Monday, April 18, 2011

Tepian Gelanggang, Paroi: Air pancut


Air pancut


Aku mulakan dengan benda ni sebab aku nampak ia yang paling penting setakat hari aku menulis entry ini. Kat Tepian Gelanggang Paroi dah ada air pancut cam kat KLCC tu, jangan tak tau. Yang gempaknya, ia takde penghadang macam air pancut lain yang setakat aku tengok setakat ini. Idea dia simple dan itulah yang buatkannya gempak. Kat tengah-tengah air pancut ada tiang bendera yang tinggi. Aku suka dengan konsep ni dan aku harap agar brader-brader berbaju batik yang jadi admin kompleks ni, akan mengekalkan keadaan presentation Air pancut ini sebegini.

Sebabnya aku tengok, sejak ia beroperasi, pengunjung-pengunjung suka ambik gambar kenangan kat situ sebagai tanda mereka dah datang ke kompleks tersebut. Dapatlak sistem perpancutannya yang tak berpenghadang, membuatkan anak-anak pengunjung berasa geraaam jer nak usik paip tempat air yang keluar berirama tu. Tu yang bebudak lama dok termenung ushar timing air tersebut. Air pancut ni, kalau memalm diserikan dengan lampu kelip pun gempak gak.

Demi nak menjimatkan air dan tenaga, disarankan agar penyemburan air itu dilakukan pada frekeunsi-frekuensi tertentu. Dia ada timer yang bergerak ikut programming (bukan pakai timer murah kat kedai hardware kat Jalan Rahang jer) dan siap ada manual overdrive manalah tau kengkadang ada function dimana air pancut perlu buat show kat audience. Banyak benda yang boleh dilakukan dalam mengekploitasikan kewujudan air pancut itu disitu dalam menarik dan menenteramkan hati pengunjung. inilah intangible benefit dari benda-benda tempat menarik sebegini.





(Ooops..Idea hilang plakk...aku stop kejap)

No comments: