Sunday, July 31, 2011
Accident pulak dah
Friday, July 29, 2011
Pelakon Alih bahasa yang skizo
Selepas kejayaan drama2 dari luar negara, pihak rtm3 telah beralih ke alternatif yang lebih murah dan asia. Dapat pulak band band dari Indon tengah meletup, satu projek rahsia telah dirancang. Dipendekkan cerita, cerita sinetron indonesia yang rakyat tengok selama ini, sebenarnya adalah buatan malaysia. Pelakon pelakon tu sumer main kumat kamit je depan kamera. Lepas tu, suara saya dimasukkan ke dalamnya. Macam alih bahasa Doraemon, Naruto, semua tulah. Cuma dalam sinetron, suara kena lah macam real sikit.
Dulu saya tak puas hati jugak dengan hero hero dalam cerita yang gunakan suara saya tu. Apa taknya, diorang punya keja bukan susahpun. Kumatkamit cakap tahapabendantah lupa skrip pun takpe. Sebab lepas tu, gua yang bersengkang mata dengan sound engineer nak redub balik. Tapi bila ambik kredit, usahkan terima kaseh, mention pun tidak.
Bayangkan, kalau cerita sinetron tadi, suara heronya macam Sunyo, heroin macam Sizuka dan yang lain macam Giant. Skrip sedih macamana pun nantik, orang dok gelak tengok awek indon suara cam Nobita nanges dibuli mak mentuanya.
Apapun sebenarnya, saya ok dengan diri, pekerjaan serta kehidupan saya dan elok rasanya saya berenti disini saja kerana stesen saya dah sampai... Eh?
Tuesday, July 19, 2011
sekali ngam2 kat bontot
Abis tu, gua kononnya nak lihat wajah gadis sebelah. Sekali baru perasan kepala gua ngam ngam paras bontot dia. Daymnnn...
Friday, July 15, 2011
Jiran yang skizo 2
"Syyy..." kata Azil sambil membuat isyarat dengan jarinya ke arah Atan. Atan mengcover mulutnya yang tersendawa dengan kuat tadi. Maklumlah. Dah terbiasa. Mereka berdua terbongkok-bongkok di belakang rumah Atan. Melalui info yang Atan dapat, tuan rumah belakang rumah dia, takde kat rumah pada hari itu. Peluang inilah yang dinantikan oleh Azil dan Atan. Mereka berdua nak tengok, apa saja lah yang dikerjakan oleh jiran belakang rumah Atan yang manjang bertukang sepanjang tahun. Ahh. Kalau tak paham, klik ajer kat sini, baca dari mula. Bukan panjang pun... Anyway...
Azil memang berbakat dalam bab pecah rumah ni. Kengkawan Atan memang ramai terdiri dari penyangak, mat rempit dan gigolo. Atan ajer seorang budak yang baik dan lurus yang hanya bekerja sebagai mat kilang. Berbalik kepada cerita kita...
Semudah ABC, Azil membuka pintu belakang rumah tu. Atan masuk dulu. Azil mengikut dari belakang dan menutup pintu. Mereka bersembunyi didapur, di balik almari tinggi. Setelah mengushar line, Azil pergi ke arah ruang tamu. Reka bentuk dalam adalah sama dengan dalaman rumah Atan sebab diorang ni semua dok dalam taman perumahan. Semua sepesen jer designnya. Atan mengikut dari belakang. Kelihatan Azil berdiri di tengah ruang tamu macam mencari-cari sesuatu. Atan menyertai Azil. Baru jer Atan nak dekat dengan Azil, kedengaran bunyi henpon. Atan dan Azil mengecheck henpon masing-masing. Bukan dari mereka. Alamak! Adakah ini bermakna ada orang lain dalam rumah itu sekarang?
Dengan berhati-hati Azil pergi ke arah bunyi henpon itu. Atan mengikut dari belakang. Mereka berdua masuk ke bilik kat ruang tengah. Kelihatan bilik itu macam sedang renovation. Dindingnya macam baru selesai di simen. Ada tangga menghala ke atas salah satu petak siling yang terbuka. Kat lantai, berselerak perkakasan nek menyimen, tegak batu dan plaster.
Jiran yang skizo
Atan tak pernah kisah. Dah 2 tahun dia pindah ke taman ni. Pergi kerja, balik kerja. Hujung minggu keluar town. Takpun balik rumah mak dia kat kampung. Dalam hal kejiranan, Atan yang dikira sebagai seorang yang peramah jugakla di kampungnya ni pun, sekadar kenal jiran sebelah menyebelah ajer. Apalagi nak perasan pola bunyi yang bermain di sekitarnya. Atan tak pernah kisah. Sehinggalah satu petang tu, Azil tanya kat dia:
"Eh, apo bondo orang bolakang umah kau, botukaang yo kojo, eh tu?" tanya Azil dengan muka series. Atan menoleh ke belakang. Ye tak ye jugak. Baru Atan perasan bunyi macam orang memecahkan dinding batu or something. Kejap-kejap bunyi grinder. Kejap-kejap kang, bunyi macam compressor pun ada. Manjang ada ajer, bunyi-bunyian yang datang dari rumah belakang.
"Dia renovate rumah..." jawab Atan pendek. Memang betul pun. Kot? Atan assume ajer sebab tiap kali dia lalu depan rumah belakang rumah dia, ada ajer timbunan pasir, kereta tolak, scope, seakan-akan tuan rumah tengah renovate.
"Dah lamo raso eh dio renovet. Den porasan, tiap kali den datang umah kau, mesti ado, yo bunyi-bunyi dari rumah bolakang, tu. Den tak pueh hati, laa" kata Azil. Dia mengurut dagunya ala gaya pemikir-pemikir, gitu. Atan tak suka dengan rupa Azil yang macam tu. Kali terakhir dia buat muka camtu, mereka terpaksa diambil dari Balai Polis Damansara oleh ibu bapa mereka...
bersambung malam ni...
Thursday, July 14, 2011
Balas Dendam yang skizo
Lama jugak gua dok mengendap dalam semak jalan ke rumah dia tu. Tengahari tu hujan. Jadi petang tu, pacat agak mengganas sikit. Gila dowh! Dua ekor berjaya naik sampai pinggang gua. Nyaris gua nak terjerit terperanjat. Sibbaik Acik Temah hujung kampung yang kebetulan lalu time tu tak perasan gua sokseksoksek dalam semak.
.
.
.
Mamat tu lalu tepat pada masanya. Dia baru balik mengaji. Gua? Dah tentulah gua ponteng ngaji arini sebab gua dok dalam semak, ni kan? Lu boleh dendiam tak?
Gua tunggu timing yang tepat. Bila mamat tu melepasi je garisan imaginasi yang gua dah set dalam pikiran gua, gua terkam keluar dan terus menghayun kayu berpaku tu ke muka dia. Paku tepat mengenai pipi dia. Gua cuba nak tarik tak boleh! Pulak! Mamat tu pegang kayu gua. Gua terperanjat dan lepaskan kayu. Dia meraung. Kesakitan agaknya. Memanglah kesakitan, tongong! Takkan terharu pulak!
By the time raungan mamat tu 3suku nak abis, gua terus sepak betis kanan dia. Agaknya dalam panik-panik tu gua boleh sepak tang keras pulak. Walaupun gua sakit, mamat tu nampak lagi sakit. Dia melutut. Tangannya masih cuba mencabut kayu berpaku yang melekat kat muka dia. Darah membasahi baju dan kawasan dia meronta-ronta tu. Tangtang tu jugak lah gua baru tau gua ni alah pada darah. Pandangan gua jadi berpinar. Gua macam nak pitam. Gua meraba-raba mencari bearing. Gua perasan mamat tu dah berjaya mencabut kayu berpaku tadi sebab dia sedang menghayun kayu tersebut ke arah gua dan...
...Gua tak berapa suka mana arahnya jalan cerita ni. Jadi gua tamatkan di sini saja. Sigh...
Wednesday, July 13, 2011
pagi rabu yang normal
Dah siap pakai kasut dah... |
Dah ready nak jalan dah... |
Hujan pulak turun... |
Samurai berpayung |
Hujan dowh |
(pix 2-5) sibbaik gua ada plan b! : plastik dan payung! In no time, gua dah bertukar menjadi samurai berpayung yg ditaja oleh kurnia insurance
(pix 6-10) dalam perjalanan melintasi kawasan padang, persimpangan rantau-sg gadut-ttj yg terkenal, jalan. Sempat jugak gua camwhore 2-3 bijik. Kepada anda diluar sana, jangan camwhore ditepi jalan raya.
Sesampai di stesen, terus bertukar. Kedengaran bunyi tren terlepas. Gua pasrah. Dahalangalang, kasi tachap sikit kening, betulkan parking, etc. Dah siap, kuar beli tiket. Next train: 718am
sambungan
Monday, July 11, 2011
...kengkadang gua skizo sensorang...
Yang cibainya ialah bila gua sesak, pandai pulak gua menyalak, tepekik telolong mintak tolong, macam dah nak kiamat dah. Bila tak dibantu, macamacam gua hamun, macamacam gua hungkit. Gua lah mangsa. Gualah bodoh, percayakan persahabatan, kesetiaan, blablabla. Sekarang, bila gua tersepit, bila semua taknak tolong, gua melolong. Meraung. Pathetic.
Gua takleh camni. Gua kena berubah. Ni zaman globalisasi dan henpon pintar, gua kena jaga imej, reputasi, ayat, tingkahlaku pelanchau, sumer tu. Kalau tak kang orang akan tengok gua one kind. Orang tengok gua sebagai failure. Gua bukan failure. Gua tak fail! Gua ok! Nah!
Nah!
Nah! Hambik kau! Hahaha!
Friday, July 8, 2011
Thursday, July 7, 2011
Habit lama yang skizo
Atan bangun dan duduk di bucu katil. Ohh. Rupanya Atan overnite kat umah member dia. Atan mencari lokasi member dia dalam kegelapan malam. Oh, ada kat lantai sebelah sana katil. Atan bingkas turun dari katil.
Hati kecilnya teringin nak minum air sejuk. Atan pun ke dapur. Macam dah biasa, Atan selamba di dalam gelap mencapai gelas di tepi sink dan bukak peti ais. Atan ambik sebotol air. Kotak2 jus dan coklat dan jajan dalam peti ais memanggil2 Atan, tapi Atan taknak tertipu lagi. Atan tutup pintu peti ais.
Atan menuangkan air ke dalam gelas. Masa meneguk, Atan terpandang 1 benda. Aiseh! Jangan la. Ni rumah orang! Atan mengambil bekas benda tu dan membuka penutup. Huui! Banyak lagi! Otometikeli tangan Atan yang satu lagi mencapai sudu yang dalam bekas tu. Dia ceduk satu scoop mewah. Kemudian memasukkan ke dalam mulutnya. Oh! Sungguh lazat mentekedarah milo, macam ni. Terlelaplelap mata Atan, cuba menikmati serbuk Milo.
Bila dia dah kembali ke kewarasannya, Atan scoop satu lagi dan ohh! ...
Tibatiba lampu dapur menyala. Atan terkejut dan sudu berada dalam mulutnya. Dan di pintu dapur, akak member Atan sedang bercekak pinggang dan menggelengkan kepala...