda ni. Sampailah Rusia berjaya hasilkan tentera yang ada ESP masa cold war dulu...barulah pentagon dan CIA kaji dengan bersungguh-sungguh...

Anonymous said...

Aloha everybody! Awsome blog! Does anyone know more sites on this topic?