Wednesday, March 2, 2011

Mangsa Dakwah yang skizo 2




Wa tak puashati betul dengan pak-pak lebai ni. Dalam blog dia cakap macam bagus, tapi kat blog orang, mencarut-carut dan maki orang tak ingat dunia. Dia ingat wa ni takde agama ke? Dia ingat wa ni tak mengucap ke? Wei, bapak wa imam, lu tau ke?

Diorang ni, jangan wa salah cakap kat diorang. Dapat point satu, dia canang satu blogosphere (atau tweetersphere). Siap kasi ayat dan hadis lagi sepam dua. Belum sempat wa nak tukar statement, dah sampai dah wa kat neraka ketiga. Tak cukup dengan tu, dia buat entry lagi citer pasal wa dan gelak dengan rakan-rakan masjidnya.

Wa bengang. Wa saiko. Dan dalam semua perasaan emo itu, takde sekali pun wa terpikir nak sujud taubat kat tuhan. Takde. Yang ada cumalah rage, marah dan benci yang teramat sangat. Biasanya wa akan tak dapat tidur. Dan bila tidur wa dah terganggu, wa akan serang lu.

Wa akan korek blog lu dan cari point. Lepas tu wa akan kaji balik ayat yang lu guna kepada wa tadi nak tengok kalau-kalau lu ada salah guna ke amender. Lepas tu, wa tulis satu entry. Sebelum wa up itu entry, wa tweet sama kengkawan kasi diorang pun uptodate dengan isu ini. Barulah bila wa up entry, wa ada backup.

Wa tak pedulik apa yang jadi lepas wa post itu entry. Yang penting, mamat-mamat lebai ni nak kena ajar. Diorang ni bukan paham sangatpun apa yang diorang ikut tu. Baru paham sikit-sikit dah nak jadi mufti, kadi. Wa tetap nak tepek diorang dan tengok sapa lagi yang berbunyi.
-----------------------

2 comments:

Jo Qusary said...

salam stylo... faham dgn luahan fikiran ko bro... sabar je la, kita yg ada atuk imam dan pakcik sedara lebai, dgn sendiri keja kat tempat dakwah pun boleh kena hentam oleh 'pak lebai' yg tak bertauliah nie...

aku pun kena kecam jugak oleh 'pak2 lebai' dlm blog aku aritu... psl aku kata golongan ustaz bosan utk dijadikan laki... dah tu hari2 aku dikelilingi oleh ustaz kat tempat aku... tgk stail diorg satu pesen je, mesti la bosan tgk diorg hari2... salah ke?

dah la sedap kata aku mcm la aku tak penah sembahyang dan byk potensi jadi penghuni neraka, siap bagi hadis panjang2 sampai dia lak yg tulis entri dlm blog aku, tak bagi nama dgn link pulak tu huh...

aku pun padam je kesemua hasil titik peluh yg 'dakwah troll' nie luahkan kat komen aku hehehe....

p/s: sori la terbuat entri kat blog ko nie... topik ko nie buat aku semangat berkobar2 pepagi nie :)

Irwan said...

biasa ar Jo. explanation pasal golongan tu, di terangkan secara umum selepas lunch nanti di sini:

http://aderberani.blogspot.com/