Wednesday, October 6, 2010

RTM3 follower aku?


Mula-mula aku cerita pasal schizophrenic (zine aku). Aku promokan ketibaan blog ini dengan mengaburi mata pembaca melalui isu penyakit schizophrenia. Tak lama lepas tu, RTM3 lapor ada 300 ribu rakyat Malaysia yang mengidap skizofrenia.

Aku layan balik dengan artikel pasal apa itu skizo. Minggu ni, diorang siap buat 2 episode report dalam Buletin Utama pasal split personality (kecelaruan personaliti). Siap cakap ada 3juta orang Malaysia yang disahkan ada penyakit split personality. Sama ada aku paranoid atau perasan, namun yang pasti; schizophrenia sudah sampai di Malaysia.

Semua orang tension. Semua orang nak cepat. Orang yang jalan slow dan menikmati alam sekitar ialah orang tua dan orang yang dah pencen. Yang lain, selagi ada kuderat, kita hayun untuk dapatkan duit. Duit-duit-duit. Gaya hidup era kapitalisme tanpa sempadan. Manusia hidup dalam satu perlumbaan di mana yang di kejar bukanlah kemenangan. Yang dikejar ialah populariti yang tahapajadahnya. Bukannya boleh kenyang pun.

Tapi schizophrenia di Malaysia bukanlah naik pasal benda tu ajer. Ia bukanlah seperti schizophrenia yang kita paham melalui kajian ilmiah doktor-doktor luar negara. Diorang buat thesis berdasarkan  data bukan rakyat Malaysia. Orang Malaysia ni pelik sikit. Dia macam gabungan orang Singapore dan Filipina. Nafsu cam orang Thailand. Dan masing-masing, berhidung pesek dan berambut keriting macam orang Indonesia. Jadi, skizo Malaysia kena tengok dari sudut Malaysia. Kenapa info ini penting sekarang?

Sebab kadar jenayah kat Malaysia semakin membimbangkan. Kerana desakan kewangan di Malaysia telah menghasilkan penjenayah nekad dan profesional. Malah ada yang dah tahap serial killer. Ibu-ibu pun dah jadi pembunuh. Dan semua ini ada kaitan dengan ilmu berkenaan schizophrenia. Tak paham? Bagus...


Teruskan mengikuti blog ini...Hahaha

5 comments:

± said...

artikel kau ni tetiba je buat aku suspicious..adakah aku salah sorg pengidap schizophrenia?

ermm... tapi aku penah deal ng org sakit camni. rasanya belum terdengar bisikan2 atau ternampak halusinasi2 yg mengkonfiuskan.is that all?ade ke simptom2 lain?

wed verifikesyen of the day: minsones XD

Irwan said...

maknanya kau masih virgin...kahkahkah

± said...

cettt...ni kalau budak² sek rendah keb payabesar tau ni, malu besar aku..

± said...

yayybaa! wed verifikesyen telah dimusnahkann

Irwan said...

sorila..aku tak perasan la. Aku ingat dah uncheck, rupanya tak save changes