Friday, December 10, 2010

Dia skizo ke aku yang skizo, ni? Ending

Baca dari mula, baru layan...


Kat balai, aku terus dimasukkan ke dalam lokap. Abang polis yang patutnya dah mati mencekik dirinya sendiri tadi mengunci pintu lokap. Aku ushar je muka dia cam tak caya. Dia mengushar aku blank. Setelah mengunci, dia memandangku sambil menggelengkan kepalanya. Aku pelik. Aku bingung. Aku cuba menghadamkan apa yang telah terjadi. Aku terduduk bersandar di dinding lokap. Tanganku masih digari.

Dalam kebingungan, aku memandang sudut gelap di dalam lokap. Aku taktau sapa yang aku harapkan muncul dari kegelapan itu. Mungkin aku harapkan mamat badut tu akan muncul.

"Hahaha" datang suara yang macam aku kenali. Kemudian aku mula melihat sekujur tubuh timbul dari dinding dari sudut yang gelap itu. Itu mamat badut tadi!

"Apa yang dah berlaku, ni?" tanyaku, bagaikan aku tak pelik langsung dengan kehadirannya.

"Kau dah bunuh dia" kata mamat badut tu tersenyum.
"Aku tak paham" kataku.

"Mak kau talipon kau tadi. Lepas tu kau nak ke surau. Bila balik dari surau, kau dengar housemate kau tengah melalak main gitar. Kau terjah masuk biliknya, pecahkan gitarnya dan bunuh dia dengan tali gitar" jawab mamat tu dalam nada melawak.

"Tapi, polis kat luar tu kan dah mati?" tanyaku pelik.
"Mana ada. Tu perasaan kau ajer. Lepas kau bunuh housemate kau, kau tertidur di bilik kau, hinggalah polis datang" kata suara itu lagi. Aku mula panik. Dadaku mula berdebar-debar. Apa yang SEBENARNYA dah terjadi, ni?

"Apa yang aku nak buat sekarang?" tanyaku cam orang bangang. Air mata mula mengalir laju di pipiku. Pipiku terasa pedih bila air mata itu melalui luka di pipi. Aku mengusap luka tersebut.

"Kau mengaku salah dan sepanjang perjalanan kau lepas ni, kau cakap kau dengar suara ghaib yang menyuruh kau membunuh housemate kau tu" katanya.

"Kalau aku ngaku, teruklah aku nantik!" bantahku.
"Kalau kau ngaku, pihak pendakwa raya tak dapat nak hujah apa-apa. Pihak peguam bela akan cas kau gila. Kau akan terlepas hukuman gantung dan akan dihantar ke wad gila. Kat sana kau berperangai baik selama dua tahun dan lepas tu, kau akan bebas" jawab suara tu panjang lebar. Aku blank. Aku terduduk. AKu mula teringatkan mak bapak aku.

"Betul ke ni?" tanyaku tak percaya. Aku dah tak tau apa yang aku nak percaya. Aku rasa macam nak pitam.

"Kalau takpun, dengan kelakuan yang baik, kau boleh mintak pengampunan setiap kali tiba Hari Raya" katanya lagi. Aku tertunduk diam. Hatiku lega, tapi air mata masih mengalir...


"Kan aku dah kata, KAU YANG MUNGKIN MEMERLUKAN AKU" katanya sambil ketawa dan menghilang di dalam kegelapan.

"Hoi-Hoi-Hoi! Diam,lah! Kang aku lempang, kang!" jerit abang polis yang otai dari luar lokap. Aku angkat pandanganku dan mengushar padanya. Dia cam goyang jugak dengan pandanganku.

"Marilah ke sini, kalau nak lempang saya. Takat menjerit dari luar macam bapuk buat apa?"
jawab satu suara ghaib.

"Kurang hajarrr!" kata abang polis tu. Dia dengan cam bagusnya membuka klip pistolnya dan membuka pintu lokap dan mendekati aku yang sedang menyangkung di tepi dinding dan mula menyepak kepalaku. Kesakitan itu membuatkan aku ketawa. Aku ketawa? Aku ketawa dengan sekuatnya. Makin berang abang polis tu.

"Memang budak gila, gamaknya" kata polis tu lagi. Dia nak melempang aku. Tapi aku mengelak dengan menunduk. Abang polis tu tersadung sebab off balance. Aku tendang kepalanya kuat-kuat dan memijak-mijak lagi mukanya. Dia terjerit-jerit macam babi kena sembelih. Aku rasa seronok.

"Lempanglah. Kata nak lempang. Lempanglahhhh, bodoh!!!"
kataku sambil terus menyepak dan menendang muka dan hidungnya. Tangannya tak sempat mencapai pistol sebab sibuk melindungi kepalanya. Darah mula terbit dari hidung dan membasahi misai polisnya...Aku tak tau apa yang aku buat. Dan aku tak pasti adakah ini realiti atau aku berhalusinasi lagi...
Yang pasti, aku amat happy dan rasa tenangggggg sekali.


Hahahahaha.



The freaking End.

(Phew!)

20 comments:

Al said...

Laaa...
ni ke msg yg ko cube sampaikan
xpuah ati lg ngan entri ko wat dulu ek

ape-apelah
dah mmg undang2 wat camtu
nak kate ape lagi
mmg org2 cam rashidi akn bernasib baik tlps
dsokong lg ngn hujah dr segi agama

tp yg berlandaskn kepuraan tu
setel kat akhirat je la jwpannya


Well,slmt dtg skizofrenia ke malaysia!

[PaaN1904] said...

kalo bt shortfilm pon best nih!

Irwan said...

miss1904: I takde contact dalam production house la..atau artis, atau penyajak...awak ada? Boleh kenalkan? hahahaha

± said...

ha'a la Al.cam kisah rashidi tapi dia lagi hardcore kot. siap sembelih2 lagi

tapi cam lojik gak mamat tu skizo. apa kejadah bawak kepala mayat atuk dia ke shah alam?nak jual kat toyol ke?

Ka-Ching said...

akhirnye.....weng weng weng.....

cerite yg menarik bleh wat short film!

Irwan said...

dia bawak ke shah alam sebab nak beli stok. Last time tokan tu cakap: kalau takde duit, kau bawak kepala makbapak kau kat sini, baru aku kasi...

Itulah yang berlaku...

Marhaenonymous said...

arghh!!!den dah mulo jadi biol baco entry ni....hahaha!!mmg best..terbaik dari ladang moral cerita ni.

Irwan said...

thanks, kerul...i like your poems too

dya adriza said...

aik? ni je ending dia? apa jd polis tu? dia mcm mana?

Irwan said...

soalan yang bagus...nak tau? cuba ikuti cerita lain dalam siri aku skizo, and you'll get the ending..

Ka-Ching said...

abg polis tu pon dpt jangkitan virus skizo haha

~* chirpy_chummy *~ said...

fuuhh!! alas, abes gak.. terpaksa tgokk ke bakang plak, sbb da beberapa hari ketinggalan..huhu

(jgn kate tetiba ade sambung lg pas ending ni sudey..cett)

Irwan said...

malas dah aku sambung...aku dah matikan sekali..korang yang suruh sambung haritu...

takkan sekali lagi kot?

...betul ke?

± said...

sambung lagi!!!!

Irwan said...

nak lagi ke? baru satu undi? apa kata ahli majlis LEMBAGA yang lain?

~* chirpy_chummy *~ said...

LEMBAGAAA...wuuuu...LEMBAGA.....kejarrrr diaaaa...LEMBAGAAA.... (sila bersuara dgn agak garau beserta melodi yg seram d bakang tabir)

Al said...

erk...da pakai undi plak skrg

dlu ak suh wat cite bersiri sbg trademark blog ni
kena tolak mentah2
cis
dasar talam 2 muke
heheh

Irwan said...

hehehe...ahli lembaga dari kelate doh bersuagho

Ka-Ching said...

aku undi sambug lagi hahahaha bia penulis naik skizo

taip akundiya! dan hantar ke 999 hahahahaha

Irwan said...

akundiya!