Friday, December 31, 2010

Thursday, December 30, 2010

Tukang Komen Yang Skizo

Blog Tukang Komen ialah blog Macam Bagus paling Jobo setakat penghujung 2010. Kemunculannya yang di saat-saat akhir time-time nak pencalonan Juara Lagu, melonjakkan popularitinya di mata bloggers yang gila update dan gila menulis. Walaupun blog tersebut tidak meraih sebarang award dalam blogosphere, atau mendapat follower tegal yang tinggi berbanding seperti blog Jew-On atau Emo Yang Terindah, tersenarainya ia dalam senarai pun merupakan satu petanda kepada mereka yang suka curi page rank dengan meletakkan link-link ke site-site besar.


Dengan kerjasama dari RTM3, Asstru, barisan lawyer Islam Liberal, penyokong fanatik beranimati yang memirrorkan blog Tukang Komen setiap hari, dan dibackup dengan dana rahsia dari seorang peminat yang kaya dari Israel, maka akuskizo mempersembahkan sebuah lagi produksi bermutu sebagai pembuka hujung minggu...



komen kepada: The Crossbow Cannibal and The C4 Killer

Entry asal:

Aku selalu terfikir,apa benda sebenarnya yang mempengaruhi perangai seseorang tu.Maksud aku,dari segi saintifik atau dari segi psikologi semasa pembesaran.Yang mana lagi kuat?Bila baca paper ke,tengok TV ke,kadang-kadang seolah-olah tak percaya kes-kes yang berlaku,seolah-olah manusia tu kadang-kadang takde akal.Kat UK baru-baru ni,seorang pembunuh yang digelar Crossbow Cannibal telah pun berjaya ditangkap,itupun selepas dia berjaya membunuh beberapa orang mangsa yang semuanya adalah pelacur-pelacur...

...Pejamlah sekejap mata kejap kalau ada yang mengatakan dia ni sebenarnya berkhidmat untuk masyarakat sebab dia bunuh pelacur...tapi aku berharap benar agar dapat faham apa yang drive dia untuk buat benda camtu...


Macam mana ada orang boleh tergamak buat camtu?



Read the full article...




Salam CursingMalay

Nama blog dahsyat. Ia bagaikan mesej jelas kepada pembaca akan apa yang boleh diharapkan dalam blog ni. Tiket mudah untuk menghalalkan carutmarut yang bakal dijumpai. Tajuk entry jer boring, tapi sebab ia ditujukan kepada frequent readers blog ni, maka ia disebelahmatakan. Penyampaian macam biasa, gempak. Kalau tak gempak, takkan aku nak komen, ye tak?

Sebagai mood, anggaplah aku ni salah seorang saiko yang kau maksudkan.


Aku sendiri pun minat nak tau apa yang mendorong seseorang untuk bertindak luar kawalan. Sebagai seorang yang baran, aku sedar bahawa kadang-kadang perasaan nak mengamuk itu terlepas sebab aku yang biarkan ia terlepas. Dan kalau aku paksakan untuk bersabar pun, keadaan aku masa bersabar tu macamlah susah sangat macam menahan lapar atau kencing. Tapi tak. Adakalanya aku sengaja melakukan apa yang aku lakukan. Aku sengaja membelasah mamat tu tang kepala dengan besi paip sedangkan aku tau belasahan sebegitu dengan material sekeras itu ke kepala berpotensi membunuh mamat tu. Atau aku sengaja menekan minyak lagi melanggar ayam yang tang aku nak lalu tu lah dia baru nak melintas. Tadi elokkk jer main kat tepi jalan.

Apa yang menyebabkan aku melakukannya, selalunya bukanlah si mangsa itu sendiri. Biasanya aku memang dah ada masalah sebelum aku tiba ke tempat kejadian. Aku mungkin bangun pagi dengan sakit leher salah bantal. Atau kena marah dengan bos masa kat tempat kerja. Atau simply sebab aku tak dapat reach through henfon awek aku yang aku dok call-call dari semalam. Si mangsa biasanya adalah innocent nobody yang happend to be at the wrong place at the wrong time. dan bentuk keganasan yang aku akan buat bergantung kepada keadaan dan peluang.

Masa kecik dan remaja aku agak impulsive. Bila teragak nak mengamuk, aku mengamuk. Dan magnitud amukan itu bergantung kepada keadaan. Kalau benda tak bernyawa yang menaikkan darah aku, aku akan musnahkan benda tu. Kalau benda bernyawa, aku akan sakitkan. Serangga, cicak dan amfibia ajer aku akan bunuh direct.

Tapi sejak dah keja gomen ni, aku mula belajar nak mengcover sikit baran aku. Sebab dah tigapatkali aku ditukarkan sebab bertumbuk. Rekod aku tu kalau diibaratkan sekeping pinggan, dah hancur berderai dah umpamanya. Jadi terpaksalah aku sembunyikan kebaranan aku tu, demi sesuapnasiku.

Ada sekali tu Pengarah marah aku sebab dah 3 kali silap buat laporan.
Ada sekali tu pulak, ada makcik tu sound aku sebab aku buat kerja lembab.

Dan hampir setiap pagi dinding bilikku akan diketuk dan aku kena maki dari jiran sebelah sebab aku set bunyi penggera kepada jam radioku kuat-kuat.





Aku tak menyaiko, pun?
Setakat ni, OK jer?
Apa maknanya tu?





Aku rasa, penyelesaian kepada masalah jenayah serius macam pembunuh bersiri ini ialah dengan mengenalpasti mereka dan memberikan mereka jawatan dalam kerajaan. Siap dengan bonus tahunan tetap dan option nak pencen lambat.

Dengan ini diharapkan kadar jenayah di Malaysia akan setakat curi ayam atau rembat selipar ajer.

Sekian.

Wednesday, December 29, 2010

Semalam Yang Skizo



"Wan, takleh camni, ni Wan" kataku padaku. Aku meniarap. Jemariku terus ke laptop. Aku tak mau kehilangannya kalini...Err...Kat mana kita tadi?


"Apa yang takleh?" tanyaku memaksanya bercerita dengan lebih lanjut.


"Kau takleh macam niii yo" jawabku kembali.


"Camni, camno?" tanyaku main kejarkejar.


"Menyarap asyik leko ngadap laptoppp yo" kataku straight to the bottom of my heart.

Aku akui. Sejak kebelakangan ini, aku agak abnormal dalam mengadap laptop. Akibatnya otakku sempit. Umpama asyik dengar lagu dari CD yang sama macam Prodigy Fat of the Land atau Alunan Istighfar by Muniz Hijaz. Aku kena bebas. Aku kena dengar radio.

Tapi bila mendengar radio pulak aku suka surf-surf the channel. Tak penah lekang dalam satu siaran. Paling lama pun dalam mixFm sebab aku rasa cam dah tua-tua sikit. Aku suka dengan IKIM ikut time. Sebab banyak sangat berbincangnya. Dan sekarang ni bau-bau ke sell-out an dah mula kedengaran. Pada akuu laaa..


"Asyik bona dalam pomikiran kau. Sibuk dalam urusan yang tak mondatang an pa e dah. Dah tu bocakap bondo yang kau tak buek. Bodosor, tu Wan" tampar aku kepada diriku. Aku menahan damar di muka.

Sebaik manapun aku gunakan alasan untuk menghalalkan apa yang aku lakukan, aku tau. Akulah saksi utama akan kemunafikanku. Aku tak boleh lari ke mana. Mana lagi jika semuanya Dia.

Dia.

Dia Yang Maha Pengampun.

Aku telah tersasar, aku akui, Ya Tuhan.

Dan aku harap. Aku benar-benar harap;



Kau Ampunkan




Macam biasa.



;-I

Snap from Schizo#4 - (2000)

A little something caught during my emo days...

Tuesday, December 28, 2010

Tidor yang skizo

Jangan buat camni waktu bekerja
Aku ialah tidur. Ye. Masa korang kecik, aku ni adalah teman setia engkorang. Jaga dua-tiga minit, tido. Bangun seploh minit, isap nenen, pastu tido balik. Hubungan kita tak dapat dipisahkan. Bahkan, ibubapa korang akan buat apa saja untuk memastikan engkorang dapat aku setiap malam. Mereka akan bawak kau kelinik kalau kau tak tidor. Ataupun buatkan mereka tak tidor.

Bila korang meningkat kanak-kanak, aku mula korang pinggirkan. Aku hanya dapat bersama korang setelah dipaksa. Kena padam lampu, tutup TV baru nak tidor. Sebab korang semua dalam mode exploring. Siang malam nak main. Yang korang tak tau ialah masa korang dengan aku itu amat penting. Korang kena dapatkan aku yang secukupnya demi memastikan neuron yang terbina masa belajar kat sekolah tu adalah neuron yang sihat. Dan neuron tu dibina masa korang tidurlah. Sebab tu budak-budak diajar agar tidur awal. Supaya mereka bangun awal dan segar untuk ke sekolah.

Aku paling benci masa melalui zaman remaja korang. Sebab masa ni, korang semua  macam tak reti-reti nak tido. Lagi hari dah malam, lagi ligat aktiviti kokurikularnya. Tidur hanya menarik bila korang ada teman nak bersenggama. Bahkan yang melayan fantasi ajer yang suka tidur awal-awal baya-baya korang ni. Yang lain, kalau tak dipengsankan oleh keletihan, korang hanya akan tidur setelah memaksa diri. Macam bila ada exam esok hari atau ada apa-apa yang penting di waktu pagi. Aku pun ada hak juga, maka korang telah mencabuli hak aku berkali-kali masa korang remaja.

Bila dah berumahtangga, aku ni bagaikan satu kewajipan. Sebab utama ialah besok kena pergi kerja. Sebab umum yang kedua ialah aku lebih mudah hadir setelah keluarnya cik amani. Dan aku pada masa ini lebih kualiti. Kalau masa remaja, aku dilakukan di mana saja, tak kira tempat atau suasana. Tapi bila korang dah berkahwin, korang mementing bilik aku agar ada suasana, ambience dan mood.

Semakin korang tua, aku semakin terganggu. Tengah-tengah malam, aku dikacau oleh pundi yang penuhlah, atau otot rektum yang dah tak berdaya nak menahan tekanan dari isi colon. Akibatnya, korang yang tua yang dah terjaga, terus tak tidur sehinggalah waktu pagi. Aku tak kisah sangat dengan korang sebab kengkadang korang mengisi masa itu dengan solat atau amalan-amalan yang elok.

Jadi, jangan ambik mudah akan aku. Aku juga makhluk. Aku ada hak. Dan hak aku ialah sekurang-kurangnya 4 jam sehari. Ada juga yang kata sunat meng-aku di waktu tengahari barang seploh minit dua. Apa-apa pun, kekurangan aku amatlah bahaya kepada mereka yang akan memandu jejauh macam abang driver bas atau lori atau kapal terbang. Jadi, jagalah kami, demi kesihatan kamu sendiri.

Kau dan Aku

Kau dan Aku
Kita tak sebulu
Kerna kau bulu kerinting
Aku pula baru
Cukur buluku

Tapi pentingkah akan kesebuluan kita
Dalam keadaan yang kau juga tahu sedang memaksa?

Aku mahu memegang tanganmu
Asalkan kau tak lari terlalu laju
Sudah duatigakali kesungkuran menimpa dahiku
Aku tak mahu terluka lagi
Dek prejudisme cikumu

Monday, December 27, 2010

Aku nak emo harini

Petang itu aku agak berangin. Kejadian di tempat kerja tadi membuatkanku rasa fedap dan givap dengan semua ini. Aku dah malas. Aku dah tak peduli. Untuk selebihnya hari ini, aku nak ikutkan emosi.

Pemanduan pulangku agak slow dari kebiasaan. Aku nak layan rokok yang aku pau dari pakgad tadi. Abang-abang technician normal hour yang melintasi, membunyi-bunyikan hon mereka membakar, mengajakku berlumba hingga sampai ke traffic light, macam biasa. Tapi petang ni aku buat bodo. Pandang pun tidak. Mereka meneruskan perlumbaan hari ini tanpaku.

Huh!

Bodoh! Susah payah aku memikirkan jalan untuk meningkatkan taraf mereka dalam kilang ni, susah payah aku menghantar proposal dan meyakinkan manager-manager cam bagus tu untuk meluluskan projekku demi mereka. Bila sampai kat mereka untuk dilaksanakan, mereka buat sambil lewa pula. Mereka buat acuh tak acuh. Ingat macam semua ni tak berguna. Hinggakan aku nyaris-nyaris terpotong kapla disebabkan mereka. Mangkuk punya abang technician. Aku harap ada dua-tiga ekor yang mampos accident sebab berlumba kat depan tu.

Aku berenti di traffic light. Pemandu kereta sebelah yang berbangsa Cina dengan aweknya memandang ke arah aku. Mungkin bunyi stereo keretaku agak kuat. Atau asap dari Nusan yang aku hisap menerjah ke dalam kereta mereka. Aku tak peduli. Biasanya akulah yang kena menghormati orang lain, kenapa tidak hari ini diorang pulak yang kena menghormati aku? Aku kuatkan lagi volume stereo. Dan aku kepul-kepulkan lagi asap yang keluar dari mulut dan hidungku. Aku duduk menyandar mencari ruang yang selesa. Lampu baru merah. Ada dua simpang lagi baru sampai turn aku.

Kemudian ada sebuah kereta berhenti di sebelah kiri keretaku. Aku melirik malas padanya. Oh? HR Manager rupanya. Dia tersenyum padaku. Sebab dia lagi besar dariku, terpaksalah aku menguntumkan sebuah senyuman senget. Dia mengisyaratkan agar kami membelok ke kiri, singgah dulu ke kedai minum. Aku menggeleng tanda tak mahu. Dia berkerut tanda kecewa. Aku buat muka tak puas hati tanda tak nak juga.

"Jom arrr" kata dia dari keretanya.
"Ok laaaaa, tapi jangan menyesal" kataku.

Kelihatan dua bijik kereta bagi signal ke kiri nak masuk ke arah Fasa 3...

---------------



"Apo kono eh kotaaaatt yo mukokau ni, Amir?" mula HR Manager.
"Takde mende, Abawan. Aku tension sikit lah harini" jawabku. Aku dengan dia ni memang rapat. Eh. Dia ni memang rapat dengan semua orang. Maklumlah HR MAnager. Tapi aku tak pasti pulak adakah semua orang main aku-kau dengan dia cam aku. Ahhh. AKu tak pedulik semua tu petang ni...

"Biasolah tu. Isnennn...Machaa! Order! Kau nak minum apo, Mir?" tanya Abawan, si HR Manager. Kelihatan seorang machaa menghampiri meja kami setelah dia terkumat-kamit terhangguk-hangguk menghafal pesanan dari meja sebelah.

"Nescafe tarik, lah" jawabku pendek. Mataku mengantuk tapi aku taknak tidur. Petang ni aku nak main basketball kat Tepian Gelanggang. Aku nak main physical dan siku semua orang.

"Minam nescafe ni selalu ni, tak baik untuk buah pinggang" kongsi Abawan. Aku memandang padanya.

"Chaaa, kasi itu nescafe kaw-kaw punya. Tak kaw kang, ngan kau-kau aku tea" kataku sambil menarik muka tak puas hati pada machaa. Machaa yang dah biasa digertak begitu hanya tersenyum dan berlalu sambil terkumat-kamit mengingat setiap pesanan.

"Apa masalah kau ni Mir?" tanya Abawan dengan nada mesra ke-HR Manager-an nya. Dia memang terlatih dengan semua ni. Dan aku selalu gaklah mengadu kat dia kalau ada apa-apa kemusykilan secara profesional atau peribadai pada dia ni. Tapi bak aku kata di mula tadi; petang ni aku nak emo.

"Apa masalah abang sibuk nak tau masalah saya?" snap aku tibatiba. Muka Abawan berubah umpama terkejut dengan jawapanku. Burung merpati yang sedang terhangguk-hangguk mencari makanan di jalan tar di depan meja kami berterbangan dalam keterkejutan. Aku mula terasa bangang dan bodoh pula. Ini bukan kebiasaanku. Aku biasanya seorang yang terkawal dan berbudi bahasa.

"Prema dah bagitau kat aku tadi. Cuma aku nak dengar dari mulut kau sendiri" kata Abawan lagi. Dia cuba nak menepuk perlahan bahu kiriku, taktik nak menenangkan orang yang sedang marah. Aku mengelakkan tangannya itu. Abawan langsung tak nampak bengang dengan kerenah kebudak-budakanku. Aku semakin terasa malu dengannya. Dia senyum lak lagi. Machaa datang berlari membawa minuman kami. Abawan berterima kasih dan menghulurkan minumanku padaku.

"Kalau tak kaw, kita tambah nescafe lagi, k" pujuk Abawan. Aku semakin terasa bangang. Kami meneguk minuman kami. Abawan masuk ke dalam dan ke kaunter. Dia terus bayar agaknya. Seminit kemudian, dia kembali. Dia menghulurkan sebatang rokok yang telah dinyalakan. Merokok bukanlah kebiasaan kami. Tapi Abawan bekas jurutera. Aku rasa dia paham dengan tekanan kerja yang sedang aku alami. Dan merokok merupakan placebo yang paling popular dikalangan jurutera untuk mengurangkan ketegangan yang dirasai. Aku menghisap puntungku dalam-dalam dan buat O. Abawan buat O jugak dan O dia lagi clear.

"Kau kena asingkan, antara benda yang kau NAK buat dengan benda yang kau KENA buat" kata Abawan. Aku mula tunduk ke lantai.

"Kita kerja kat kilang ni, buat perniagaan, bukannya pusat kebajikan atau institusi pengajian" katanya lagi.

"Kita digaji bukan untuk mengubah hidup orang. Kita digaji untuk mengurangkan kos dan pembaziran, meningkat keuntungan serta daya saing syarikat kita" kata Abawan sambil membuat O lagi. O asap itu melalui depan mataku yang masih terpacak ke lantai.

"Jangan marah kepada mereka yang tak mahu mendengar. Jangan bengkek kalau mereka main-main. Kau kena matang. Tak payah nak sound-sound, tak payah nak jem-jem. Sapa yang ikut, kau hargai. Sapa yang tidak, kau gariskan nama mereka dan aku akan ganti dengan yang baru" kata Abawan sambil buat O pulak ke arah langit.

"Ada yang anggap kerja itu adalah career. Ada yang sekadar melepaskan batuk di tangga. Ada yang  sampai tak tahu limit antara life dan kerja, ada yang sekadar lapan sampai lima"

"Dan kita, kena pandai kawal perasaan kita" punch line Abawan.
"Sebab hanya kita yang dengar cakap kita"

"Kalau camtu, kenapa Abawan cakap pasal ni dengan saya?" kataku sambil buat muka tak puas hati.

Abawan menghembuskan O asap itu ke mukaku pula. Kemudian dia beredar meninggalkanku.

Kan aku dah cakap. Aku tak nak.

Aku nak emo petang ni...

Saturday, December 25, 2010

Akuskizo

Aku tak pernah merancang nak melakukan apa yang aku lakukan. Aku hanya bertindak mengikut naluri. Tapi kengkadang tu aku bertindak mengikut keadaan. Saja-saja. Nak kasi adrenalin. Bila conformity, aku anarchy. Bila positive, aku negativity. Bila orang down, aku happy

Aku bukan seorang yang nak membetulkan sesiapa. Heck, aku pun tak betul. Tapi aku suka berada dalam kebetulan.

Betul pada takrif aku pula ialah happy dan harmoni. Padaku hidup umpama sebuah taman yang indah dan bungabunga berkembang mengikut musimnya. Beburungan berkicauan menyambut setiap ketibaan mentari pagi. Hidup hanyalah untuk hari ini dan kerana esok pasti lebih indah lagi. Semua orang berpegangan tangan menyanyi-nyanyi ketika pulang dari ladang dan kebun dan bertemu di persimpangan jalan dan menyanyi dan menari dalam ecstacy siap ada joker dan hero-heroinnya, bagaikan semua orang kampung dah prektis tarian yang sama. Macam dalam hindustan

Sesapa yang tak boleh terima konsep aku ni atau aku dapati meng-enforce-kan fahaman yang menyumbang kepada ke-selain-an kebetulanku itu padaku, aku akan, aku akan....aku akan tak ambik kisah dengan mereka. Kerana pada mataku mereka umpama kanak-kanak budak kampung yang sedang bermain bersama lepas mengaji di kawasan laman surau. Aku yang dewasa suka menghadiahkan gulagula kepada yang kecik, katakata semangat kepada yang tua sikit dan cubit telinga kepada yang suka kacau orang lain.

Dan aku hanya mahu teruskan hidupku yang ceria dalam taman indahku. Tempat dimana aku adalah aku yang aku inginkan. Dan keakuan itu ialah sebuah kehidupan yang serba sederhana bebas dari penjara minda.

Maka konsepku mendapat sambutan dari teman-temanku yang merasai kelainan yang sama. Kami berkomunikasi, berasimilasi lalu bergabung menjadi satu komuniti yang saling berhubung secara mentaliti. Semakin hari, kami semakin merasai kewujudan taman itu dalam hati kami. Kami semakin hampir kepada kesempurnaan akal. Kami bercahaya. Kami berkembang. Pada mulanya kami happy.

Tapi lately golongan yang suka memaksa ini mula mengganggu utopia kami. Mereka mengindoktrinasi, mengejek serta menggelarkan kami minoriti lalu mempersoal dan mengejek-ejekkan cara hidup dan pemikiran kami. Mentang-mentanglah mereka majoriti.

Dan aku bertindak mengikut apa yang sepatutnya. Lagi pun dia yang mula dulu.
Aku sembelihlah dia dengan pisau rambo yang kebetulan aku bawak hari ini. Pisau ni biasanya aku cuma gunakan untuk asah pensil jer. Kebetulan pulak ada dalam poket aku masa dia menyerang aku secara mentali tadi.

Dia taktau ke aku ada surat dokter?
Dia tak tau ke aku ni orang gila?

Ajak (housemate) Yang Skizo


Salam. AKu tau benda yang aku sound ni mungkin akan menyinggung perasaan sesetengah pihak. Tapi aku terpaksa menyound jugak.

Aku nak sound agar sesapa yang nak terkencing, tolonglah terkencing kat lubang jamban. Janganlah bantai nyangkung kat lantai dan lepas tu anggap siraman dua tiga cebok kecil itu dah melenyap segenap titik air kencing yang bertempiaran tadi. Dahlah kencing mencapah.


Dari sudut agamanya, kita kenalah kencing dan berak di lubang tandas. Dan masa nak kencing dan berak tu, lakukanlah dengan adab macam seorang manusia. Janganlah hipokrit walaupun kita rasa takde sapa yang tengok kita. Jangan bertelanjangan. Nak berak jer, yang gi telanjang bukak baju, buat apa? Sebab malu kalau ternampak dek cicak atau kumbang pianggang.

Dari sudut biolojiknya pula, terkencing atau terberak sambil menyangkung lebih aerodinamik sebab kita berada dalam keadaan menekan pundi-pundi atau tank berak yang berada dalam badan kita. Keadaan tertekan ini akan memudahkan benda-benda yang kita nak luahkan itu keluar tanpa payah perlu meneran secara berlebihan. Dan tempat menyangkung ialah dengan menghalakan punai tu ke lubang jamban. Bukan lubang air kat lantai.


Dari sudut aku yang duduk kat bilik belakang, berhampiran dengan saluran longkang dari bilik air rumah kita ini pula, kencing di lubang kat lantai tu akan mengalir keluar dan melalui kawasan depan tingkap bilik aku.

Dan setiap bau tongkat ali atau panadol yang terkandung dalam air longkang berisi air kencing itu, menyelinap masuk ke dalam bilik aku. Dahlah kipas aku pun kat tepi tingkap. Kengkadang tu sampai muka aku ni terasa lempap dek kehangatan air kencing yang fresh engkorang tembak kat dalam lubang tu.


Tol-longgggggggglah kencing kat jamban.

Selamatkanlah aku

Friday, December 24, 2010

sedikit sesuatu untuk mereka yang buntu

Jika korang boring taktau apa nak buat hujung minggu ni, bolehlah layan 2 movie berikut:

Fantastic Mr. Fox by Roald Dahl



Untuk mengskizokan diri, korang bayangkan golongan Fox itu ialah orang Palestin (yang buat terowong) dan manusia ialah Yahudi...

Atau yang satu ni:

Paprika



Starting movie Parika ni memang aku suka. Sebijik macam apa yang aku bayangkan apa yang berlaku dalam  kritos experience

Aku rasa korang lagi tau nak download kat mana

Anyway, happy weekend and enjoy the movie

Thursday, December 23, 2010

Message to those who care


Aku suka dengan mamat ni. Dia datang dari Dr. Dre. Dr. Dre datang dari NWA.
Dan lagu ni kira OK jugak laaa...

Tapi jangan salah faham pulak. Ni bukan menyokong gay atau kejujuran bodoh....


Snap lagi dari Schizo#2

Lelama habis satu zine aku post kat sini...

Snap from Schizo#2-again

A little something I stumbled upon long ago. Hope it's bermanfaat to my friends out there
Friend 101 is about friends in underground. It's just an article so don't think too deep after reading it.
 The second one is about music in underground. This is the answer to those who question, why am I posting mainstream music in a so-called underground-related blog.

And hey, these were written back in 96. I was just a kid, so excuse my language and grammar...

Tuesday, December 21, 2010

Underground dan Mentaliti POST SPM-ers

Dunia underground dipenuhi dengan budakbudak yang masih tercari-cari identiti. Bila bercakap pasal identiti, mestilah masingmasing mahukan keunikan. Kelainan. Ini secara tidak langsung membuatkan apa saja yang taboo dalam masyarakatnya nampak seperti pilihan-pilihan yang menarik. Kerana mempunyai identiti bermakna mendapatkan perhatian. Tak nampaklah uniknya kalau si mamat tu tak stand out bila di line upkan dengan mat skema atau mat jiwang. Jika di luar negara, aliran metal, anarchy dan satanism itu taboo. Dan mereka mulalah mencipta hujah dalam menghalalkan identiti yang mereka pilih. Dan hujah mereka biasanya yang boleh diterima akal sebab yang mengeluarkannya adalah akal juga.

Dunia underground memang dipenuhi dengan rebel. Ada yang rebel with a cause. Ramai juga yang sekadar nak rebellious ajer. Nak jadi rebel, benda pertama yang diperjuangkan ialah hak bersuara. Kebebasan bersuara. Kebebasan berpikir. Kebebasan nak buat apa saja dalam hidupnya. Yang dia taktahu ialah sifat rebellious ini perosak kemajuan. Kerana manusia tak boleh maju jika dia berseorangan. Dan me-rebel dalam hati, tak nampak uniknya. Tak cool. Dan dalam underground, cool itu sama penting dengan knowledge.

Dalam menimba knowledge pulak, puak underground memang akan lari dari halhal keagamaan. Kerana hal keagamaan pada mereka menyekat akan kebebasan lifestyle dan berpikir mereka yang berlandaskan otak dan nafsu seorang budakbudak yang masih cuba memahami apa erti kebebasan (kalau kat Malaysia: budak lepasan SPM). Lagi tolerate mereka terhadap sesuatu, maka lagi open minded dan lagi knowledgeable lah imej mereka. Tak hairan jika kita dengar bebudak underground lebih gemar mengulang-ulang quote sapa ntah yang dirasakan cool sebagai hujahnya. Memanglah katakata mamat sapa ntah itu masuk akal sebab erti kebebasan yang mereka tahu ialah sekadar erti duniawi. Walhal kebebasan yang hakiki, adalah LARI dari cengkaman keduniaan dan nafsu. Hahaha. Sai Baba dan Buddha pun tahu. Peliknya, orang yang knowledgeable itu masih tak mahu tahu. Dan dalam banyak-banyak kitab yang dibacanya, Al-Quran tak pulak disentuhnya. Kan terang-terang kena tipu dek setan, tu?

Dan setelah sekian lama dalam underground, sepatutnya mereka yang BENAR-BENAR BERFIKIR kerana nak tau tentang semua yang di atas, akan dapat hidayah. Kerana berfikir itu amatlah digalakkan dalam Islam, AGAMA DALAM REALITI INI. Tetapi pemikiran itu mestilah mengikut batasan yang berlandaskan Al-Quran. Kerana ilmu itu memang umpama lautan yang luas, dan otak manusia hanya boleh menganalisa satu perkara pada satusatu masa. Jika dia cuba menganalisa semua kandungan lautan ilmu dalam realiti ini sekali rap, maka dia akan keliru, tertekan dan akhirnya kembali ke dalam batasan keduniaan. Sebab itulah Al-Quran itu dijadikan landasan. Agar kita dapat memahami realiti ini secara sistematik. Bukan secara mantik atau lojik.

Tidak hairanlah jika kita lihat kadar perubahan bebudak underground dalam dan luar negara ke arah Islam amatlah pesat. Tetapi amatlah sedih bila kita perhatikan anak bangsa kita, yang telah sedia ada diberikan buku manual dunia ini kepadanya, dan bertahun join atau mingle dengan alam underground, tak juga bebas-bebas dari kepompong kecetekan pemikiran.

P/s: Aku tak heranlah dengan orang half-cooked macam sesapa saja. Sebab diorang sebenarnya dalam perjalanan ke SATANISM. Tak caya? Cuba check believe diorang dengan benda kat bawah ni...

Aku malas nak explain sesatu. Dan aku taknak link kan korang ke gereja setan. Aku nasihatkan korang JANGAN google benda ni. Cukup setakat ini saja.
Sebab tanpa ilmu dan pembimbing, korang boleh terpengaruh.

Full grown satanist pun aku lempang, inikan pulak post SPM-ers...Cheh!



The Nine Satanic Statements
from The Satanic Bible, ©1969
by Anton Szandor LaVey

1. Satan represents indulgence instead of abstinence!
2. Satan represents vital existence instead of spiritual pipe dreams!
3. Satan represents undefiled wisdom instead of hypocritical self-deceit!
4. Satan represents kindness to those who deserve it instead of love wasted on ingrates!
5. Satan represents vengeance instead of turning the other cheek!
6. Satan represents responsibility to the responsible instead of concern for psychic vampires!
7. Satan represents man as just another animal, sometimes better, more often worse than those that walk on all-fours, who, because of his “divine spiritual and intellectual development,” has become the most vicious animal of all!
8. Satan represents all of the so-called sins, as they all lead to physical, mental, or emotional gratification!
9. Satan has been the best friend the Church has ever had, as He has kept it in business all these years!
Quote:


The Nine Satanic Sins
by Anton Szandor LaVey ©1987

1. Stupidity—The top of the list for Satanic Sins. The Cardinal Sin of Satanism. It’s too bad that stupidity isn’t painful. Ignorance is one thing, but our society thrives increasingly on stupidity. It depends on people going along with whatever they are told. The media promotes a cultivated stupidity as a posture that is not only acceptable but laudable. Satanists must learn to see through the tricks and cannot afford to be stupid.
2. Pretentiousness—Empty posturing can be most irritating and isn’t applying the cardinal rules of Lesser Magic. On equal footing with stupidity for what keeps the money in circulation these days. Everyone’s made to feel like a big shot, whether they can come up with the goods or not.
3. Solipsism—Can be very dangerous for Satanists. Projecting your reactions, responses and sensibilities onto someone who is probably far less attuned than you are. It is the mistake of expecting people to give you the same consideration, courtesy and respect that you naturally give them. They won’t. Instead, Satanists must strive to apply the dictum of “Do unto others as they do unto you.” It’s work for most of us and requires constant vigilance lest you slip into a comfortable illusion of everyone being like you. As has been said, certain utopias would be ideal in a nation of philosophers, but unfortunately (or perhaps fortunately, from a Machiavellian standpoint) we are far from that point.
4. Self-deceit—It’s in the “Nine Satanic Statements” but deserves to be repeated here. Another cardinal sin. We must not pay homage to any of the sacred cows presented to us, including the roles we are expected to play ourselves. The only time self-deceit should be entered into is when it’s fun, and with awareness. But then, it’s not self-deceit!
5. Herd Conformity—That’s obvious from a Satanic stance. It’s all right to conform to a person’s wishes, if it ultimately benefits you. But only fools follow along with the herd, letting an impersonal entity dictate to you. The key is to choose a master wisely instead of being enslaved by the whims of the many.
6. Lack of Perspective—Again, this one can lead to a lot of pain for a Satanist. You must never lose sight of who and what you are, and what a threat you can be, by your very existence. We are making history right now, every day. Always keep the wider historical and social picture in mind. That is an important key to both Lesser and Greater Magic. See the patterns and fit things together as you want the pieces to fall into place. Do not be swayed by herd constraints—know that you are working on another level entirely from the rest of the world.
7. Forgetfulness of Past Orthodoxies—Be aware that this is one of the keys to brainwashing people into accepting something new and different, when in reality it’s something that was once widely accepted but is now presented in a new package. We are expected to rave about the genius of the creator and forget the original. This makes for a disposable society.
8. Counterproductive Pride—That first word is important. Pride is great up to the point you begin to throw out the baby with the bathwater. The rule of Satanism is: if it works for you, great. When it stops working for you, when you’ve painted yourself into a corner and the only way out is to say, I’m sorry, I made a mistake, I wish we could compromise somehow, then do it.
9. Lack of Aesthetics—This is the physical application of the Balance Factor. Aesthetics is important in Lesser Magic and should be cultivated. It is obvious that no one can collect any money off classical standards of beauty and form most of the time so they are discouraged in a consumer society, but an eye for beauty, for balance, is an essential Satanic tool and must be applied for greatest magical effectiveness. It’s not what’s supposed to be pleasing—it’s what is. Aesthetics is a personal thing, reflective of one’s own nature, but there are universally pleasing and harmonious configurations that should not be denied.

Monday, December 20, 2010

Homophobia?


What's all the fuss about homosexuality?
akuskizo says:
BORING
 (we talked about it 20 years ago) 

But don't hate the gays or the lesbos or the tomboys or the pengkids! 
we are at war with something greater than those fags


So, we're homophobic?
Nope.
It's the other way around
YOU'RE PRO-SODOMY


Because one of basic human nature is TO BREED (no offense to those mandul by fate)
Promoting homosexuality is against this nature.


So, who's the fag now?

Snap from Schizo#2 (1996)

Aku tak ingat aku dah post ke belum benda-benda ni. But, layan je lahh
Dan macam biasa, klik untuk besarkan

Helmet Apolo yang skizo

"Ap-ap-ap-ap, Ap-ap-ap-ap, Ap pol-lo"


Aku dah lepak kat atas almari ni bertahun-tahun lamanya. Sejak dari tuan aku lepas lesen P, hinggalah dah nak habis bayar duit motor tu. Cuma aku ni tak berapa nak digunakannya. Hingga ke tahap aku mula mempersoalkan jadah kewujudanku.

Dulu-dulu masa baru beli motor baru, tuan aku selalu menggunakanku. Ke hulu-ke hilir, mesti pakai aku. Di mana ada dia, di situ ada aku. Aku juga dihiasi dengan sticker-sticker yang menunjukkan bahawa tuan aku ni seorang yang cool dan bawak motor laju. Tuan aku juga akan membacking aku jika ada kengkawannya yang mengutuk akan kemurahan aku. Mereka akan meracun tuan aku untuk mendapatkan helmet ARC, full face atau yang ada lubang oksigen tu. Aku terasa jugak kengkadang tu dan cuba membunuh diri beberapa kali dengan terjun dari genggamannya. Tapi hati aku terubat kembali bila tuan aku menampal scratch akibat terjunan tadi dengan sticker baru.

Malah masa tuan aku dapat awek pun, aku masih lagi menjadi teman karibnya. Kami akan menemani aweknya itu ke mana saja. Aku juga dapat teman yakni helmet yang disarungkan ke kepala aweknya itu. Banyak kali juga aku dicium oleh teman baruku itu bila tuan aku salahgunakan trik brek mengejut untuk merasai kelembutan payu dara aweknya. Hinggakan dah ada ketuat dah kat tempat teman aku tu berlaga dengan aku kat belakang aku ni. Tapi, semuanya berubah sejak ada dia.

Dia ialah full face ARC yang ada lubang oksigen. Tak sangka, racun yang disembur oleh rakan tuanku mula menunjukkan keberkesanannya. Sejak kehadiran ARC, aku mula dipinggirkan. Mula-mula aku diparkingkan di atas kabinet kasut di porch. Kemudian bapak dia gunakan aku untuk ke pekan. Tapi sejak ada kucing jiran beranak dalam aku, aku terus tak digunakan lagi. Bahkan nak bersihkan aku pun tidak. Darah nifas serta bebulu kucing yang beranak dalam aku dulu tu pun masih ada lagi. Tempat aku yang asalnya di atas kabinet, kemudian terbiar bergolek-golek di tepi longkang. Kengkadang aku terkena tempias hujan. Kengkadang naik rentung aku berjemur dek pancaran matahari. Aku mula down. Aku mula hina. Dan tiada siapa yang mempedulikan aku lagi, walhal diri aku sendiri.

Cuma ada sekali tu, masa nak raya, mak tuan aku membebel padanya agar meletakkan aku di tempat yang sesuai sebab dia nak kemas depan rumah. Sejak itulah aku mendiami atas almari yang berhabuk ni. Sekali dengan plastik dan Al-Quran yang lagi berhabuk dari aku. Takde sapa yang pedulikan kami.

Tapi mulai saat ini, aku dah ambik keputusan. Aku tak mahu berkesudahan hanya dengan berada di atas almari ini. Aku tak mahu berada dalam keadaan menunggu nasibku untuk diubah oleh tuanku. Aku dah nekad. Aku dah gilababi.

Dan tiba saat yang ditunggu, bahagian atas almari ini pun dikemaskan. Al-Quran dan plastik telah turun dulu. Aku menunggu saat aku pulak diturunkan. Dan bila aku diangkat, ketika kedudukanku sudah melepasi kawasan lemari dan terus ke lantai, aku meliuk hingga menyebabkan aku jatuh. Aku menghempaskan diriku dalam kekecewaan dengan sekuat hatiku. Dan aku pun retak. Walaupun aku sakit, aku puas hati. AKu harap, mesej aku pada tuanku sampai.

Memang sampai pun. Aku dibuang ke dalam lori sampah yang lalu, sekali dengan selipar croc haus dan bebaju buruk yang dah tak muat. Aku dibawa ke tempat pelupusan. Walaupun aku dah budget ini akan berlaku dan aku berdebar-debar dengan nasib aku lepas ni, aku puas hati. Lebih baik aku begini dari usang kat atas almari.

Sampai ditempat pelupusan sampah, aku dilambakkan ditengah padang. Dan aku berjemur di situ, menanti apakah nasibku seterusnya. Walaupun aku tak suka dengan tempat ini yang jauh lebih buruk dari berada di atas almari, aku pujuk hatiku dengan rasa kepuasan hati atas pilihanku. Aku lebih suka salah akibat pilihanku, daripada berada dalam kebetulan yang terbiar. Aku sukakan adventure. Akukan helmet.

Dalam aku sedang berkira-kira apa plan aku seterusnya, aku diangkat oleh seseorang. Seorang orang gila agaknya. Dia menyarungkanku di kepalanya. Aku rasa selesa. Dah lama aku tak berada di tempat yang sepatutnya. Aku melelapkan mataku melayan kesyahduan yang sementara itu. Mamat itu memakaiku sambil meneruskan aktiviti menyelongkar sampah-sarap yang bertimbun dikawasan pelupusan ni.
"Aku orang gilak"
Sejak dari itu, aku sentiasa dipakai oleh mamat itu. Memang betul mamat tu gila. Tapi aku rasa amat bahagia. Sebab aku ada dia. Dan padanya, aku ini amatlah berharga, disamping tin milo, plastik merah dan stokin bola yang menjadi jersey utama mamat gila ni bila dia meronda kawasan bandar. Aku puas hati. Aku bliss.

Hinggalah pada satu hari, ketika mamat tuan baru aku ni mundar-mandir di tepi highway, dia telah dilanggar oleh sebuah lori. Bumper depan lori tu tepat mengenai aku yang ketika itu berada di kepala tuan baru. Retak lamaku terbelah dan aku pun berkecai dua. Mamat tu pulak terpelanting ke tepi jalan. Yang syahdunya, walaupun mamat tu dalam keadaan lemah, benda pertama yang keluar dari mulutnya ialah: helmet aku- helmet aku. Dia hanya pengsan setelah aku didakapnya.

Ambulan pun sampai. Tuan baru berkeras nak nak bawak aku jugak naik ambulan. Mungkin sebab dia seorang gila, abang atendan ambulan tu layan ajer. Aku dipeluk oleh tuan baru sehinggalah kami tiba di wad. Walaupun badanku sakit-sakit, aku rasa amat selesa dalam pelukan tuan baruku yang berkeras taknak melepaskanku.

Dan kisah kemalangan tuan baru ku itu mendapat liputan luas. Tuan baruku cuma mengalami gegaran dikepala akibat hentakan dari bumper lori. Dia terselamat kerana memakai aku. Dan gambarku terpampang di dada akhbar dan aku dinobatkan sebagai hero.

Bila tuanku semakin pulih, kami ditempatkan di hospital gila. Sesampainya kami di sana, perkara pertama yang tuan aku buat ialah menyelotepkan aku semula menjadi satu. Kemudian aku dipakainya. Aku menemani tuan baruku itu sehinggalah ke akhir hayatnya. Bila dia dah ditanam, aku ditempatkan di dalam sebuah almari yang khas sebagai satu bahan kenang-kenangan. Lama jugak aku kat situ. Hinggalah kebosanan itu kembali. Aku pun mula terpikir nak buat trick yang pernah aku buat dengan tuan pertamaku. Kabinet ni dibersihkan secara rutinnya sekali seminggu. Dan setiap kali, aku akan diangkat dan dibersihkan dari habuk. Aku dah berkira-kira, aku akan melompat pada minggu akan datang. Aku sukakan adventure. Heck, akukan helmet.

Minggu depannya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Masa akak housekeeping tu angkat aku, aku meliukkan badanku dan aku pun terjatuh. Selotep yang memegangku terburai dan aku pecah dua. Aku diangkat, diselotepkan semula menjadi satu dan diletakkan semula di dalam kabinet. Siot betul.

Dua hari lepas tu, pengarah hospital datang untuk aktiviti turun padang bulanannya. Dia ialah pengarah baru. Pengarah dulu tu pompuan, dah bersara agaknya. Bila pengarah tu terpandang ajer aku yang berselotep-selotep kat dalam kabinet ni, dia mengarahkan orang untuk mengeluarkanku. Katanya, ini hospital gila, jangan kita jadi orang gila. Ada orang ambik aku dan menyumbatkanku ke dalam plastik hitam. Aku tak sedap hati.

Lama jugak aku dalam plastik hitam tu. Sedar-sedar, aku terasa macam bahagian bawahku panas. Kemudian cahaya menerobos masuk ke dalam plastik hitam pembungkusku dengan laju. Rupa-rupanya aku sedang dibakar. Aku menjerit-jerit kepanasan. Tapi takde siapa yang mendengar jeritanku. Dan lama kelamaan aku pun kalah. Aku pasrah. Dan semua yang dah berlaku sejak dari perenggan pertama, terflashback di kepalaku. Aku menangis. Dan air mataku hanyalah percikan yang berdesir-desir di dalam api yang sedang marak ini.

The End

Sunday, December 19, 2010

Mainstream vs underground, schizo vs wannobie?


Hah? Ada orang komen kata amender undergroundnya tapi masih listen to mainstream music?
underground?
underground?
Grow up!


Hah? Amender skizonya kalau tuan tanah tak skizo?

Hah?

Hah?


(click below to continue laughing)

Friday, December 17, 2010

Artikel dari budak underground kepada seorang zine editor

Budak underground Malaysia dengan tabligh.



Budak underground Malaysia ialah budak yang MENGAKU join scene underground. Yang wajib adalah budak yang dalam band underground, abang zine editors, think-tanks, icons dan backstage people yang terlibat dalam menimbulkan suasana ke-scene-nan dalam sesebuah scene. Masa aku ushar dulu, kebetulan zaman kemuncak. Gig seminggu sekali dari Utara sampailah selatan Malaysia. Zine tumbuh cam cendawan, gig tu macam Sura Heboh atau Festival Cosplay yang penuh dengan gerai menjual barang-barang rare. Yang LARI dari suasana ke MELAYU an yang pada masa tu monotonous musically dan politically incorrect socialy. Dan ini termasuklah kengkawan bebudak tadi, housemate, mereka yang happend to be in a gig by accident, mahupun mamat tabligh yang sedang dalam penyamaran nak mendakwahkan kami pada masa tu.

Budak tabligh pula ialah mereka yang mengaku join tabligh yang pada masa tu jugak sedang berkembang biak ajarannya. Dapat pulak dengan isu Al-Arqam yang sibuk dipolitikkan, ajaran tabligh sudah tentulah menular dikalangan budak pengajian tinggi. Yang gempaknya, budak kalau dah join tabligh ni pada masa tu, disamping ketayap pakistannya, mesti obvious dengan janggutnya, serta ada kesan-kesan celak kat matanya. Tu yang nampak cam impak Sepultura atau Korn sikit. Jadi, memang nampak tak janggal lah kalau lepak sekali dengan bebudak underground yang serba hitam atau ada yang mohawk dan berrantai cam anjiing massa minum di kedai mamak.

Dan kisah percanggahan pendapat antara seorang budak underground dengan seorang rakan atau sedara maranya yang BARU JOIN TABLIGH, memang klasik. Aku sendiri pun pernah mengalaminya first hand. Cuma sekarang, ada orang mula menggelarkan bahawa AKULAH ABANG KARKUN tu. Hahaha. What a joke.

Kelayakan seorang karkun ialah telah keluar selama 24 hari, 3 hari continously. Itu secara teknikal saja. Secara sufinya, seorang karkun sebenar ialah seorang yang istiqomah keluar 3 hari setiap bulan, istoqimah 2jam setengah setiap hari, dan yang paling penting HADIR MESYUARAT. Aku is none of the above. Kalau tidak, camana aku nak update blog aku?

Tapi, kadar peng-convert-tan budak underground Malaysia kepada budak tabligh semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini. Kalau mereka tak dapat convertkan on the spot, bila dah tua, mesti semuanya convert jugak. Paling at least pun dah pernah keluar tabligh sekali. Kita bukanlah anti religion atau tak suka dengan konsep perasan 'mister know it all' dalam agama orang Islam ni. Tapi kita tak suka bila mereka menggunakan hujah dalil itu ini masa diorang dah kalah berdebat dengan kita. Lepas tu labelkan kita sebagai penghuni itu ini sebagai penutup kata. Ini point pertama.



Point kedua ialah bila dah ramai budak kita yang jadi tabligh, ideologi dalam scene kita akan terbatas kepada hal-hal keagamaan. Bebudak asyik citer pasal azab kubur dan tutup aurat masa kita ngeteh daripada membincangkan masa depan band, zine atau blog underground kita ni. Duit jamming semakin naik walaupun takde kena mengena dengan petrol. Dan bebudak underground pun ramai yang menganggur. Maklumlah. Lepasan U jer semua. Intelektualis. Tapi sekadar main gitar je tahap tapping. Sekor pun tak berduit. Suruh terjun mainstream, tak nak. Takut keluar skandal dengan artis wanita. Aku berkarya bukan kerna nama. Eh, lari pulak topik. Budak tabligh melimitkan tahap pemikiran kita yang selama ini bebas, chaos kp dan acab, kepada Allah-Rasul-Ibu-Ibu-Ibu-Bapa ajer. Budak metal pulak kena pasal azab kubur dan mahsyar. Budak punk kena pasal kelojikan menutup aurat masa main skate. Zine editor jer dah 3 empat ekor jadi kapir dan masuk neraka. Aku bimbang dengan perkembangan ini.

Maka aku menyeru kepada big braders, untuk turun ke padang dan menghadiahkan sebuah lagu, atau mendeklemasikan sajak bisu, atau buat entry dalam blog pasal budak-budak tabligh yang semakin mencengkam kebebasan bersuara serta kreativiti kita ini, demi hak kemanusiaan kita sebagai youth.

Aku rasa kita dalam bahaya kerana mereka mempersiapkan askar mereka dengan artikel ini













"Sukati kami lah nak bangun pukul berapa hari Jumaat"

Thursday, December 16, 2010

Dia skizo ke, aku yang skizo ni?


Aku terjaga dari tidurku. Semuanya gelap. Aku dalam bilik gelap. Aku dikurung dalam maximum security setelah mencederakan abang polis tadi...



Yang aku pikir sekarang ni....








Nak terberak kat mana, ni?


Busy but Bored

Lagu memang mengimbaukanku ke saat aku nak buat keputusan nak berkapel dengan bini aku dulu..Terpaksa pilih antara dua. Awek atau Kawan Karib...


 Demi waktu by Ungu
Aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
Yang kini hadir diantara kita
Namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
Yang slama ini temani hidupku

Maafkan aku
Menduakan cintamu
Berat rasa hatiku
Tinggalkan dirinya
Dan demi waktu
Yang bergulir disampingmu
Maafkanlah diriku
Sepenuh hatimu
Seandainya bila kubisa memilih

Kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya
Mungkin semua takkan seperti ini

Dirimu dan dirinya kini ada dihatiku
Membawa aku dalam kehancuran



Dan selepas aku berkahwin, lagu ni pulak yang sering bermain dalam kepala hotak aku, in terms relationship aku dengan bini...Sampai jadi ringtone tetap dah..


Wednesday, December 15, 2010

Lets play 'Opposite Wednesday'


From a serbanistas to the socialistas.

Salam to you. Yeah you. I didn't know you were talking about me earlier. But it's cute to have known that I have 2 entries from you. A great sport you are. I'm not a schizo, that's true. You're a schizo, no denying that. But there's alot of you around me lately and I think, I might as well capitalize on them.

No matter what you say about me, or your misinterpretation about who I AM, or what I do, I understand. Narcisist like you like to make your own assumptions about everything and indoctrinate it to your peers so that you will look cool. I respect that. But this method will expose your foolishness. Let me explain how.


You asked for my surat bukti schizophrenic? Is there, one? Do I have to pay some kind of fee to become a member? I know I'm not a schizo. But I have alot of friends who think they are and I'd like to know more about them. Maybe if we list the schizoids as OKU's, you'd get some bantuan to start your own band review magazine. We're always seeking ways to bridge the gap between normal and schizoids and we EAT this kinda article for sahur.
It's very sad to receive a hate letter, from someone you defend and admire. But it's OK. You're not the only schizoid in this world who writes. Next.

You are a dick-tator? Haha. Look at you. Almost daily you talked about freedom of speech but you yourself claimed to be a fucking dick-tator. Fak fak komen moderesyen? hahaha. And when your narcisism is exposed, you imposed it to others as if everybody is a self-absorbed, whiny, can't-get-laid, loser like you. This also proves that your mind has become jumud because you keep mingling with the same face/mindset for a prolonged period of time. It shows in your writtings where you keep repeating the same points in different entries in your blog.




Going into the serbanistas article, I am sorry if you feel that I'm a mufti to you. Although I didn't recall what I did to provoke you to start writing this entry, I still want to apologize if any of me or my brothers the serbanistas said or did to you that caused you troubles. We're not perfect, we know. And sometimes, like you, we also got tangled up in our emotions and use what ever we have to rebattle our opponents' points.

If you wanna talk about self-righteous people who impose their believe to others, you should've choosed the abang polis example. Cops are the best example of people who ask people to do what they themselves don't do. Like wearing the seatbelt. You shouldn't have used examples like Ustazah or serbanistas or things you don't know to justify the points you're trying to make. Leave religion out of it.

This article is written as a way to show you that we, the serbanistas apologize to you if what we said or do to you and your clan have caused uneasiness in your life (as you've said so in here). If you feel otherwise, then, that's a problem YOU have to deal with YOURSELF.

We were wrong about you. You were right. As always. There.

So, can we move along?