Monday, April 18, 2011

Kompleks Sukan Tepian Gelanggang, Paroi.


Convert ajer skatepark jadi BMX vert ride.
Boleh aku sambung prektis toboggan-air..

Pihak akuskizo, berasa amat bertanggungjawab terhadap kebergunaan Kompleks Sukan Tepian Gelanggang, Paroi, Seremban. Pada kami, sebuah tempat yang menelan belanja yang besar dan mensasarkan kepada kebajikan masyarakat, adalah satu tempat yang ideal untuk melatih kerajaan dalam mengambil hati para pengundi. Tambahan pula, rumah mentua aku kat sebelah kompleks ni ajer. Lepas balik kerja, aku selalu bawak my little cute monster berlatih BMX vert ride kat skatepark yang ada kat situ.

Kat sini, kami akan menghuraikan beberapa kemudahan yang disediakan di kompleks tersebut serta saranan dan pandangan kami dalam penambahbaikan mutu perkhidmatan yang disediakan. Sebab, bila rakyat sihat, keluarga akan bermutu. Bila keluarga bermutu, negara akan berdaya saing. Tambahan pula, kalau kita kurang bersenam, bau badan kita cam gampang. Deodoran pun takleh nak cover dah kengkadang. Anyway...

Memandangkan kemudahan sukan yang disediakan kat kompleks tu banyak, maka aku pecahkan entry ini kepada beberapa bahagian. Kiranya, sepanjang minggu ini korang akan dibosankan dengan cerita pasal kompleks ini. Kenapa ye? Haaa. Ada sebabnya. Dan sebab itu, aku akan bagitau (macam biasa) kat hujung siri ini nantik (yang dirancang pada hujung bulan ini).

Harapan aku satu ajer. Semoga duit rakyat yang dilaburkan untuk membina kemudahan yang bagus ini, lebih efisien dan memuaskan hati penggunanya, yakni para rakyat hina dina yang tak mampu nak ambik membership kelab golf atau sebagainya untuk bersukan.

Baiklah. Kita mulakan dengan  part Air Pancut dan Wiring yang akan disiarkan petang ini. Hehehe.


2 comments:

Gen Fujita said...

Kalau pi bagitau la kitorang, boleh ambik video, buat interview sikit. Area tepian gelanggang memang dah masuk salah satu perancangan liputan kitorang, tapi kalau ada tetamu undangan, dengan suara pendapat sendiri dan sebagainya, suara warga tempatan tu yang nak diketengahkan. :)

BTW good info ni, mintak kebenaran promo entry ni yup.

Unknown said...

Boley...Thanks to you guys actually
!!!