Tuesday, July 27, 2010

ANA SKIZOFRENIA

Ana menekan button on kat netbooknyer. Hehe. Dia menyusun semuanyer dengan kemas di atas meja. Terlihat akan kekemasan dan keayuan Ana di kedai kopi pada petang itu. Ana makin kontrol ayu. Bukan aperr. Ader balak kat hujung tu dok tenungtenung kiter. Kiter seganlah orang tenungtenung kiter camni. Rasa rimaslah. Pastu hangat. Sehangat bateri netbook ni. Tangan Ana meraba tepi netbook. Berdengung netbooknya tanda dah abis restart. Wireless connection found. Connected! Yes...Mudah. Cam beserr...Ana happy. Dia mengerling kat sekumpulan balak handsome kat sebelah kanan cafe. Diorang baru abis keja, kot. Cam model semasing. Dengan baju kemeja gelap belangbelangnyer. Dengan kasut terjongeknyer. Dengan lengan baju yang dilipat hingga menampakkan muscle yang ehhem...Ana terbatuk. Dia tersipu sensorang. Balak yuppies berenti ketawa berdekahdekah dengan member dia dari kejauhan dan memandang Ana. Ana mengerling, mengcover mulut, kononkonon ader kahak atau hingus terkeluar masa batuk cute tadi. Mata Ana bertentangan dengan mata balak yuppies. Dan untuk sesaat itu, macam ader lagu hindustan atau babak suspens part jemsbon membawa lari awek seksi yang basah melekit ke arah sempadan kebebasan...

Ana terus ke laman sosyel. Eh? Saper tag kiterr, ni? Hikhikhik. Ana suker orang tag gambar dier kat FB. Belambak gambar Ana upload kat FB. Ana suker share kejelitaannya kepada sumer orang. Maklumlah. Parents dah passed away dalam tragic accident. Tinggallah I sensorang with all this money and assets and a bright future for at least the rest of my life...Ana boring. Ana perlukan teman.
Ana perlukan prince charming yang akan membawa Ana towards the happily ever after. Ana mula mengarut dalam blognyer. Dalam blog ramai orang giler. Ana pun gilerr. Ana gilerr,kan cinta.

Dah macam lucah pun aderrr..

Baru dapat gaji (Ana Skizofrenia)

Kiter menyimpan resit dalam poket. Ahh. Raser nak buang. Buang jer lah resit ni...Buat penuh poket jer...Dah lah takde ruang ni..Cheiiii

Kadangkala kita rasa lapang. Hati rasa riang. Bagaikan dunia ini ana yang punya. Boleh pergi ke mana saja. Boleh makan apa saja. Boleh juga berpuasa. Tapi rugi lerrr..

Dan esok pun macam semakin lapang juger. Maklumlah, duit masih aderr. Kiter riang rierr. Kadangkala sampai tak ingat dunia.

Namun ader juger yang bermuram durjer. Dapatnyer sedikit, keluarnya habis semuerr. Tepakser berjimat cermat hingga ke bulan seterusnyer. Dan bila dapat duit, pun cam harini jugerrr. Dapatnyer sedikit, keluarnya semuerrr. Tapi takper. Asalkan teruskan useher, pasti berjayerr. Kiter dulu pun susah jugak. Tapi kiter bangkit dan berusaha dan boleh lepaklepak kat cafe macam ni petang-petang masa dapat gaji.

Di saat kiter, tengah main raser-raser atau kenaper-kenaper, elok juger kita pekenerr, kopi secawan duerrr


Dari jauh ader sepasang materr. Memerhatikan kiter. Melihat kita meneguk kopi. Merenung papan skrin handphone yang berbunyi. Kiter tak perasan sebab kiter happy. Kiter nak tengok saper call kiterr. Eh? Member? Nak jawab ke tak? Ke nak layan ringtone ni sambil flash-flash handphone ke arah balakbalak yuppies kat sebelah ni? Hehe. Syoknyer dunieerr. Dan sepasang mater terus memerhati. Dan semakin menghampiri. Dan menghampiri. Dan..semuanya gelap.

Kelihatan seekor alien tergolek di atas pavement kaki lima di langgar oleh lori sampah. Pedestrian nampak, tapi buat tak tau jer sebab ingat itu ialah prank "BangBangBoom" atau sebagainya. Alien itu terkapai-kapai menjelirkan lidahnya yang panjang ke arah kiterr..

Kiter tak perasan. Kiter tengah layan member kat handphone. Menu pun dah sampai dan kiter buatbuat busy dengan mengepit handphone kat bahu sambil membuat pesanan. Kiter busy la, nantik call balik, k. Kita memesan order. Lidah alien cuba mencapai bahu kiter.
Kiter menoleh dan...


Yes! Tempat ni ader Wifi...

Friday, July 23, 2010

Kapelhud

Couplehood. Semua orang suka bercouple. Berpasang-pasangan. Dah memang kitaran semulajadi manusia, lepas setel saradiri, tempat tinggal, makan, kebanyakan akan mencari sex. Main. Kasi air yang berkumpul tu keluar. Membiak. Dan kebanyakan kita akan mencari makna untuk perlakuan semulajadi ini. Ada yang menganggap ia satu kesatuan yang murni dan luhur yang berteraskan sifat saling mempercayai dan kasih sayang. Ada juga yang melihat ia tak lebih dari kitaran biologi dalam memastikan keterusan spesis. Ramai yang mula menganggap ia sebagai jalan pintas untuk dadah bernama populariti. Ada juga yang menganggapnya sebagai produk yang boleh dibuat duit.Makna-makna inilah yang selalu dijadikan alasan oleh pasangan untuk masuk ke alam kapelhud. "Last-last sumer orang akan kawin, so perjalanan yang panjang tu, eloklah kita mulakan sekarang, dengan berkapel-kapel" ujar seorang student awek kat sebuah IPTS yang ditemubual baru-baru ini.

Budaya berkapel dah semakin menular di Malaysia. Bila aku pakai perkataan menular, maknanya aku menganggap budaya ini tak baik. Walaupun aku sendiri terjebak, namun apa yang tak baik tetap tak baik. Rokok itu tak baik, walaupun aku masih merokok. Bila set moral kita betul, barulah kita tahu apa yang betul dan apa yang salah. Barulah kita boleh betulkan diri sendiri. Barulah datang semangat nak bertaubat. Semangat ingin KEMBALI. Tindakan pembetulan takkan berkesan jika orang yang dibetulkan tak rasa dia perlu diperbetulkan. Sebab dia tak rasa dia buat salah. Sebab dia tak rasa budaya berkapel ni salah. Sebab "..setanderrd la, kapel-kapel ni bang. Tak kapel kang, tak laku pulak. Lagipun rugi, la. Muda datang sekali. Selalu tengok orang kapel-kapel pegang tangan, gurau-gurau, cam bestt la pulak. Kita pun nak try arr kapel-kapel ni" sambung awek student tu lagi. Dia melambai-lambai ke arah sekumpulan budak lelaki yang hensem-hensem yang sedang berjalan masuk ke dewan kuliah. Twisted awek ni rupanya. Nampak jer bertudung. Aku ingat nak dapatkan respons yang Islamik sikit sebab dia pakai tudung, supaya karangan aku bias ke satu arah. Ni, dia yang happening.

Budaya berkapel akan mengakibatkan pergaulan antara lelaki dan pompuan. Perkataan kapel itu sendiri dah membayangkan perhubungan antara dua budak ini adalah lebih dari sekadar kawan. Lesen untuk pegang tangan, panggilan "ayang" atau "manja" atau sehingga ke tahap commolot atau mula main usik-usik kemaluan. Pompuan sepatutnya paham benda ni. Kerana dalam persetujuan itu nantik, pompuan yang akan dimasuki. Dan ada kemungkinan sesuatu tertinggal didalam dan membesar. Dan kebebasan pompuan akan terbatas dan satu hal pulak si pompuan ni nak kena buang atau keluarkan dan jaga benda kat dalam diri dia tu. Jangan salah paham. Masa berkapel, benda tu tak diingini. Dalam kebanyakan kes, benda tu hanya diingini untuk orang yang KAAAWIN, bukan KAAAPEL.
Aku malas nak cerita perhubungan sejenis sebab ni tak termasuk sebagai makhluk. Tapi basicnya sama macam kat atas. Sakitla diorang tu. Aku bermohon perlindungan keatas diriku dan keluargaku dari diuji sedemikian rupa dan aku doakan mereka kembali bertaubat. Bukan syirik punn...Boleh lagi tuuu..

So, aku kolot. Aku orthodox. Memang. Aku advanced, sebenarnya. Aku tak suka buang masa dengan kapel-kapel ni, sebab dalam agama aku, perhubungan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan mahram sampai tahap pegang-pegang tangan ialah dengan akad nikah. Kalau dah pegang kang, memang aku spring punyer. Takleh pikir aper dah. Buat apa buang masa dengan ber dating kalau sama-sama dah tau masing-masing nak apa? Tu sebab aku kata budaya berkapel ni tak elok. Jangan bullshitlah kata pasal kasih sayang ke, nak mengenali you dengan lebih DALAM ke, atau kesian kat you KESEPIAN kat kota REMBAU ni ke...Cuba tanya diri sendiri, apa yang aku ndak dengan keluar berdating dengan mamat ni? Adakah aku nak membina keluarga aku dengan dia? Adakah aku perlukan dia sebagai moral support untuk melayan tantrum aku setiap bulan? Awek student tu tersenyum. "Abang ni hensem laa" kata awek tu pendek. Dah ke situ pulak awek ni.

Aku taknak cerita pun side kebaikan berkapel ni macam karangan-karangan perbincangan yang lain sebab aku takmau point aku tu diseleweng oleh makhluk yang kuat melancap. Tak pasal-pasal jer aku dapat saham. Korang yang pancut, aku yang kena sebat. Karangan ni memang anti kapelhud.

So, marilah kita betulkan pemikiran kita dan berubah. Takde sapa yang sempurna tapi semua kena tahu apa yang dianggap kesempurnaan. Perjalanan ke arah itu memang jauh, dan tah sampai tah tidak, jadi eloklah kita mula bergerak dari sekarang. Sebab kita akan ditanya nantik dan apa yang kita boleh gunakan sebagai alasan ialah effort ajer..Untung-untung lepasss.


Wallahu'alam.

Monday, July 19, 2010

Underground, gig dan zine


Sejak aku terjerat membuat blog berkenaan dengan zine Schizophrenic ni, aku perasan satu benda: komuniti zine dalam scene underground Malaysia nampaknya macam slow. Makin underground dalam dunia underground. Sungguhpun aku sendiri menghilangkan diri seplohdoploh tahun ni, tapi aku tengok, scene zine macam kurang sambutan. Tak evolve macam scene muzik atau art atau extreme sport. Dah kurang jumlah zine yang dijual di pintu gig. Budak-budak tercengang-cengang bila dapat flyers pasal zine. Ada yang ingat flyers ni untuk gig dan CD ajer. Ada yang taktau apa itu zine. Kebanyakannya buat muka macam: kena bayar ke ni?

Aku tak salahkan diri sendiri. Sebab mutu zine underground, sekadar tahapahapantah. Balik-balik dua-tiga artikel tema isu kalini, yang lain dipenuhi dengan interview band yang soalannya tipikal sejak duaploh tahun dulu, beserta definasi-definasi menarik dari kamus, atau mana-mana quote dari mamat sapa ntah pasal apa ntah. Lepas tu ada zine atau gig review. Tu jelah.Kalau ayat-ayatnya bagus, mesej zine pulak tak betul. Banyak benar copy paste dan plagiarism. Terasa kena tipu pulak bila tengok penyendal-penyendal ruang kosong tu adalah benda yang diorang curik dari somewhere. Dah tu cerita pasal benda yang aku kompom si penulis pun takleh nak terangkan kalau ditanya lebih dari 3 kali. Presentation power, ayat dia pulak tunggang-langgang. Naik pening cuba memahami apa benda yang penulis cuba sampaikan. Tak baca kang, rasa macam tak support. Diteruskan membaca kang, tak terlawan pulak bisikan-bisikan prasangka dalam diri ni. Tu yang terskizo kadang-kadang tu...

Kalau yang grafik power, cerita sedap, mutu fotostat pulak cam sial. Terlepas sepatah dua perkataan masa kita tengah masyuk baca sesuatu artikel tu, lah. Gambar abstract yang tak clear, lah. Atau page yang memang takbley baca sebab toner fotostat dah kureng agaknya, lah. Yelah, takkan si penjual nak belek selai-selai nak check kualiti sebelum jual? Zine ajer, maaa

Dan mungkin dek kualiti zine yang tak menentu ini, ditambah lagi dengan pemikiran bahawa zine ni sekali baca jer, pastu dah boring, membuatkan industri zine dalam underground kurang mendapat sambutan. Sambutan ni dari sudut si pembuat dan si pembaca. The whole supply-chain. Tak macam industri T shirt, atau CD atau patches yang produknya boleh diperaga dan dibangga-banggakan kepada kawan. Mana ada orang baca zine duatiga kali macam dia dengar lagu favorite? Mana ada orang buat Tshirt zine kegemarannya? Kahkahkah. Mana ada orang buat tag daripada zine. Dah tahap sarkastik pulak nampaknya...

Seperti otai yang lain, aku pun nak reminisce zaman di mana gig itu ialah satu tempat pertemuan. Tempat gathering misfit-misfit dalam keluarga dan masyarakat. Yang otaknya terlalu advance sampaikan orang pada zaman tu takbley nak catchup. Dan kalau nak shopping stuff underground atau collectible yang rare, memang kena cari kat gig. Datang gig bawak duit, takut ada benda nak beli kang. Kalau takde duit nak masuk, datang jugak gig dan lepak dengan budak-budak jual stuff pun dah fun. Sekarang ni, gig dah lain. Nak jual stuff pun kena bayar duit meja. Padahal meja berlambak kat depan. Underground kebenda ni? Macam kapitalisma bangang jer. Ok, takpe. AKu paham. Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.


Kalau dulu nak tengok mohawk, kena pegi gig punk. Nak tengok setan , pegi gig metal. Di kalangan budak underground jer aku dapat borak pasal deforestation, abortion, jangan makan McD, kesefahaman antara berlainan genre, etc. Dan kat gigla tempat perdebatan (atau pergaduhan akibat ideologi). Sekarang, semua ni dah ada kat TV dan aku boleh borak kat kedai kopi. Gig dah jadi sekadar tempat orang tayang awek, pakaian dan mendapatkan perhatian. Tu tang gig.

Zine? Aku tak nampak perkembangannya. Paling kuat pun cuma sekelompok budakbudak bahasa, budak wartawan dan orang media yang zine atau buku-bukunya terdapat di sesetengah gig yang harga RM35 ke atas saja. Yang tau pun, dikalangan kawan-kawan atau pengikut blog mereka saja. Akibatnya datang gig jadi hambar. Gig pukul 2 tapi start pukul 4. Banyak masa dihabiskan dengan melepak diluar dewan sebab biasa arr, band dok layan tune gitarrr jer. Mainnya sekejap, tune nya tak masyuk-masyuk. Nak lepak dalam, organizer main lagu tekno. Dia ingat ni CNY ke apa DJ ni? Lepak luar pulak, takde aktiviti. Kalau ada jual stuff pun, mahal-mahal. Majalah glossy, demo yang reganya lagi mahal dari single mainstream. Baik beli majalah kat kedai mamak jer. Tshirt. Dah kusutkan Tshirt, takkan tak beli kot? Takde duit jangan tengok.Member sumer kat dalam. Nak join group orang lain, tahapahapa benda yang diorang borak. Balik-balik innner circle joke. Balik-balik cerita pasal kejadian semalam yang kita takde kena-mengena. Sama perasaan macam kengkawan non Malay kita bercakap dengan mother tongue mereka sesama mereka dan membiarkan kita terpinga-pinga dan pura-pura paham dan senyum macam bangang. Anyway...


Apa saranan aku untuk mengatasi masalah ini? Beli dan bacalah Schizophrenic. Hahaha. Cam biasa. Sekian

Thursday, July 15, 2010

Ideologikalut

Member aku tanya pasal ideologi. Amerika dengan demokrasi, China dengan komunisme. So? Aku kata aku malas nak cerita pasal sejarah pada ketika ini kerana perut aku memulas kelaparan. Aku nak makan. Dan aku pun ada hutang nak bayar. Aku lebih suka bercerita pasal apa nak buat selepas ni. Untuk makan.

Bila menilai, sistem pentadbiran, balik-balik kita akan kembali ke salah satu pertanyaan semulajadi kita: apa yang terbaik untuk menguruskan diri dan harta kita ni. Kembali kepada persoalan: apa anakbini cucu cicit sedara mara kroni aku nak makan selepas ni.

Pada aku, demokrasi macam satu persatuan ibu bapa yang melantik sorang dari mereka jadi ketua dan ikut telunjuk mamat tu. Pada aku, komunisme tu macam sepasang parents yang menjaga hak anak-anaknya. Evenly. No bias-bias maaaaa

Tu, jelah.

Tapi Islam tu, pasal hubungan aku dengan Dia.
Saat ini.


So, kita nak makan kat mana, ni?

Wednesday, July 14, 2010

Kenapa kau join underground?

Kenapa kau ada kat sini? Apa yang kau buat? Apa yang kau nak? Apa yang kau harapkan? Jika kau mengambil masa untuk berfikir akan jawapan-jawapan untuk soalan-soalan di atas, maka kau tak layak berada di sini. Kerana kau tak tau apa yang kau sedang buat dan apa yang kau harapkan setelah kau buat benda ni sumer. Kau membuang masa kau. Baik kau pergi buat sesuatu untuk kumpul duit dan kawin ke, apa ke...

Nak berkawan? Ye ke? Kalau betul kau join underground pasal nak kenal-kenal orang, nak tambah list kawan, nak tambah ilmu interpersonal skill, kenapa masa kau pergi gig, kau sekadar duduk dalam kumpulan KAU jer? Kenapa tak pergi kenal-kenal semua orang dan bertukar-tukar salaman? Kalau takat nak duduk ramai-ramai dan buat lawak bodoh dan gelak ramai-ramai kuat-kuat dengan harapan orang akan pandang kau, baik kau dan kawan-kawan kau lepak kat kedai mamak jer. Takyah susah-susah join underground atau pergi gig. Dok rumah layan youtube atau myspace lagi mudah. Duit pun tak membazir. Dah la camtu, bila ada orang tersalah angkat tangan kat kau (sebab dia ingat kau member dia. Maklumlah, muka kau muka tipikal), kau buat muka "taik" pulak macam kau ni PM atau superstar. Baik kau tanya diri kau akan apa yang kau kata dengan apa yang kau sedang lakukan.

Kau join underground pasal muzik? Ye ke? Boleh tengok koleksi demo kau? Apsal kau taknak beli demo yang jual kat depan pintu gig tu? Oh, bukan genre kau. Kau genre apa? Cuba nyanyi satu lagu favorite kau sikit. Apa band favorite kau? Apa bezanya kau dengan peminat Siti atau Britney?

Kau join pasal ideologi dan knowledge? Apa yang kau tau pasal ethic? Apa pekdahnya ilmu etika kepada kau kalau kau tak percaya kepada peraturan?
Dan bila kau dah tau ideologi dan benda2 tu sumer, pasti kau bagitau kat member, kan? Supaya kau nampak knowledgeable dan lebih otai dari orang lain kat scene kau. Barulah kau boleh bercakap pasal vegan, SxE, punk, gig, etc. Barulah cool masuk gig bila ada otai yang angkat tangan kat kita.

Atau pasal zine? Yang ni aku sokong. Untuk kau, kau bacalah isu no3. Beli, baca dan promotelah Schizophrenic. Hahaha

Saturday, July 10, 2010

Jack and Marry (say NO to pre-marital sex)


(hujung minggu datang lagi dan aku terpanggil untuk mengeluarkan artikel ini)

Sapa yang tak pernah tengok gambar lucah? Heck. Sapa yang tak pernah tengok filem lucah Melayu? Dah rosak benar dah masyarakat Melayu kita ni. Aku kata: JANGAN TENGOK ATAU AMBIK TAHU LANGSUNG PASAL VIDEO LUCAH. Ni tidak. Lagi dihalang, lagi pergi try. Siap tanya member lagi dah tengok ke belum (menyebarkan). Nilah akibatnya sebab banyak sangat makan ayam: nak mainnn jer.
Pantun ni aku tulis masa 1998. Masa tu, budaya zina ni masih baru nak naik. Dahla berzina, tak mengira tempat pulak tu. Masa tu, berzina dalam bilik hotel atau di tepi pantai dah boring dah. Dah tak thrill. Adrenalin junkie ni akan cuba berzina kat pelbagai tempat baru untuk spice-up their sex life. Dalam lif, kat ruang tamu rumah member. Mangkuk ke apa? Ni lah akibatnya bila terlalu banyak mengexposekan diri kepada material-material berbau lucah. Simpan VCD lucah, klip video lucah, ayat-ayat berbau lucah atau alat-alat yang membuatkan kita tertanya-tanya: best ke kalau main pakai benda ni? Kalau dulu, gambar lucah tu ialah setakat pakai micro skirt, expose kulit sampai ke celah paha. Atau nampak cleavage. Sekarang, semua ni dah ada kat TV3. Atau KLCC. Camana aku nak capai tahap wali kalau time tengok berita jer, dekat sebakul rambut bukan muhrim yang aku tengok? Siap boleh kenalpasti lagi rambut yang rosak atau yang lembut beralun.
Walaupun aku suka kepada perempuan dan apa yang datang dengan mereka, namun aku juga ada anak, isteri dan ibu. Aku takmau orang berzina dengan mereka. Aku takmau anak lelaki aku merosakkan anak perempuan kawan aku. Maka aku takbolehlah berzina dengan perempuan. Kalau nak main sangat, kawinlah. Sex itu sepatutnya suci dan murni. Ikatan yang menambahkan kasih sayang. Ni dah jadi macam aktiviti masa lapang, "next step" dalam couplehood, atau sesuatu yang wajib di explore oleh post-SPM. Dah rasa satu, nak rasa yang lain pulak. Dapat lak yang Pan-Asian. Takde der. Sama jer. Percayalah. Hehehe.
Dan penyakit ini melanda semua lapisan masyarakat kat Malaysia ni. Semua bangsa. Lebih-lebih lagi PATI dan PADI. Dalam hal ini, aku nasihatkan kepada lelaki: apa yang kau buat hari ini akan menghantui diri kau selama-lamanya suatu hari nanti. Kau akan diuji melalui anak-anak kau. Itupun KALAU dapat anak. Kepada perempuan: jual mahal! Sebab bila lelaki dah dapat benda tu, kau semua hanyalah statistik. Jangan percaya kepada ayat-ayat romantis mereka. Kamu ada harga bila belum disenyawakan. Ni tidak, baru kenal sehari-dua, dah nak kasi cipap. Cuba pikir: lepas mamat ni pancut, adakah dia pedulik aku pancut ke idak? Apa aktiviti kita lepas ni? Mesti dia nak balik ke rumah dia dan tidur. Aku? Stuck dengan lendir-lendir sumer ni. Tolong lap pun taknak. Bangang gila ahh.

Setiap bayi yang dibuang itu adalah simbolik bahawa kasih sayang seorang ibu terhadap seorang anak sudah lenyap. Dan bila simbolik kasih sayang yang tidak bersempadan ini telah hilang, tak salah jika Allah turunkan bala. Dan semua akan kena. Yang buang bayi ataupun tidak. Marilah hentikan semua ini.

Ibu bapa kena tanamkan sifat malu kepada kaum bukan sejenis dalam anak-anak mereka. Ini dapat dilakukan dengan menanamkan sifat anti-seksi atau "menutup aurat" dalam bahasa Islamnya. Berpikirlah sebelum membeli pakaian untuk anak-anak kita. Apa yang kita cuba nak terapkan kepada anak kita ni? Maka tak salahlah jika jiran salahkan kita bila anak kita kena rogol sebab pakai seksi sangat.

Kamu semua kena hentikan melihat/menyebar atau bercerita pasal benda-benda kotor ni. Bila cerita genius Matematik tu keluar gambar lucah, aku bet semua nak tengok gambar tu. Bila cerita peterporn tersebar, semua sibuk cari video tu. Macam-macam alasan, tapi sumer orang tau sumer orang nak cari modal. Modal apa? Yang kuat melancap akan jadi homosexual. Yang dah kawin, korang akan dapat anak setan sebab korang main dengan bini sebab bernafsu kepada orang lain. Ni asyik dengan youtube. Asyik dengan sex melayu. Pastu lanyak bini. Amenda ntah.

Air tea o takkan terasa manisnya jika kita makan gula-gula sebelum minum tadi. Jadi lagi banyak kamu pikir/bercerita pasal sex, sebenarnya semakin hambar nilai sex itu kepada kamu. Hentikanlah semua ini. Marilah jadikan sex itu taboo semula. Barulah malam pertama itu bermakna. Berdebar-debar je. Bettullll..Bagi mereka yang sudah berumah tangga, dan merasakan sex life dah hambar, pergi ikut tabligh keluar 40 hari dan lepas tu kau tengok kau main dengan bini kau camana.

Aku memohan ampun kepada Allah atas apa yang aku katakan ini. Aku taktau apa akan jadi padaku esok, lusa atau minggu depan. Tapi hari ni, pada hari Jumaat ini, aku bertaubat dan berazam untuk berubah.

Wallahu'alam

Wallahu'alam

Thursday, July 8, 2010

Ayat baek untuk Awek


Aku harap korang boleh baca puisi ni. Ayat-ayat keramat ni telah berjaya menambat awek aku dan sekarang kami dalam rangka rancangan untuk anak kedua. Alhamdulillah

Saturday, July 3, 2010

Iklan

Salam. Asalnya blog akuskizo ni ialah dari blog payabesarpedas. Idea akuskizo ialah blog yang diinspirasikan oleh zine Schizophrenic yang menjadi side income aku masa aku kat U dulu. Ia cerita pasal life dan seni, dan promo alter-ego aku dalam rancangan aku untuk menjadi PM. Hahaha.
Ia bermula dengan cerita seorang budak nama Atan selepas SPM. Dia join underground. Dalam isu kedua, dia dah otai sikit dalam underground dan mula whining-whining.
Isu ketiga ialah komik "Abang Polis dan budak Hardcore", cerita pasal perjalanan dua mamat ni di Padang mahsyar. Plotnya pasal perbezaan pendapat antara abang polis tu ngan budak HC pada tahun-tahun hujung milenia lepas.
Isu keempat ialah ekspresi seni di mana 100% buatan tangan, padat dengan carut marut dan mesej-mesej subliminal pasal penyalahgunaan dadah dan life dan tahapahapantah. Dan dalam hitam putih (maklumlah, nak jual fotostettt).
Isu kelima ialah pengemasan kepada isu keempat. Gambar dan artikel lebih tersusun dan matang. Tapi unsur-unsur stoner rock tetap jelas dalam grafik-grafik penyendal. Tapi memandangkan pilihanraya dah semakin hampir, maka aku terpaksa pindahkan akuskizo ke blognya sendiri.
Payabesarpedas akan menjadi blog yang menceritakan pasal kampung aku tu. Ia macam cerita seorang budak Rembau yang banggo dongan tompek dio mombosa. Di mano bumi dihinjak, di hihu hangit dihunghung. Eh? Hapo lak kono eh tokoluar lak Rombau eh ni? Ehhem!


Kepada sesapa yang berminat untuk mengalami sendiri perasaan berskizofrenik, atau sesapa yang PAHAM lantas mengumpul koleksi-koleksi ekspresi seni rare macam zine fotostat aku ni, atau taktau what the hell is going on, anda bolehlah bank-in kan RM25 ke akaun Maybank awek aku atau sms je aku, cakap nama, berapa juta kau nak dan lain-lain. Cam bese. Hahaha.


Apa yang kau dapat?
Beberapa keping kertas fotostat yang aku panggil zine Schizophrenic dari isu #1 sampai #5. Benda-benda ni, bila dahabis baca, korang boleh letak dalam keta, kat ruang tamu rumah, atau sepah-sepahkan depan sekolah menengah atau di Central Market KL. Dan bila orang tanya apa benda sumer ni, kau cuba jawab seolah-olah kau dah tau segala-galanya pasal hidup ni. Jangan cuba terangkan apa zine ni pada mereka. Cuba terangkan apa maksud life pada kau pada masa itu. Kau tengok apa jadi lepas tu. Nak tau apa rasanya? Bank-in cepat!

Ataupun korang nak pdf? Kalau pdf, aku cuma boleh kasi isu nombor 1 sampai tiga je. Lagi dua isu tu (4 dan 5), kau kena baca atas kertas, barulah betul cara penghayatan yang aku harapkan.
Satu isu cas dia RM5. Adalah dalam 14-20 page berisi garisan hitam dan putih yang cuba menyampaikan sesuatu. So, total untuk 3 isu ialah RM 15. Kalau takat nak beli satu-satu, cari aku di gig-gig yang diiklankan di indiezine.net atau Malayapark.com.
Ayuh! Berbaloi-baloi! Kalau kat oversea, aku cas baek punya, tapi sebab korang ada IC, aku kasi diskaun la. Cepat! Kawan-kawan anda dah beli dan mereka sedang mengetawakan anda dari belakang! Anda kena baca zine ni dan belajar cara nak spot mereka! Hahaha. Saya sendiri pun mengetawakan anda. Hahaha.

Akuskizo: 017-3711659

Maybank: kau kena sms aku. Hahaha. Bese arrr...;p

White to the bone, black to the ass

This strip is a tribute to Labob. You know who you are. Also thanks to Labob's family. Those were the days...

Thursday, July 1, 2010

Jangan Terkeliru

Mari guna Mozilla


Memandangkan ilmu blogging dan internet browser aku ni cetek, aku tak reti nak adjust2 size gambar2 yang aku letak ni. Jadi ada kalanya gambar tu terlalu besar (macam heading kat atas tu). Jadi untuk lebih menghargai blog ni, di sarankan anda menggunakan Mozilla sebab dia boleh zoom in atau out, jadi boleh tengok overview atau zoom dekat-dekat bagi orang rabun macam Azil. Korang cuba pakai Mozilla dan tekan butang ctrl dan + atau ctrl dan -. Try ar. Baru korang paham.