Wednesday, January 19, 2011

Bagaimana menkristoskan diri 4



Moderator : cuba buka pintu
BU : Waaahhh....
Moderator : Apa yang kamu nampak?
BU : Takde paper...
Moderator : Baiklah. Sekarang kembali ke tempat asal. Kamu sedang berbaring di atas lantai.
BU: ...
Moderator : Dah dapat?
BU : Dah
Moderator : Baiklah. Sekarang bayangkan kamu sedang berdiri. Pandang kaki kamu. Nampak?
Bu : Jap-jap.....Dah. Aku tengah berdiri dalam bilik. Aku memandang jarijari kakiku yang ku regangkan di atas tikar getah bilik ni. Real la design karpet kat atas tikar getah ni.


Moderator: Kamu sedang berdiri. Sekarang bayangkan kamu mendongakkan kepala kamu dan memandang ke awan.

BU: ...
Moderator : Nampak awan?
BU : Nampak bulan separuh. Awan banyak. Mereka sedang bergerak melintasi bulan. Ada kapal terbang dengan cahaya merah berkelip-kelip kat belah kanan.


Moderator: Bagus. Tengok dengan teliti awan tu. Layan kejap.

BU : ...


Moderator : Sekarang alihkan pandangan dan pandang sekeliling. Kamu sekarang berada di atas bumbung sebuah rumah. Bayangkan kamu berada di atas bumbung sebuah rumah di kampung kamu, misalnya.

BU : Aku pilih rumah atuk aku kat Sepri. Aku sedang berdiri kat bucu minangkabau atap rumahnya yang belah serambi tu. Wahhh. Tingginya. Gayatla.


Moderator: Rilek. Stabilkan diri. Cuba amati pemandangan dari atas atap tu. Cuba pandang halaman rumah. Apa yang kau nampak?

BU : Aku nampak ibu ayam dan anak-anak ayam sedang mengerumuni sesuatu. Kat pintu galah tersandar basikal tua atuk. Aku nampak ada sekumpulan budak kecik main kejar kejar kat kawasan depan rumah yang belah bilik pak ngah tu...


Moderator : Tengok kiri, tengok kanan.

BU: Kat kanan aku nampak kawasan sawah hingga ke sungai, merentasi kawasan semak hingga ke hutan di kaki bukit ke gunung gagak. Kat kiri aku nampak kawasan jiran atuk. Aku nampak ada sekawan lembu sedang menuju ke arah rumah atuk dan pintu jelujur atuk tak bertutup. Aku nampak ada keta iswara merah parking kat depan rumah pak ngah karim yang kat depan rumah atuk. Kemudian aku nampak ada orang menebas semak kat belakang rumah cik abas yang belah surau...


Moderator : Bagus. Telitikan lagi perhatian kau. Fokuskan lagi kepada detail yang jauh-jauh. Kenalpasti warna dan wajah. Sekarang bayangkan kau semakin terapung dari atap rumah tu.

BU : Jap. Susah ni.
Moderator : senang jer. Kau cuba rasa tinggi melalui kaki kau, sambil kau mendongak ke langit cuba nak tengok dengan teliti langit.

BU : OK. Aku dongakkan kepala, pandang langit. Tapi aku tak nampak apa-apa sebab gelap. Bulan terlindung dek awan. Eh.Eh? Aku rasa aku semakin tinggi, lah. Huhu! Cool. Walaupun gelap, aku dapat nampak aku semakin hampir dengan awan. Aku naik dengan perlahan, tapi aku dapat rasakan floating tu.


Moderator : Bagus. Sekarang aku mahu kau tukar keadaan dari malam kepada siang. Caranya ialah dengan memejamkan mata kau dan membukanya semula. Cuba sekarang.

BU :... OK..Waaah!!!


Moderator : kenapa?
BU : Terangnya.....



bersambung...

2 comments:

± said...

kristos ni involve doa2 tak? ke purely mind control?

Irwan said...

takde mind kontrol. takde doa-doa.

orang kapir dan bukan kapir boleh turut serta dalam satu jemaah.

boleh try selepas bahagian 5 hari ini