Monday, February 7, 2011

Blogger yang skizo 4


Kengkadang, masa sensorang, masa semua orang dah tido, kita masih lagi dok meniarap atas katil mengadap lappy. Memang belum time kita tidur, pun. Kalau kat kolej, timetime camni masih lagi dok salin-salin assignment atau main FB. Tapi bila time cuti kat kampung, bila semuanya dah sunyi dan sepi, dan line internet dan TV pun takde, yang tinggal hanyalah kita, lappy dan bunyi cengkerik dan unggas kat luar rumah uwan kita ni.

Biasanya, kita akan mula menulis eh, menaip dengan free. Kita akan hanya tulis satu perenggan. Kemudian kita akan kembangkan topik. Kita buat dua tiga perenggan pendek susulan dari perenggan pertama. Orang kata, menulis dalam blog ni takleh pepanjang sangat. Sebab semua detail dan cerita background kita boleh hyperlinkkan ajer dalam artikel kita. Takyah nak terangkan satusatu setiap kali. Nantik cam baca jurnal la pulak.

Lepas tu kita rasa best dan OK sebab kita mula berkomunikasi dengan kengkawan baru melalui komen mengomen. Ada ajer topik yang nak dibincangkan. walaupun selalunya topik tu takde kena mengena pun dengan kita.

Mulamula blogging ni fun. Macam-macam isik dan perspektif yang gempak yang boleh kita dapat. Ayat pun macam best dan cool-cool ajer. Tapi bila kita dah mula ada pengomen tetap, atau bila dah selalu dapat buffered earning, kita mula tak terkawal. Kita mula rasa emo, boring atau tertekan. Dapat lak kalau ada orang yang usik kita. Marah sana, sound sini. Persoal sana, jawab sini. Kita mula rasa muak. Dah jadi macam sokkabar politik pulak blog kita ni...

Idea nak mengupdate blog pun semakin kecut. Apa taknya, kita dok baca semua blog yang kita dah save pagekan sebelum kita balik ke kampung. Adala dekat dua ratus lebih. Naik kero mata kita dok membelek setiap blog tu satu-satu. Ingatkan nak cari idea dengan membaca blog orang tapi, lagi banyak kita baca blog, makin sempit otak kita nak menulis secara kreatif. 

Jadi, untuk malam ni, kita taknak cerita apa-apa. Kita taknak bincang apa-apa atau emo apa-apa. Kita cuma nak layan ketidak ada apa-apaan ini dalam aman. Bukan selalu pun...

Sunday, February 6, 2011

Pemalas yang skizo


Aku pun dah tak tau apa nak jadi. Dah hampir-hampir nak givap dah. Dah pelbagai cara aku lakukan nak mengubahnya. Tapi ia tetap kembali kepada keadaan yang sama. Ya. Aku cuba nak mengubah nasibku. Aku dah tak mahu lagi berada dalam keadaan yang sama jika aku menilai diriku pada masa akan datang. Aku mahukan perubahan. Aku mahukan kemajuan.

Tapi, semenjak 4 tahun aku bertungkuslumus ni, semakin aku berusaha, lagi screw-up pulak jadinya...
Malaslah nak cerita, kan...





Jadi, malaslah aku nak cerita.

Sekian

Macam Maut yang skizo



Kengkadang kita rasa tak puashati. Kita rasa cam tak lepasss jer. Cam rasa nak menumbuk wajah seseorang. Cam nak menyakiti seseorang. Saatsaat camtu, kalau aku ada di khalayak ramai, memang aku akan melarikan diri dan meraung di bilik AHU atau bilik janitor atau di stairway sampai buatkan orang yang tengah beromen di tingkat empat terkejut dan berenti dari ber uhh ahh dari tadi.

Tapi kalau saat camtu keluar masa aku kat depan laptop, dengan jari jemari syok pulak menekan kekunci kat keyboard tu, ubermench (hehe) aku akan mengambil alih.

Kengkadang yang ambikalih tu monster jahat.
Tapi most of the time lately, mereka adalah monster baik (ada ke MONSTER baik?)

Monster yang baik ni akan menyound setiap tindak tanduk aku dalam kehidupan seharianku. Dapatlak diorang ni jin tabligh agaknya. Sikitsikit "jaga Adab!!" sikitsikit "Ikut tertibb!!" tazkirah dari mereka. Sampaikan aku boleh terduduk sensorang berejam-rejam, mendengarkan komen dan kritikan mereka terhadap apa yang sedang aku perhatikan.

Contohnya masa aku tengah berborak dengan bapuk kat dobi basuh pakai kupon hari tu. Kat luar aku rilekk jer layan mamat tu dengan gincu senget, bersinglet dan berseluar cerut pendek ajer. Jeans dia basah kena minuman, sebentar tadi, katanya tersengih. Aku menyengih dengan senyuman satu Malaysia tapi dalam hatiku Ya tuhan! Cam peperangan diorang ni bergaduuh bertekak pasal rasional mamat bapuk tu berpakaian macamtu ka tempat public cam dalam dobi ni lah, pasal kalau ye pun nak tayang underwear, at least tayanglah renoma ke ck ke. Ni short scuba pasar malam tu yang dia pakai...lah.

Paling menakutkan lately ialah kalau dia timbul masa aku tengah di khalayak masjid. Dapat lak lately aku banyak dapat projek kat masjid sejak buat awning kat satu masjid tu dulu. Masa pak imam, bilal dan siak berkumpul berbual kat depan aku tu lah diorang ni nak keluar dan mempersoalkan kewarakan seorang pak imam tak berjanggut tapi bermisai, kelancangan mulut pak bilal, dan ke saiko an pak siak yang asyik mengecheck barang-barang masjid yang bebudak aku pinjam buat tupang untuk awning jahanam mereka, ni.

Dan ia merebak ke masa aku lepak mendengar ceramah, atau kuliah kat masjid atau surau, masa bayan, aku pun tak tau. Memang sah agaknya aku dah dirasuk setan. Mangkuk-mangkuk ni mula mempersoalkan soal-soal ketauhidan la pulakkk...

Aku pun taktau. Aku perlukan bantuan. Tapi sementara bantuan sampai setelah banjir air dan manusia ini surut, aku akan cuba bertahan.

Dan postkan semua dalam blog-blog aku.



hahahahahahaahahahahahaahahahahahahaahahahahahahahaahahahahahahahaahahahahahahahahaahahaahahahahahahahahahaahahahahahahahaha....