Sunday, July 7, 2013

#ZineSkizo di #KLZineFest 2013

Pemandangan dari meja #zineskizo.

Banglo Merah

Nizang dan "brader yg asyik lekatkan tiset kat dinding"

#Zineskizo dengan jiran

Jiran meja sebelah yang kerjanya ketawa ajer

Di sebelah sana booth luar. Ada Yard Sale

Merchandize #KLZineFest: notebooks and posters

Macam orang pangkal, tapi gua beli Maximum RocknRoll dari dorang

Meja Abam Talib, organizer kita...

Pemandangan dari dalam banglo merah... ada aircond

Zine FragranFrantik

Team Baik. I mean, FIXI
 
Team neutral; BIJIpress. Ahahaha

Merpati Jingga?



Pemandangan dari belah 'sana' dalam. Amender gua tulis ni?
Abam-abam karikatur

Zine dasat, ni. Rambang bijik mata gua... #AktaKlausa

Gua terus jatuh cinta dengan zine ni. Apa nama dia ntah

Siap ada free pil vitamin C, dowh

Mereka kenal gua, gua tak kenal mereka. Tapi kami ketawa.
Ahahahaha

Yang gua kenal kat meja ni, cik @chirpyChummy dan @aimartian jer


Otai-otai Seremban underground scene,
ushar jer bebudak muda lari-lari depan dia...

Ada persembahan budaya. Budaya bawahtanah. Ahahaha

Pemandangan dari tingkat atas Banglo Merah


Ada mini galeri kat tingkat atas



Menjelang petang, teman-teman yang ada event kat Bangsar pun sampai..

Mamat tu bukan performer. Kebetulan dia taknak tepitepi
masa gua ambik gambar ni. Ye. Yang pakai botak tu Bob.

Suasana masa 5petang sebelum bateri hempon gua kaput.
Biji beb. #zineskizo habis.
Sedikit sketsa dari apa yang dah berlaku masa #KLZineFest:

Semua orang perasan Joe Kidd baru sampai dengan gerombolannya. Selepas salam-salam sipsipsip, tumtumtum dengan sesiapa yang nak main pok amai-amai dengannya, beliau terus masuk ke booth jualan yang kat luar Red Banglo. Dua meja kemudian beliau sampai ke meja gua: meja #Zineskizo. Masa tu buku #Faust dah ada orang rembat. Zine pun dah habis. Yang tinggal cuma dua keping #Sick, yang salah satunya tak dijual sebab ia prototaip pertama dan #Five yang juga tak dijual sebab for display purposes only. Joe Kidd selak-selak #Sick. Dahinya berkerut. Gua tahu benar signal ni.

Gua : Itu evolusi dia yang latest, bro. Ni dia kompilasi zine asal circa 96 (sambil hulurkan #Five)
         (Joe Kidd ambik. Dia selak-selak)
Joe : Berapa ni dua? (sambil tunjuk kat #Sick dan #Five yang tak dijual. Gua serba salah)
Gua: RM40 jer bro.
Joe: OK (bukak wallet)
Gua: Dapat free tshirt bro. Lu punya saiz...Ermmm... M boley?
Joe: Boley (sambil hulur duit)
Gua: Terima kasih bro.
Joe: Hmmm (dan bla)

Gua berpusing dan menjerit pada jiran-jiran seperniagaan: "JOE KIDD BELI PAKEJ #ZINESKIZO!!"

....Malangnya, hempon gua dahabes bateri masa tu

3 comments:

Zach Van Alley said...
This comment has been removed by the author.
Zach Van Alley said...

Brader, nice post on KLZF2013 event. Cuma aku nak jelaskan perihal mana yang kabur dan kurang pasti.

1. Di sini 'brader yg asyik lekatkan tiset kat dinding' menulis. Nama aku Zaki, pemilik Your.Slave.State DIY Distribution: www.yourslavestate.com

2. Jiran booth Zineskizo nama dia Mazmi Arshad, pemilik StrainEyes Productions: http://straineyes.blogspot.com

3. Jejaka di 'Merchandize #KLZineFest: notebooks and posters' namanya Aedie, editor zine Forwards.

4. Di booth 'Macam orang pangkal, tapi gua beli Maximum RocknRoll dari dorang'; Dari kiri: Nad, Pat, tak kenal & Jeo. Pat pemilik Hammercharge Distribution (http://www.hammercharge.com), anggota band Apparatus, Atomicdeath dan lain-lain. Jeo pemilik Blood of War Records And Distribution (http://bloodofwarrecords.blogspot.com).

5. Foto 'Otai-otai Seremban underground scene', dari kiri: Man Beranak (caretaker of Rumah Api: http://rumahapi.weebly.com, anggota band Sarjan Hassan, Crimescene dan Wwhirr), Ami (Relationsheep, Noisemongers, Pilgrims DC dan lain-lain), Mike (Mai of Out Of Step zine/Yr Hometown Sucks newsletter, Ahmad Kamal Abu Bakar of the infamous Semusim Di Neraka dan Pendek Mabuk Gila... serta noise act, Fuckchop) dan Xull (of the notorious grind, Khesom).

Setahu aku Mike saja berasal dari Negeri Sembilan. Tak pasti Seremban atau bahagian mana. Tapi aku pernah 'melawat' dia di Wisma Punca Emas pada tahun 1998. :D


Okaylah, itu saja nak beritahu. Sekian terima kasih.

Selamat berbuka puasa.

Irwan said...

Cayalah Zach! Gua bukan kenal sangat pun diorang ni. Diri sendiri pun lost kengkadang. Ahahah!!! TRIMASSS!!!