Monday, June 27, 2011

Eksiden Di PLUS Highway pagi tadi


Remuk Myvi ni. Menurut Vijay (macha berkulit kevlar yang dok sebelah gua)
dua seat kat belakang tu dah bercantum dengan dua seat kat depan. Nasib baik dalam kereta
cuma ada pemandu (seorang gadis Singh)

Kereta Myvi tu dari angle jauh sikit. Perasan remuknya yang senget ke kanan sikit sebab
bas SKS tu dah mengelak. Kalau tidak, memang direct impact dan tak taulah nasib pompuan
yang kat dalam tu.
Impact pada bas pun tak kurang hebatnya. Perghhh...
Akhir kata, berhati-hatilah ketika memandu.

Thursday, June 23, 2011

GUA PENAGIH!




Kalini, ketagihanku dah tahap menggila! Aku dah tak boleh berpikir tentangnya. Bila pikir jer, mesti nak kena. Bila pikir jer, mesti nak kena. Aku telah dinasihatkan oleh teman-temanku tentang habit buruk ku ini. Aku juga akui ia menjahanamkanku. Tapi apa boleh buat? Aku hanyalah penagih.

Aku mula perasan ketagihan ku dah menggila masa time aku jaga kedai hari tu. Aku keja sebagai tukang jaga kedai aiskrim. Duit hasil jual asikrim yang punch in memang takleh kencing. Tapi duit hasil jualan asikrim waffle, boleh goreng. Dapatlak, takde sukatan khas yang mengatakan 3kilo tepnug waffle boley buat 3juta waffle ker haper, kan? Kengkadang ada kes tepung tumpah. Ada kes bersemut. Hahaha.

Jadi, hasil jualan waffle haram tu, aku gunakan untuk menjana ketagihanku. Kalau dulu aku beli sepuluh peket sekali. Kalini aku beli kotak-kotak. Beli terus stok sebulan. Surplus pulak tu. Sepanjang bulan aku waras jer. Segala macam tohmahan atau ujian menimpa, aku rilek dan hadapi dengan tenang. Bila balik rumah, aku layan dua tiga belas peket. Pergh. Layannnn.

Kebiasaan ini terbawa-bawa hingga ke pejabat. Aku menyimpan stok berpeket-peket di dalam mejaku. Mulanya, aku cuma gunaka sebagai reward tiap kali aku selesaikan task harianku. LAma-lama aku gunakan sebagai boost penaik semangat la konon setiap kali tekanan menjadi memuncak (dan nampaknya semakin hari semakin bertambah ajer hehehe). Lamakelamaan, aku dilaporkan kelihatan dengan selamba mengunyah benda tu masa dalam bilik meeting.
Siap aku bagi alasan bahawa aku mengantuk dan selamat, lagi.

Dadah terbaru ku



Gua kerja kat Lustro

Malas nak crop. Hambik kau


Ruang dalam Lustro, Pavilion KL

Model berjambang takper. Promoter kena clean shaven. WTF

Mari beli kemeja sehelai RM500!


Wednesday, June 22, 2011

Sesaat bagaikan selamanya...






Gua merenung ke arah henpon. 
Gua menekan butang anak panah ke kiri dan ke kanan. 
Scroll atas bawah. 
Menggeledah timbunan message dalam inbox. 
Boring. 
Gua keluar dari semua menu. 
Gua tenung henpon. 
Gua tekan *122#. 
Cepat jer reply yang datang. 
Gua tekan "stats" dan hantar ke server twitter. 
Tak sampai 4 saat, reply datang dengan statistik. 
OK. Clear. 
Talipon clear. 
Gua ushar ikon 3G kat henpon. 
Full bar. 
Bateri full bar. 
Semua nampak OK. 

.
.
.

Apsal lu tak call-call lagi, nih!!!!!!??

.
.
.

Huarghhh!!!

Monday, June 20, 2011

Gua terjebak




Kengkadang masa emo, gua layan perasaan. Gua ikut apa yang hati gua nak buat. Gua rasa nak menjerit, gua menjerit. Gua rasa nak merempit, gua rempit. Gua rasa nak membunuh, gua bunuh. Selalunya, gua rasa nak sembayang taubat, maka gua solat. Alhamdulillah.

Tapi kecibaian dunia amat mencengkam. Sungguhpun gua tengok orang lain cam rilekk jer menghadapi semua ini, dan gua ajer yang sensorang rasa cam cibai, gua maintain. Gua cover. Bila orang tanya adakah gua OK atau tidak, biasanya gua jawab gua OK. Kengkadang, gua pulak yang sesaja cakap sesuatu, pastu gua kata gua OK. Bukan apa. Gua kena selalu ingatkan diri gua sendiri bahawa gua OK. Sebab hanya gua ajer yang tau keadaan gua pada masa tu, dan gua ajer yang tau bahawa gua perlukan sokongan moral atau tidak. Jadi, gua OK.

Namun, cengkaman kecibaian tetap juga menusuk ke dalam daging gua yang empuk, mengakibatkan gua terpekik melatah kesakitan. Gua manusia biasa ajer. Mana ada ilmu kebal atau superpower kulit kalis cengkaman. Dapatlak cengkaman keduniaan bukan datang dari arah belakang ajer. Bukan tang tengkuk ajer seperti yang kita dok doa-doa masa ambik wudhuk tu. Cengkaman cibai dari dunia tu datang dari pelbagai arah, kiri kanan depan belakang atas bawah. Itu dari luar jer tu. Dari dalam pulak dari sudut tekanan, diri, keluarga, kerjaya, survival, sex, banyak lagi. Ingat senang ke jadi manusia. Tak citer lagi sewa rumah, bil Astro, prepaid, unifi, langganan majalah Mangga dan URTV...duit.

Jadi, gua akui bahawa lelama dok kat kota metropolitan ni, harihari mengharungi dan berjumpa dengan pelbagai kerenah manusia urban zaman moden, gua yang pada aalnya seorang yang suci murni blankblank pun akhirnya terjebak.

Terjebak dalam kencah perlumbaan tikus, mengejar peanut butter fantasi yang ditanam dalam kepala oleh diri sendiri.

Terjebak dalam peperangan yang tahapahapa yang takde kena mengenapun dengan apa saja yang penting dalam hidup ini.

Terjebak dalam salah faham emosi yang membuatkan hidup terapung-apung, tali ghaib yang menggantung, tidak ke bawah atau ke atas, hinggakan dah taktau asal punca berbalas-balas.

Terjebak dalam kelalaian, kemalasan, kemurungan. Terjebak dalam nafsu. Terjebak dengan duit. Gua terjebak.

Dan bila gua dah terjebak, gua perlukan bantuan profesional.
Gua perlukan bantuan dengan segera.

Saturday, June 18, 2011

Komplen Complaint




Gua memang kuat komplen. Macam mak datin. Gua ajer yang betul, yang wangi, yang jadi mangsa. Gua memang banyak tak puashati. Ada ajer yang gua nak persoalkan. Dan gua kecoh pulak tu. Gua kepoh kat semua orang pasal benda-benda kecik yang gua jumpa. Ada ajer cerita komplen terbaru walaupun terhadap isu yang sama setiap hari. Ada ajer sudut perspektif yang nak gua 'perbaiki'. Gua ajer yang betul, gua ajer yang baik.

So?

Friday, June 17, 2011

The hackers were from China?

I.P address:  58.49.28.83
Ni dia IP address salah seorang hacker yang gua trace. Bukan kerja gua nak trace diorang. SKMM kan ada? Hahaha

Rindu




Rindu. Satu perkataan yang bahaya kepada mereka yang hangat bercinta. Perkataan yang digunakan untuk memancing awek yang baru dikenali. Bila orang mengatakan mereka rindu pada kita, kita rasa dihargai. Bila kita mengatakan rindu pada seseorang, biasanya kita saja-saja jer cakap camtu.

Orang yang sedang hangat bercinta, bila berpisah, tak boleh memikirkan tentang pasangan mereka. Contohnya pasangan laki bini yang tak pernah berenggang, sekali bini kena pergi kursus induksi contohnya, mereka tak digalakkan melayan perasaan takut diserang kerinduan. Kerinduan yang sebegini, adalah amat intense dan dalam sehinggakan boleh membuatkan seorang wanita menangis, atau seorang lelaki menggila. Sebab tulah mungkin, masa bercakap dalam talipon, pasangan laki bini kena saling support each other to be strong masa berjauhan. Jangan dok layan perasaan, walhal menggatal nak cuba benda bukan-bukan.

Rindu adalah perasaan perasan yang akan menjadi-jadi semakin ia dilayan. Asalnya benda takde pun. Tapi dok dipikir-pikir, dibelek-belek, dikaji-kaji, ditambah pulak dengan elemen horny dan fantasi, maka perasaan rindu itu boleh menguasai seseorang. Dan ia boleh sampai tahap mempengaruhi kelakuan dan pemikiran seseorang, bergantung kepada tahap ketahanan individu.

Kadang-kadang, perasaan rindu boleh dimanipulasi untuk menimbulkan suasana. Maklumlah, hidup seharian manusia memang membosankan, maka selalunya kita akan melakukan sesuatu untuk menghabiskan masa. Antara yang boleh kita lakukan ialah manipulasi perasaan rindu untuk menimbulkan ghairah untuk melakukan sesuatu. Contohnya seorang mamat yang dah lama tak balik ke kampung halaman sejak parents dia meninggal. OOOh, mentang-mentang lah makbapak kau dah takde, batang hidung bahkan Hari Raya pun kau taknak jejak kaki ke sini, kan? Rumah mentua kau kat pekan depan tuu ajer. Dah lalu tu, singgah sini "say hi" ke apa kat kitorang, apalah salahnya. Maklumlah, dah jadi orang Key Elll. Jadi, nak mengelakkan situasi sebegini, kita kena timbulkan desakan untuk balik kampung atau bertemu semula dengan teman lama, dengan mengimbau cerita atau kenangan manis dulu-dulu, bagi membangkitkan kerinduan, lantas menimbulkan dorongan untuk melaksanakannya. Kalau tak buat camni, kita ni dok keja, tido, keja, tido, bayar bil, shoping, tido, keja, tido....Binatang pun ziarah-menziarahi woiii.


Akhir sekali, kenalilah perasaan rindu dan gunakan dengan ceremat. Sekian, terima kasih.

Thursday, June 16, 2011

Tak Tau




Gua pun taktau nak mula kat mana. 
Oleh sebab itu, gua tangguhkan dulu. 
Sekian.

Thursday, June 9, 2011

Kutu yang Skizo




Salam. Nama gua Pian. Orang panggil gua, orang gila. Ada yang panggil kutu sampah. Ramai yang main hoihoi jer. Gua tak kesah orang nak panggil gua apa. Yang penting pada gua ialah; siapa gua pada diri gua sendiri.


.
.
.



"Gua kutip sampah?"

Memang. Memang gua kutip sampah. Gua kutip apa yang KORANG panggil sampah. Gua kutip tin aliminum dan botol kaca. kotak pun gua sebat jugak. Kotak gua gerak petang, lepas diorang stockcount. Tin, botol, sepanjang masa, tapi secara rasminya ialah pukul 8malam ke atas. Semua tempat gua sapu. Gua hangkut pakai trolley yang gua jumpa kat tempat sampah dulu. Gua kumpul semua kat satu tempat rahsia.


"OK ke, buat kejer ni, kau tanya?"

Lu jangan tak tau. Sungguhpun nampak cam sampah itu tidak bertuan, sebenarnya, tempat-tempat lubuk macam bus stand, shopping kompleks, taman-taman awam, ada penunggunya. Lu jangan main suka nak terjah sukasuka lu, nak kasi clear itu tong. Silap aribulan, lu yang masuk dalam. Mula-mula berkecimpung dalam aktiviti sebegini, merasa jugaklah gua kena debik dua tiga kali kat pengemis dan kutu kutu macam gua. Tapi bila dah lamalama, gua dah macam conquer lak tempat-tempat tu sumer. Mencabar sebenarnya nak buat keja ni kat kotaraya besar ni, bro.


"Apa? Lu kata gua ni pakaian macam orang gila?"

Sungguhpun lu nampak gua pakai compang camping, gua ada plan. Gua tengah sibuk menjayakan plan gua tu sampaikan takde masa nak ambik kesah pada appearance gua. Tulah yang misai dah bersambung dengan janggut, rambut kusut. Baju lusuh, seluar busuk. Kengkadang berselipar, kengkadang berkaki ayam. Gua tak pernah tau yang korang ambik kesah pasal appearance gua. Gua tak kesah apa pandangan awek-awek atau amoi-amoi pada gua sekarang. Gua sedang mengusahakan plan gua ni dan pada masa tu nantik, awekawek ni sumer yang datang kat gua. Lu tengok.


"Berangan? Lu kata gua kuat berangan?"

Heh! Pasal gua kuat berangan la gua kat sini bro! Kalau gua prektikel macam lu, takdelah orang panggil gua orang giler. Kutu sampah. Mesti gua dah jadi macam lu, sekarang; bercakap dengan orang giler. Hehehe.


"Ehh, jangan maraa, jangan maraaa. Nantik cepat tuer. Hehehehe"




*rakaman di atas telah dibuat ke atas subjek A3422KLM pada jam 345petang, XXXX2011. Mamat tu masih dalam pengawasan rapi unit psikologi dan matematik, buat masa ini.

Monday, June 6, 2011

Writtings on the door



Central Market, Kuala Lumpur

Semalam, gua janji dengan kawan gua nak jumpa kat Central Market, Kuala Lumpur. Gua pun dah lama tak pergi sana. Gua gerak awal sebab ada hal lain. Kiranya gua sampai kat CM lebih kurang 30 minit sebelum waktu yang sepatutnya. Gua gunakanlah waktu itu untuk merayau-rayau keliling CM...

Tetiba pundi gua rasa nak terkucil Gua pun bergerak ke arah tandas yang terletak kat ground floor. Pergh! Dah lain dah rupa pinta masuk tandas CM ni. Nak masuk kena bayar 50sen. Dan syiling tu, gua kena masukkan dalam mesin yang rupanya macam mesin kuda...
Ni lah rupa pintu tandas kat Central Market. Cantik camanalah pun,
masyarakat Malaysia masih belum reti menghargai agaknya...
 Bahagian dalam tandas nampak cam tandas resort. Dengan sinkinya yang signature, marmarnya, ambiencenya. Sampaikan gua pun terlupa yang pundi gua ni dah nak meletup dah. Gua pun pilihlah tandas nyangkung... Bila masuk dalam, pergh! Pintu tandas dia kellass! Tapi vandalisme tak mengenal jenis kayu. Iklan-iklan isap batang tetap ada bagi menceriakan masa menandas...

Tengok dia punya kunci cenggana..Kelas!
Yang paling mengharukan ialah, gua hanya perasan yang tandas yang gua dah masuk tu, takde hos air. Yang ada cuma alat pencebok auto yang aimnya dah lari sikit. Satu hal pulak gua nak kena adjust-adjust dulu sebelum gua melepaskan hajat. Bila dah bersuci, gua pun check setiap tandas yang ada kat situ. Huh! Takde satu pun yang ada hos air. Ni mana punya budaya ni? Dah lah tandas takde hos air. Tisu pun tak disediakan. Aim pencebok auto pun tak tepat. Kalau orang kampung gua datang ke tandas ni, maunya diorang ni semua keluar dengan baju yang basah...

Pepehal pun, gua malas nak mengomen kat dalam blog ni. Gua cuma nak jumpa kawan gua. Chow!

Saiz Karipap di RnR Seremban (arah Selatan) semakin mengecut!

Ni rupanya karipap itu. Limaposen satu

Diletakkan sebelah lighter sebagai perbandingan..Kecik, kan?
Ke arah masyarakat berkaripap tinggi. Eh?