Tuesday, January 4, 2011

Temuramah Rawak 1

Kami sempat menemuramah seorang innocent bystander yang sedang menanti bus di sebuah bus stand sekitar Central Market KL, barubaru ini:


"Encik, encik"

Orang tu tersenyum sambil buat muka camera shy bila di sorongkan microphone ke mulutnya sambil sorang lagi member aku ambik gambar dengan kamera.


"Encik tau tak mulut cik kena serang, sekarang?"


Orang tu buat muka terkejut sambil tangan kanannya cuba mencapai mulutnya. Muka masih maintain camera-friendly kemodel-modelan.


"Kena serang dari apa?"

"Kami pun tak tahu dan untuk itu sudikah cik melapangkan seminit dua untuk sesi interview filem dokumentari untuk NatGeo?"

"Sudi-sudi!"

"Kalau macam tu, jom kita parking kat somewhere dan cik belanja kawan saya dan saya segelas air sirap pun takper"

Orang tu berkerut tapi sebab dia nampak macam anak orang kaya, dia pun bersetuju. Kami ke kedai mamak berhampiran.


"Kita mulakan dengan nama cik dan kenapa cik minum caroot juice?"

"Hehe. I suker dengan carrot ujice sebab ia sesuai dengan keadaan dan cuaca yang panas sekarang ni. Lagipun I dapat khasiat dan zat seBATANG carrot yang penting untuk orang rabun macam I"


Vitamin A, laa. Cik terlepas nama cik


Nama I Hamzah. Panggil Jah ajer.


Baiklah Jah. Jah ada baca surat kabar, tak?

Ada.

Jah baca suratkabar apa?


Utusan Dan The Star, la.


Harakah atau risalah-risalah pembangkang yang lain?

Tu, masa online jer. I tak beli sangat sebab banyak boleh dapat kat surau pejabat atau masjid lepas solat Jumaat. Lagipun I tak minat politik-politik ni. Tahapahapantah.

Cik dah berpunya?


I? Berpunyer? Hahahahahahaha...

Aku dan kawanku menelan air liur kering mendengar helai tawa macam maknyah cik Jah kita ni. Kelihatan abang pekida kat meja hujung ushar-ushar kami dengan mata pemantau mereka dek hilai tawa si Cik Jah ni. Lama lak tu.


Cik Jah! Cik Jah!

Dia berhenti mengilai.

Cik Jah ada masalah, ke?

By this time, kelihatan beberapa abang Aww mendekati meja kami. Kawan aku telah lari menyelamatkan dirinya, yang kemudian diikuti oleh aku yang mula terasa seram sejuk bila salah seorang dari mereka duduk di sebelahku..
Awww!!

3 comments:

± said...

srsly, aku x faham sgt. adakah ini usaha utk menarik kembali perhatian pink lady dari sri pentas?

Irwan said...

takdelah dark...ni salah satu temuramah lawak yang kami cuba lakukan di kawasan sekitar CM...

± said...

cam real2 jer..hahahhh..natgeo versi skizo
tapi gigi itu memang buruk