Monday, March 14, 2011

Pembedahan apendiks yang skizo 1






"Abang kena pakai sarung kepala ni, nak halang rambut abang masuk dalam perut abang, masa operesyen nantik" kata misi itu sambil menonyohkan surgical-headcap itu padaku. Aku cuma memegang bendalah tu sambil menahan kemut di punggungku akibat kesejukan. Aku dah salin pakaian ke pakaian pembedahan. Dan aku rasa, akak misi tu dah kasi saiz yang agak kecik padaku. Hampir separuh, punggungku kelihatan. Patutlah sejuk.


"Akak..." panggilku manja buatbuat mesra. Maklumlah, hospital kerajaan. Kena cakap bebaik. Sekarang ni, semua henfon ada kamera. Aku dah lah seksi, ni. Aku nak tukar ambik baju besar sikit. Bahaya kalau aku berbaring kalau camni. Nampak kantung kalau ushar dari bawah.


"Adik baring kat atas tilam ni, kejap lagi ettenden sampai" kata misi tu memotong pemikiranku dan berlalu. Aku terpinga-pinga berdiri dengan headcap yang terbalik melihat misi keluar dari bilik. Brrr...Sejukkk...



"Tu lah kau. Aku dah cakap. Jangan kuat makan jambu, tu. Kan dah kena appendikkkkk" kata Abu padaku masa kat klinik semalam. Aku menahan sakit di perutku. Rasa macam ada benda menyucuk dan kembung kat belah kanan perut ni. Rasa macam nak terberak, tapi tak tau nak teran kat mana. Rasa kembung yang tak ilang dengan Eno. Haduiii. Berdenyut-denyut lak tu. Dah berpuluh botol pil chikitek-aun aku telan. Takde perubahan.


"Kita gi hospital straight, la? Tak senang hati, aku tengok kau camni. Dah, misi! Kensel-Kensel! Kitorang pegi hospital jer la!" kata Abu sambil membantu aku bangun dari bangku panjang tempat menunggu. Kelihatan beberapa jururawat klinik tu membantu memapahku ke luar. Mereka berhenti di pintu klinik.


"Naik ambulan klinik, laa" kata kakak receptionist klinik. Pintu klinik dibuka. Abu membantu memapah aku ke atas stretcher dan ke dalam ambulan. Semuanya kabur selepas itu. Sedar-sedar, aku dah sampai kat wad kecemasan hospital besar.

Aku mundar-mandir dalam bilik tu. Ubat bius ni power jugak. Aku menepuk-nepuk perutku tang yang sakit tadi. Takde apa-apa. Aku buat aksi macam Superman sekejap. Dan ketawa sensorang. Hmm. Aku naik ke atas tilam dan menunggu.

"Alaahh, tak paper, der. Nama, pun pembedahan kecil. Kau jangan risau" tenang Atan padaku kelmarin. Dia pernah alami pembedahan apendiks masa kecik-kecik. Siap katanya dia mintak nak tengok, lagi. Atan nampak doktor dan misi memotong kulit perutnya memasukkan tangan mereka ke dalam, menggodek-godek sesuatu, dan akhirnya mengeluarkan benda yang nampak macam perut ayam keluar dari perutnya. Dan sepanjang masa tu, Atan menyaksikan semua itu berlaku ke atasnya. Yang paling penting, masa tu Atan ialah form three.


"Elleh, budak limabelas tahun boleh, takkan aku tak boleh?..." cakapku sorangsorang di bilik menunggu. Aku kena naikkan semangatku. Perut pun berbunyi-bunyi tanda setuju. Abang attendant ni, mana ni? Orang dah sejuk dah baring atas katil ni?


"Ada kawan abang tu, dia jumpa ada sorang Tok tu kat Kuala Pilah. Atok tu buat pembedahan ghaib. Ramai orang buang apendiks dengan dia.  Kawan abang tu pun buang apendiks dia kat atok tu. Kau pegi, la try..." kata seorang brader dari shift B yang menemani aku merokok ada satu masa dulu. Masa tu, sakit kat perut aku ni takde lah sakit sangat.


"Kau dah tau kau apendiks, kau bantai gasak makan cili macam makan keropok, mana tak berdenyut benda-alah tu?" marah bapak aku masa serangan kesakitan masa hari Raya tahun lepas. Sejak dari tu lah kesakitan kat apendiks aku ni menjadi-jadi.


"Bijik cili yang tak hadam tu, dia berkumpul dalam apendik. Dia punya kemikel romenz dengan benda lain dalam kantung apendiks kau tu yang buat dia meradang, tu" explain abang karkun kat aku masa sessi soal jawab selepas ceramah mingguannya di surau dua minggu lalu.

Aku berbaring di bilik pembedahan dengan lampu terpancar padaku. Mukaku bertutup topeng gas. Di sisiku kelihatan osiloskop dan peralatan dari stainless steel yang nampak mencemaskan memandangkan yang menjadi subjek ialah aku. Kelihatan juga aku yang sedang berbaring ni dihadap oleh beberapa orang yang nampak berminat dengan ruang di abdomenku. Mereka berkata-kata dalam bahasa yang tak aku fahami. Seorang yang nampak macam kepala, dengan kedua tangannya mengadap ke atas, mengangguk dengan perlahan. Kelihatan yang lain mengangguk tanda paham. Tah kenapa, dadaku berdebar.



bersambung pagi esok!

No comments: