Monday, January 10, 2011

Maji Memandu Yang Skizo

buat gempak jer lebih...
Aku seorang pemakan gaji (maji). Ofis tempat aku kerja start pukul 8 pagi dan habis pukul 530 petang. Dan seperti maji-maji Malaysia yang lain, sejumlah yang signifikan dari masa dalam kehidupan bekerja aku ni dihabiskan di atas jalan raya. Pagi sejam, petang dua jam. Maknanya dalam seminggu, aku melepak selama 15jam dalam kereta dalam hal pergi dan balik dari ofis. Tak termasuk kalau aku OT atau kena pergi seminar kat mana-mana.

Dan dalam perjalanan pergi dan pulang aku tu, macam-macam jenis pemandu yang aku jumpa kat atas jalan raya. Macam-macam perangai yang aku saksikan. Dari akak-akak dan abang-abang yang suicidal waktu pepagi, sampailah mangkuk bangang yang sukasuka brek emergency, atau ambik corner tanpa signal di waktu petang. Aku tak berapa kisah dengan mat motor walaupun kengkadang ada jugak yang bawak motor mengangkang di tengah jalan dan di belakangnya ada pakcik yang dah tahap nyanyuk yang kejap signal kanan, kejap signal kiri, tapi masih takutakut nak memotong. Aku cuba memahami. Dan pemandu yang laju biasanya bukanlah masalah kepadaku. Orang bawak slow dengan tak bertimbang rasa itulah yang selalu membuatkanku perasan David Banner.

..tak citer pasal yang meludah berkahak lagi...
Kengkadang aku sedar dengan kecibaian diri jugak masa memandu tu, bila aku sukasuka buang sampah keluar dari keta (walaupun orang takde kat belakang), atau masa hijau bawak slow, tapi pecut macam nak mampos bila lampu dah start kuning. Aku pun heran kenapa aku kengkadang tak boleh nak bertimbang rasa atau mengalah kengkadang. Aku lagi heran bila time keta aku rosak, aku membara sebab takde orang yang berenti nak tolong dengan ikhlas, sedangkan pepagi masa pergi kerja, aku tak pernah berenti pun nak menolong orang yang terkandas, walaupun orang tu tengah terpekik terlolong di tengah jalan melambai-lambai kat aku. Aku siap boleh elak diorang lagi macam elak monster dalam video game. Sebab pepagi biasanya aku nak cepat. Nak cepat sebab aku tadi gerak lambat. Gerak lambat sebab bangun lambat sebab tadi aku buat keputusan nak tambah 5 minit lagi masa tido walaupun jam loceng dah di snooze kan dua kali.

Dalam keta aku biasanya suka dengar radio. Aku suka tukartukar channel. Mendapatkan info trafik dan berita terkini, mengikuti ceramah agama dan perbincangan tentang isu semasa. Serta lawak bodoh DJ-DJ yang anggap kerja DJ tu sekadar datang kerja, tekan butang, baca skrip dan balik.  Dengar CD sama ada masa berduit atau tengah takde duit ajer. Ada jugak masanya aku gunakan CD nak hidupkan mood untuk tempat yang aku tujui. Kalau nak pegi kerja masa takde mood, aku dengar lagu UP atau rilek macam Cafe Del Mar atau Alunan istighfar. Kalau time balik kerja dan aku tak rushing sangat, aku dengar lagu Prodigy atau Himpunan Selawat. Tengok mood.

minyak habis masa menunggu nak isi minyak
Nak isik minyak satu lagi set pengalaman yang lain. Kalau duludulu ada orang yang akan buat semua dan takyah nak susah-susah beratur kat kaunter sematamata nak beli minyak RM5. Sekarang semua kena helping ourself. Kalau isik minyak time pergi kerja, silap-silap kena beratur panjang nak tunggu turn keta depan pistol, pastu nak beratur kat kaunter pulak dan kat depan kita ada makcik yang suruh cuba try test tengok setiap kad kredit dan kad bonus link yang dia ada, untuk minyak sepuluh hinggit dan gegula getah ber xylitolnyer.
Lagi satu, kalau dulu, RM30 tu tahan sampai 3 hari. Kadangkadang boleh stretch sampai tiga hari stengah. Sejak dasar masyarakat berpendapatan tinggi ni, RM40 tu habis dalam sekelip mata jer. Dahlah jumlah keta semakin meningkat yang menaikkan kebarangkalian aku terperangkap dalam trafik jem, silap-silap sambil menunggu trun nak isik minyak pun, petrol boleh habis.


..Naik bas? Aku kena isap syabu dulu baru berani naik bas..
Dah berapa kali dah aku berazam nak ulang alik naik pengangkutan awam. Masalahnya kat kawasan antara aku dan tempat kerja ni, mana ada komuter atau monorel. Aku pernah try pergi kerja naik bas, sekali dan lepas tu tobat taknak naik lagi dah. Risiko sampai di tempat kerja dalam keadaan tension itu lebih tinggi berbanding dengan naik keta sendiri. Dahlah kerja pun tension. Kang balik rumah dalam keadaan tension DAN letih kang satu hal lagi. Lastlast aku kembali ke memandu.

Dan untuk terus memandu, aku kenalah mampu. Untuk mampu, aku kena kerja kuat dan naikkan gaji aku. Dan untuk kerja dengan kuat, aku kenalah pergi kerja dengan kuat. Dan pergi kerja dengan kuat ialah bersabar semasa memandu pada harihari.

5 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

setuju giler!

driving adalah satu perkara yg sangat2 chummy x suke. tapi ape nk buat? public transport kt malaysia ni pn cam hampeh.

so,conclusionnye: bersabarlah. xde cara mudah utk tiba d 'destinasi yg d tuju'. (:

Irwan said...

aku pun suka driving.

driving myself crazy

~* chirpy_chummy *~ said...

erk...me no like la scuba.. haha x saba mau cari sowg driver utk hidup nih..:p

± said...

dah lama tak drive. skang ni tumpang org jer. tapi sume yg kau sebut kat entry ni adalah benda2 yg kita semua alami. kdg tu tensen gak tapi bila layan lagu2 7 collar t-shirt rasa bleh cool down sket. lgpun bkn aku yg drive. tensen lak lelebeyy

Irwan said...

aku masih tagi berlatih taknak cepat-cepat atas jalanraya. Aku ni jenis manusia yang rasa, masa yang kita habiskan dalam pejalanan itu perlu dikurangkan..

sedangkan orang sumer kata: perjalanan itulah nikmat sebuah kesampaian...WTH