Wednesday, March 30, 2011

Kurang ajar.



Kami ialah generasi yang dibina oleh kamu. Kami tahu, kamu tak senang dengan sejumlah besar dari kami. Apa yang kami dah jadi pada hari ini sebenarnya, adalah hasil dari polisi dan indoktrinasi kamu. Serupa dengan kamu, yang merupakan hasil orang yang terdahulu dari kamu. Kamu menjadi. Kami tidak. Dan akibat dari itu, kami dipersalahkan sehingga bagaikan kami ni adalah anasir yang wujud semata-mata nak jatuhkan kamu. Padahal, kamu cuma nak menutup kelemahan sendiri dari mata kamu sendiri.


Kamu selalu galakkan kami menelan teguranmu yang pahit tapi kamu tak pernah tunjukkan caranya. Jadi kami telanlah yang pahit, ikut cara kami. Dan bila yang pahit itu tidak jadi ubat (sebab doktor pun tak bertauliah) kami dipersalahkan lagi kerana mengambil segala dari kamu bulat-bulat. Kami sangkakan kamu ialah penyelamat. Kami percayalah dengan kamu. Rupanya nak menyelamatkan diri sendiri saja.


Kamu selalu ingatkan kami agar sentiasa beringat. Tapi kamu yang semakin senja atau kiamat, melenting bila kami sebut perkataan solat.


Kami disuapkan dengan garam sebelum layak nak menyangkal pendapatmu yang penuh kalsium. Kamu yang mengajar kami menyelesaikan segalanya dengan duit. Kini, bila duit dah takde, dan kami mintak bantuan, kamu suruh kami buat apa yang selama ini kamu cakap kamu yang buat. Dan paksa kami belajar sedangkan exam ialah sebentar lagi. Tak lojik suruhanmu itu.

Bila kami kongsi pengalaman pahit kehidupan kami, kamu padamkan kesusahan itu dengan cerita boombastik zaman Jepun bagaikan kamu ini salah seorang Leftenan Adnan dalam lipatan sejarah. Bila kami cerita harga barang semakin naik, kamu cerita pasal zaman nasi lemak rega 20sen. Kami taknampak camana cerita kamu itu membantu. Sebab itu kamu di mata kami semakin tiada nilainya.


Ketahuilah, bahawa masa kamu semakin hampir. Jika kamu tak beri kami peluang belajar semasa kamu ada di sini, masakan kami dapat perbaiki diri? Jika kamu asyik kondem segala idea kami, nescaya kami akan terus berpeluk tubuh sementara menunggu kamu mati. Kamu patut contohi atuk dan nenek kami yang percayakan kamu. 

Tapi tak. Kamu terus pikir yang kami ni masih mentah dan tak tau apa-apa dan terus menerus menentukan apa yang kamu rasakan terbaik untuk kami.

Apakah kamu mahu cucu kamu juga jadi seperti kami?
Cukuplah tu. 
Pergilah mati.

Sunday, March 27, 2011

Terjaga dari tidurrr






(tibatiba mamat tu bangun dan terus berdiri di atas sofa)


"Seriously aku dah fedap!"


Fedap apsal plak niiiii?


"Fedap dengan kehidupan!"


Kehidupan sapa?


"Kehidupan, err...."



(mamat tu jatuh dan sambung pengsan semula)



Saturday, March 26, 2011

jangan sentuh bahuku



aku tak ingin melukakan hati sesiapa
ku juga inginkan kedamaian
dan kuharap kita nikmatinya
kerna
jangan kau kejutkanku
biarkan saja
aku ke bilabila semahuku


lapar nantik bangunlah daku

Friday, March 25, 2011

Aboy Yang Skizo



Aboy terjebak masa umur 12 tahun, pengaruh dari sepupu dia sendiri. Bahkan Aboy tak isap rokok. Rokok boleh buat kita ketagih, itu pegangan Aboy. Tapi isap ganja tak ketagih pulak? Aboy cakap, tak.

Masa mulamula, Aboy isap sekadar mengikut si sepupu dia ni. Bila diorang bertemu, agenda pertama ialah memastikan stok ada dan mencukupi. Hujung minggu di rumah uwan takde makna jika takde buah tangan. Kebaikan dari rutin hujung minggu mereka ni ialah diorang selalu balik kampung jenguk orang tua, bersih-bersih laman mana yang patut. Kesan negatifnya ialah diorang kengkadang bantai memekak dan main gitar sampai dah nak subuh. Kelawar ke apa budak-budak ni, rungut uwan Aboy.

Tapi Aboy tak heavy ambik benda tu. Ada, ada. Takde, takde. Takdelah sampai saiko-saiko nak membunuh kalau tak dapat isap bendalah tu. Masa kat U, atas desakan gaya hidup clubbing dan awek high-maintenance, Aboy upgrade jadi tokan. Dia supply untuk closed circle dia ajer. Tapi Aboy pandai berniaga. Dia pandai cari market dan servis client dia. Dia pandai menganjurkan gathering, event atau apa saja dimana produknya itu akan menjadi menu utama. Side effect dari kepandaiannya ini ialah nama dia cepat naik di mata tokan tempat Aboy ambik stok. Mana taknya? Sebata seminggu. Lepas grad, sebulan 5 bata. Budak ni buat mentekedarah, ke apa? Tu yang tokan ni sayang dengan Aboy. Sampaikan kengkadang Aboy diajak keluar memancing laut dalam bersama kengkawan tokan yang lain.

Kepandaian dan pengalaman Aboy dalam menguruskan senarai pelanggan amat dikagumi oleh rakan-rakan sekapal tokan tadi. Aboy bijak mengagak habit pengisapan orang dalam senarainya, serta climate keadaan polis dan kastam dan ini membantu dalam memastikan supply Aboy sentiasa cukup untuk pelanggannya. seperti yang dijangka, tak lama lepas tu, Aboy memang kerja direct dengan tokannya tadi. By this time, dia ngan tokan tadi dah macam adik beradik kandung dah. Sekerusi, semeja, sedapur, selamber. Tepuk tampar cam member. Orang lepas grad, pergi bekerja. Aboy dah naik alfad.


Kemasukan Aboy dalam kumpulan tokan ni tadi telah menyuntik semangat baru dalam kumpulan tersebut. Nak dijadikan cerita, market dadah setempat, dikuasai oleh tiga kuasa besar. Utara, Sentral dan Selatan. Kumpulan tokan si Aboy ni team belah Central. Kira team yang terbesar dan paling berpengaruh sebab cover banyak kawasan urban dan populasi padat. Team Utara terkenal dengan kepala gilagila ketua mereka. Team Selatan pula, lebih kepada etika dan falsafah yang macam-macam.

Aboy join-join jer kumpulan ni, dia terus mengemaskinikan barisan. Aboy menghantar duta-dutanya untuk orang-orang politik dan kerabat. Di IPT, Aboy memang expert dalam landscape ni. Cakap jer IPTA ke IPTS? Semua dalam henpon Aboy. Bab polis dan penguatkuasa, Aboy pegang anak, jiran dan alam sekeliling mereka. Aboy dah pegang dua tiga ekor, tapi tu sumer yang takleh pakai. Kaki pau. Part ni, Aboy dah ada plan jangka sederhana dan panjang dan dua-dua sedang dalam perlaksanaan.

Kumpulan Aboy ni tadi menjadi semakin kukuh. Cerita pasal kecekapan Aboy menjadi buah mulut hinggakan Aboy dah jadi tahap mitos dikalangan runner dan stoner tempatan. semua orang anggap isap ganja itu Ok disebabkan oleh kejayaan Aboy. Dapatlak si Aboy ni memang main ganja jer. Ice, syabu, pil atau yang lain tu, Aboy tak jual. siap Aboy anti lagi dengan benda tu semua. Pernah dilaporkan kes dimana team Aboy menghancurkan team syabu Iran yang mula nak menular kat kolej Nilai satu masa dulu. Sekejap jer Aboy ngap diorang. Tak sempat nak recharge, dah bungkus. Cekap abis arr Aboy.
Tu yang buatkan dia juga popular dikalangan penguatkuasa. Kira macam Vampire team baik, laa.

Hisshhh...risau aku. ke mana perginya cerita ni? Nak sambung tak citer cenggini?

Thursday, March 24, 2011

yer-lah,



kau pernah terpikir tak?
terpikir apa?
terpikir bahawa semua ni takde pekdahnya
apsal pulak nak pikir cenggitu?
yer-lah...
.
.
.
'yer-lah' apa? 
la? 
tido lak dia...

A short route thru the other side.




Everything of course look greener,
Prettier,
Happier, Fuller, Better
On the other side.

That's because the spot you're in
Is a mess.
And look who's mess it is?
Oh? It's you.

That's why the grass looks greener on the other side.
That's why you're even looking.

Wednesday, March 23, 2011

Kau jangan desak aku!


kadang-kadang bila stucked...
aku jadi bangang...

fan yang skizo


aku bukan apa. aku tak marah. cuma aku terasa dengan apa yang dia dah buat kat aku. Aku taulah aku ni cuma satu antara ribuan peminat dia yang kat luar sana. Yang lagi gempak, yang lagi kaya. Yang dah belanja dia kat cafe mahal, layan wifi update blog sesama. Aku cuma budak kampung jer. Budak kampung yang minat kat blog dia.

Aku minat kat gaya penulisan dia dalam blognya tu. Aku suka cara dia melihat satusatu isu itu, kemudian cara dia menganalisanya hinggakan aku baru sedar yang ada lagi dunia yang aku tak tahu di sebelah aku saja. Kengkadang masa dia emo, aku suka cara dia mengekang emonya dan mengalirkannya ke arah mencari solusi kepada punca keemoannya tadi. Aku suka cara dia menempelak apa yang dia tak suka. Aku suka sebab dia sanjung mak bapak dia like no other melayu moden yang aku jumpa.


Jadi tah macamana aku pun ditakdirkan bertemu dengan cara nak menghubunginya. Ye. Melalui twitter. Aku pun mulalah memfollow dia. Segala carut marut suka duka unfinished quote sumer aku baca. Tapi aku tak cakap apa-apa. Sebab masa tu aku pakai henpon member. Aku takder henpon.

sebaik aku dapat jer henpon, dan ektivet twitter ke arah henpon aku, aku pun follow bukan saja dia, malah segala macam jadah orang gila yang ada dalam twitosphere.

yang paling aktif bertwit dalam yang aku follow tu, dapat lak DIA. Nak makan dia tueet. Nak mandi dia tueet. Taknak tueet pun dia tueet. Lagi banyak tueet dia dari portal berita atau budak lepas spm. Menggatal lak tu.

Aku pun mulalah mengomen tueet dia. Mula-mula dia layan. Aku straight cuba direct message nak tengok dia follow aku tak. Tak. Dia tak follow aku. Maknanya aku kena jaga ayat dalam tweet aku padanya. fine.

Dua hari selepas heavy melayan tweetnya (kan aku cakap tadi; mandi tueet, berak tueet, tueet-tueeet), barulah nampaknya dia termakan hasutan untuk memfollow aku. Maka aku boleh direct message dengan idola aku ni. Aku happy. Aku excited. Aku rasa macam aku dah berjaya mengubah sesuatu dalam hidup aku. Kerjaya aku pun OK. Aku naik pangkat. Hidup aku teratur. Dan pada masa-masa terluang, aku layan main tweet-tweet dengan idola aku. Dia pun bagus PRnya. Aku rasa dia layan semua orang. Takpun dia upah budak jaga bahagian pentweeterannya. Aku tak pedulik. Yang penting, bila aku DM, dia balas tak sampai dua minit. Ikut server twitter gak arr. Masa hujan kengkadang slow.

Tapi ada sekali tu, aku dok bertekak dengan satu team ni pasal satu isu dalam dunia yang lagi satu. Dan agaknya perkara ini sampai ke telinga idola aku tu dan dia buat satu entry pasal pandangannya tentang perkara itu.

Padahal sebelum tu kami (cheii..merujuk kepada dia dan aku), pernah berbincang semalaman pasal isu yang sama dan telah sampai kepada satu kesefahaman tentang well, isu yang sama. Kami ada Mou.

Tapi kenyataan dia tadi itu seolah-olah mahu mencabar aku. Kalau dia tweet benda tu direct kat aku, atau mention aku, aku tak kisah lagi. Aku boleh terima sebagai lawak atau poke macam dalam FB tu.

Tapi tweet dia pasal benda tu ialah public. Maknanya dia cakap pada semua orang. Apasal pulak dia cakap camtu kat SEMUA orang? Bukankah kami dah...? Oh? Adakah?

Aku pun menghempaskan henfon ke dinding setelah meng unfollow nya.

Aku benci twitter!

Rahsia Banyak Idea Blog



Ada orang bertanyaku apakah rahsia aku membuat entry yang banyak dalam mengekalkan BE aku di nuffnang.



Aku ambil gitar kapuk memberku dan mendendangkan sebuah lagu:


"menulis dalam keadaan menyangkung amatlah berbahaya. Oh-oh.
 Dapatlak jika kita menulis entry blog secara direct, Oh-oh.
 Live, dalam 'create new post', dalam blog kita.

 Tuan punya CC dah pasang spy!
 Dia kira masa kita.
 Kita kena cepat!
 Kita kena fokus!
 Lupakan pada mengomen.
 Cuma publish dan save page ajer...

Tulis lelaju, satu perenggan, pastu tekan 'publish', pastu tekan 'view post'. Baca. Buat new post. Oh-oh.

Taip lelaju, buat satu perenggan, pastu tekan 'publish', pastu tekan 'view post'. Baca. Buat new post. Oh-oh.

Tininit! Tininit!
Itu bunyi dah habis kredit!
Jangan terus cabut pendrive!
Tunggu dia habis kelipkelip, dahuluuuu.

Taip lelaju, buat satu perenggan, pastu tekan 'publish', pastu tekan 'view post'. Baca. Buat new post. Oh-oh.

Aku nak minum nescafe O.
Aku nak minum nescafe O

oh-oh"

Hahaha

;p

Tuesday, March 22, 2011

Asan Dan sebuah Kehidupan





semuanya berlaku dengan pantas dan sekelip mata. Well, dua kelip sebenarnya. Petang tu Asan berenti kat petrol station tempat dia biasa isik minyak. Sambil menunggu minyaknya penuh, dia mengerling kepada pam attenden bangla kat pam sebelah. Sampai ke sini bau badannya. Diorang ni tak pakai deodoran, ke?

Jalan ke town tak sesak cam biasa. Tengah bulan agaknya. Orang tak dapat gaji lagi. Asan berenti kat traffic light. Dia nyalakan sebatang nusan. Berkepul asap dalam keretanya. Dia perlahankan stereo dan merendahkan window. Lampu hijau. Asan meneruskan perjalanan ke bank.

Parking kat bank ngam-ngam jer. Asan sampai-sampai jer, ada sebijik Honda CRV tengah menyala lampu reversenya. Asan memberentikan kelisa buruknya. Lampu CRV ditekan. Menyala lubang hidung Asan dipancari cahaya merah lampu brek dari kereta dihadapan. Asan terberangan sekejap. Dia bukan berangan tengok CRV. Dia tak minat Honda. Kalau keta Asan minat keta tempatan. Tak. Tadi Asan berangan pasal benda lain. Ah, takpelah. Pintu keta Asan dibuka.

Uish? Sempit ni? Asan ushar belah kiri ketanya pula. Sempit jugak. Ishhh..Rapat sangat, tak? Takleh keluar, camni. Asan mendengus. Dia masuk kembali ke dalam keretanya. Asan mengushar ke dalam bank. Takper. Dia masuk pakai mesin. Keta sebelah ni mesti mamat tu punya tu. Bergaya jer dengan rayben dia...Asan termanggu dalam keretanya.

Asan meraba ke poket belakang. Dia mengeluarkan segumpal wang kertas not limaploh. Ada 20 keping semunya. Dan semua itu nak diguna untuk membayar hutang, bisik Asan dalam hatinya. Dia dah boring nak kira duit yang berlambak tu kalau lepas ni dia nak kena hulur ke dalam mesin. Nasib lah. Berapa masuk, berapa tendang, Asan dah tak pedulik. Asan dah lama tak ambik pedulik. Asan dah fedap agaknya.

Kelihatan dua orang cina bercakap dengan nada yang tinggi antara mereka. Sorang masuk belah sana, sorang masuk belah pintu Asan. Dia mengiringkan badannya, membuka pintu dan somehow managed memasukkan dirinya ke dalam kereta sebelah. Berlengkang-lengkung bunyi atap keta Asan yang buruk tu di tepuk dan di pegang masa dia nak manouvre masuk ke dalam ketanya. Bila dia dah masuk, dia memandang Asan dengan letuhan panjang, macam Asanlah yang bersalah. Asan mengangkat tangan sambil senyum dan buat muka bersalah. Cina tu angkat tangan tanda "poorahhh". Mereka berlalu. Asan ketawa dalam keretanya.

Asan keluar dari keretanya. Masa dia tutup pintu, ada benda hitam jatuh dari atap mengenai badan Asan. Sebuah beg hitam yang berat, rupanya. Asan menyambut beg itu. Bagaikan refleks, masa Asan menyambut beg itu dan meng covernya ke bawah, ke tanah. Tetiba dada Asan berdebar-debar. Line clear nampaknya sebab segala kelakuan Asan terlindung dek van sebelah dan keta kelisanya. Asan membawa beg itu masuk ke dalam kereta. Start enjin dan bla.

Dalam keta, dada Asan berdegup kencang tuhan jerlah yang tahu. Tah kenapa ntah Asan rasa macamtu. Mungkin sebab Asan belum bayar lagi hutang bulanannya yang seribu tu? Atau mungkin kerana Asan sedang memecut laju like never before dengan kelisa buruknya? Atau adakah kerana Asan baru berjumpa sebuah beg galas yang berat yang mungkin-MUNGKIN- penuh berisi wang? Asan membelok ke kanan, ke arah kawasan jeram di kampungnya. Tah camana perjalanan yang biasanya ambik masa 20 minit dah jadi 10 minit ajer pada malam tu. Asan menge-park kan kelisa di tepi belukar tempat port tukar baju. Enjin di matikan. Zip beg di buka. Bau duit menyelinap, memenuhi ruang dalam kereta Asan. Dalam gelap itupun sapa-sapa boleh nampak yang Asan sedang tersenyum. Dan Asan rasa macam nak menjerit. Tapi tak boleh. Sebab orang cakap kawasan jeram ni berpenunggu...

ni bukan mimpi, bai. Ni real punya.

Abang Cik Kasim atau Cik Abang Kasim atau Abang Kasim Cik?






"Assalamualaikum, bang, boleh tumpang tanya?"
"Tumpang lah"
"Kat sini, umah cik Kasim, ke?"
"Bukan"
"Ni rumah sapa?"
"Ni bukan rumah saya. Saya tak boleh bagitau awak. Boleh saya tumpang tanya awak pulak?"
"Boleh"
"Awak siapa?"
"Saya ni ejen hartanah yang diamanahkan untuk berjumpa dengan Cik Kasim. Kami ada temujanji"
"Temujanji pasal apa?"
"Hehe. Saya takleh bagitau abang."
"Eh, apsal pulak?"
"Abang sapa?"
"Abang kepada Cik Kasim"
"Err...?"

Monday, March 21, 2011

Hantu Kain sarung 3 (Klimaks)



Wartawan A dan B kelihatan terhendap-hendap melalui kawasan tepi parit di belakang rumah sewa mereka. Wartawan A memegang torchlight sementara wartawan B memegang perutnya. Parit digali dengan JCB. Tujuannya untuk melebarkan sungai. Kelihatan dua orang wartawan kita ni melalui dan mengelakkan timbunan tanah dan pasir sungai hasil korekan nak buat parit. Sebab projek nilah air ke rumah sewa mereka takde. Dan sekarang, wartawan B dalam keadaan tersiksa. Amat-amat tersiksa.


Wartawan B yang berjalan di belakang memanggil wartawan A yang berjalan di depan untuk berhenti. Wartawan A berpaling dan kembali mendapatkan wartawan B. Kelihatan wartawan B dah tak tahan benar lagi dah. Nak cari semak pun dah tak sempat dah. Apa yang boleh di buat oleh wartawan A hanyalah berpusing membelakangi si B. Si B pun menyelak kain sarung yang dipakainya, mendedahkan punggungnya yang terkumat-kamit, mengarahkannya ke dalam parit, dan benda tu pun keluar macam keretapi paling laju ke KLIA.

Si A dah bergerak agak distance sikit dari B yang semakin berbau. Takut apa yang berlaku pada B, berjangkit padanya pula. Si B pulak, bila darah dah mula jalan, dah waras, baru terpikir yang dia dengan selamber kerang terberak kat tepi parit ni. Orang ramai boleh nampak dan itu boleh mengganggu perjalanan penyiasatan mereka di kampung ini. Otomatik si B membuka gumpalan kain sarungnya tadi dan menutup bahagian kepalanya. Sekurang-kurangnya, takde orang nampak mukanya, bisik B dalam hati.

Si A baru nak nyalakan rokok masa dia perasan yang dia lupa bawak lighter. Secara reflek dia berpaling dan mengadap si B yang sedang berselungkup dengan kain sarung. Apa yang kelihatan dalam keheningan senja itu pada si A hanyalah sekujur tubuh, dari pinggang ke bawah, sedang menyangkung ke arah parit. Inilah hantu kain sarung! Mungkin hantu tu dah mengapa-apakan si B! Sebab kelibat si B pun dah takde. Mulut wartawan A terkumat kamit membaca surah-surah yang dia tahu. Rokok di mulutnya tadi terjatuh. Nampak gayanya si A panik. Dia menjerit "hantuuuu!!!" dan melarikan diri.

Si B yang dah 3 suku siap pulak, lagila terperanjat bila si A sebut "Hantu" tadi. Segala imej cemas dan cerita orang kampung dikejar hantu kain sarung terlintas di kepala si B. Beliau bangun dan mula berlari ke arah tempat dia dan si A sembunyi sebelum ni tadi. Main agak-agak jer, bukannya nampak pun sebab kain sarungya menutup bahagian mata.

Dan A dan B seolah-olah kelihatan main kejar-kejar di atas parit itu jika dilihat dari warung tempat mereka menemuramah pakcik-pakcik masa mula-mula cerita ni tadi.


"Aku dah cakap, kat kampung ni takde air. Kan dah tambah lagi sekor hantu kain sarung dalam kampung ni! Hisshhh!!" bentak tuan punya warung yang baru lepas menghantarkan teh tarik kepada pakcik yang lepak kat bawah pokok jambu, satu masa dulu.


"Budak muda, biorkan ler. Hantu kan masih laku kat RTM3?" jawabnya sambil menghirup minumannya. Sekalian penghuni warung ketawa melihat hantu sarung mengejar orang di parit di sana tu.

Rilek laa




"Rilekla brader, member wa accident. Wa pergi lawat dia. Sian dia brader. Sebatang kara. Merantau kat tempat kita ni, kerja, jadi camni pulak. Sian dengar citer dia, brader..."


Sekang wa sambung citer wa, balik. Kat mana kita tadi?"

Thursday, March 17, 2011

Hantu kain Sarung 2





Itu tidak mematahkan semangat wartawan berdua kita ini dari menjejaki lagi dua mangsa yang telah melihat hantu tersebut. Asan, seorang pemuda berusia dalam lingkungan 30-an, memberitahu bahawa hantu itu dikatakan berketinggian 6 hingga 7 kaki ketika berdiri dan 2 kaki semasa menyangkung menangkap ikan. Kain sarung yang menyelubungi hantu itu tak tetap warnanya. Abu nampak merah. Atan nampak biru. Yang lagi dua orang lagi tak tau. Asan tak pernah nampak hantu tu. Dia ni sepupu Amir. Tapi Asan budget warnanya ialah mengikut modd si pelihat. Jika orang yang melihat sedang marah, kain nampak warna merah. Kalau orang yang melihat tengah cool, dia akan nampak warna biru. Lebih kurang camtulah teori kain sarung dari Asan.

Amir yang ditemui terlalu lemah untuk ditemuramah. Dia cuma mengatakan bahawa itulah pemandangan yang paling ngeri yang pernah menjamah matanya. Beliau mendakwa bahawa beliau terlihat akan kelibat hantu itu di mana saja sejak kejadian itu. Paling menyeksakan ialah Amir terbayang kejadian pada hari itu setipa kali dia melelapkan matanya. Itu membuatkan Amir diserang imsomia dan dok mengekalkan kesedarannya dengan main game dan layan tweeter. Dua kali Amir diberikan ubat tidur tapi dia dilaporkan meracau-racau di dalam tidurnya itu. Bapak Amir sendiri dah semakin fedap dengan penyakit yang menyerang anak jantan sorangnya itu. Bukannya beliau tak tahan dugaan. Cuma harapan yang disandarkan kepada Amir amatlah tinggi, memandangkan beliau yang semakin tua. Uhuk-Uhuk-Uhuk.

Seorang lagi mangsa telah pulang ke rahmatullah sebelum sempat wartawan kita menemuramah beliau. Beliau dikatakan menghadapi penyakit lemah jantung dan berada dalam keadaan kritikal sejak dari hari kejadian. Setelah bergelut dengan maut selama beberapa lama, akhirnya Aidid kembali menemui tuhan pada pagi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat Nya ke atas beliau. Al-Fatihah.


Pencarian hantu kain sarung hampir menemui jalan buntu. Wartawan kita sedang melepak dalam sebuah bilik sewa di kampung tersebut sambil merangka apakah langkah seterusnya. Dah nak masuk hari kedua, mereka asyik dilegar-legarkan dengan cerita mitos, saksi, dan spekulasi. Pelbagai diskripsi dan teori telah dikumpulkan dari orang kampung namun apabila diajak untuk skodeng hantu tersebut in action, takde seorang pun orang kampung yang berani. Mereka kata wartawan ni akan bla dari kampung sementara mereka pula tinggal di sana. Mereka takut mereka dan keluarga mereka diganggu oleh hantu tersebut jika hantu itu tahu mereka telah bersekongkol dengan para wartawan untuk mengeksploitasi kewujudannya. Dalam kebingungan dan keheningan malam, bilik wartawan kita ini, tibatiba dipenuhi dengan bau busuk.

Bau busuk itu bagaikan udara panas yang berbeza habanya dari udara malam sejuk yang biasa. Baunya yang tengit, tepat kena ke saraf dalam hidung, menghantar imej yang busuk dan kotor ke dalam kotak minda para wartawan. Mereka kenal akan bau itu. Tapi kelikatan bau busuknya kali ini amatlah luar biasa. Barulah mereka perasan, dalam keterujaan menyiasat perihal hantu kain sarung ini, mereka dah hampir dua hari tak terberak. Tu pasalla kentut bau haerrk. Tapi biasanya, bau kentut-kentut susulan akan lebih mesra berbanding yang pertama. Wartawan A meneran dan mengeluarkan bahagiannya. Diikuti oleh wartawan B. Kepekatannya tetap sama. Ini membuktikan bahawa mereka berdua di tahap serius. Dan aktiviti meneran-neran tadi rasanya, telah secara tak sengaja mengalihkan peluru-peluru torpedo ke dalam posisi sedia.

Wartawan B pergi dulu sebab dia yang paling tersiksa nampaknya. Setelah bertukar jersi, wartawan B menuju ke tandas. Barulah dia perasan yang tandas kat rumah sewa itu adalah tandas siram. Kena bawak air dalam baldi dari kolam air sebelah. Kolam pulak takde air. Diorang tak sempat nak isik sebaik sampai pagi semalam. Sibuk dengan menjejak cerita tentang hantu kain sarung. Paip takde air. Aishh..camaner, ni? Wartawan B pergi ke bilik mendapatkan pendapat wartawan A.

bersambung lagi. Ikuti klimaks nya esok!

Ayuh! Teruskan!






Takde apa lagi yang nak disesalkan
Takde apa lagi yang nak ditangiskan
Hentikan!
Kuntumamkan senyuman
Semuanya sudah terbentang
Pengayuh juga sudah ditangan
Ayuh!
Kau kiri, aku kanan!
Kiri!
Kanan!

Wednesday, March 16, 2011

Hantu kain Sarung 1



Cerita penduduk kampung yang mendakwa melihat hantu kain sarung, telah membawa dua wartawan majalah paranormal dan psikik ke kampung tersebut. Ketibaan mereka disambut dengan senyuman sinis bila cerita hantu kain sarung itu diketengahkan.


"Hantu tu mula muncul sejak kampung ni ditimpa masalah air" kata seorang pakcik.


"Paip utama saluran JBA ke kampung ni pecah masa banjir besar 3 bulan lalu. Jambatan pun pecah sekali. Tapi sebab kat kampung tu takde sesapa yang ada sedara mara dengan ADUN atau ketua kampung, maka keadaannya menjadi terbiar" cerita seorang pakcik dari belakang pula.



"Lepas tu diorang buat projek melebarkan sungai tu pulak, lepas banjir tu" kata seorang lagi.

Dua orang wartawan itu tak nampak apa relevannya cerita paip pecah dan masalah bekalan air kampung ini dengan hantu kain sarung yang mereka buru. Pakcik ni ingat diorang ni ADUAN RAKYAT ke apa?

Mereka meneruskan penyiasatan mereka hingga membawa mereka ke rumah seorang lagi pakcik. Pakcik itu sedang melepak di bawah pokok jambu di depan rumahnya ketika di temuramah. Tak terpikir langsung pulak pakcik tu nak hidang air ke, kueh ke petang-petang ni. Orang dah sorong kamera kat lubang hidung dia, ni. Tak paham-paham lagi? Eh? Menyimpang pulak.

Menurut pakcik tu, hantu tu biasa kelihatan di waktu senja kat area sekitar parit besar yang kontraktor tu gali untuk saluran sungai yang baru. Kontraktor tu takleh buat camtu, kata pakcik tu. Patutnya parit tu bengkok sikit, masuk dan melalui kawasan kebun dia kalau nak elakkan bukit kat kebun Amat kalau buat parit lurus. Nak gali bukit, sama je kosnye kalau detour lalu ikut kebun dia. Dapatlah gak dia merasa duit pampasan, oops! Terlawak pulak.

Bila cuba digambarkan, hantu itu tidak berkepala, cuma berkaki dan dari pinggang ke atas; di selubungi kain sarung. Biasanya hantu dilihat tercongok di tepi parit. Orang kampung cakap hantu tu makan ikan. Ada jugak orang cakap itulah hantu Badang. Takder pulak yang berani nak try makan muntah dia. Menurut pakcik tu lagi, bila hantu tu tahu ia diperhatikan, hantu itu akan datang berlari ke arah orang yang memerhatikannya. Kira jangan bertentang mata,lah. Dia akan datang meluru dengan raungan yang menakutkan. Masalahnya, matanya tak kelihatan sebab area pinggang ke atas terselindung dek kain sarung. Sapa tak seram tengok benda tak de badan atau tangan cuma kaki ajer datang meluru meraung-raung ke arah kita? Dah 4 orang budak kampung demam disampuk dek hantu tu. Kononnya diorang nak tangkap hantu tu. Last-last, diorang yang demam. Nyusahkan orang betul. Dah tua-tua pun demam.

Ketika ditemuramah, Abu, salah seorang budak demam yang telah menyaksikan hantu itu secara live, berkata dia lebih rela makan bubur dan ikan bilis goreng sepanjang hidupnya dari diingatkan dengan kejadian tersebut. Semuanya berlaku terlalu pantas ketika dia diserang oleh hantu itu. Tuptup, Abu tersedar di atas kusyen rumah Pak Samad setelah mukanya basah dilap air yasin. Atan yang bersama Abu pada masa itu pula, enggan ditemuramah. Dah berapa batang surya disogokkan kepada Abu namun, Abu tetap enggan mengongsikan pengalaman ngerinya.

bersambung...

Aku mahu mengenalimu




Di saat sebegini,
Aku terfikir;
bukankah manis jika,
Aku mengenali mereka semua ini
BUKAN dalam keadaan
Yang sebegini?

Tuesday, March 15, 2011

Pembedahan apendiks yang skizo 2





Tak berapa jelas pandangan dari sini sebab kawasan kat perutku agak tertutup. Aku cuma terasa ada benda sejuk main-main kat kawasan kanan perutku. Perut aku yang kosong dek berpuasa dari semalam pun rasa berbuai-buai. Angin yang kat dalam tu beralih-aluih dari satu usus ke usus yang lain. Dari tempatku, aku terdengar mereka membincangkan sesuatu sambil main hulur-hulur barang-barang pembedahan keluar dan masuk dari perutku. Benda yang bersih masuk, yang keluar benda yang berdarah. Ada yang nampak macam pisau. Ada yang macam gunting. Macam pistol pun ada. Dan pada masa di antaranya, cik misi kat sebelah tolong lapkan air peluh di dahi mamat yang tengah buat kerja ni tadi. Oh, dia doktor rupanya. Aku cuba tenangkan perut kasi mudah diorang bekerja. Atan cakap sekejap. Ni dah lama dah ni? Aku terasa dadaku mula berombak semula. Seorang misi memandang ke arah osiloskop yang tiba-tiba laju, bunyi bipbipnya.

Seraya itu juga, tangannya yang memegang tisu tadi tersapu kawasan hidung doktor yang baru nak masukkan benda yang nampak macam pisau kat perut aku. Doktor itu nampak cam nak bersin. Dia cuba menahan. Semua misi lega dia tak terbersin.


"Hat-choo!" bersin doktor tu. Aku terasa tangannya tersentak kena pada perutku masa dia terbersin. Doktor tu cakap ekskiusmi dan berlalu nak lap hingus sambil misi-misi yang di sekelilingku tersipu-sipu sesama mereka. Aku terasa macam ada benda yang bergenang diperutku. Semua orang dok tumpu kat doktor. Aku rasa cam ada benda yang mengalir dari perutku belah kiri. Aku nak gerakkan badan tapi tak boleh sebab aku dipelali. Diorang semua dok gelakgelak memerhatikan doktor yang sedang melecitkan hingusnya di sinki.


"Aarrrgghh!" jerit seorang misi setelah terlihat kawasan perutku. Misi yang lain pun macam gelabah jugak setelah berbuat perkara yang sama. Mereka semua bergegas ke station masing-masing. Yang sorang mengambil kapas dan mengelap kawasan kiri perutku. Apa yang berlaku, ni? Aku ushar kapas yang mereka tukar, aku lihat darah. Darah! Banyak darah. Bipbip pada osiloskop semakin laju.

Aku cuba menggerak-gerakkan tangan dan bahuku. Terasa bagaikan air di perutku tumpah ke kiri dan kanan. Kelihatan percikan darah terkena di baju misi yang sedang cemas menenangkanku. Aku semakin panik. Dua orang misi menekan badanku ke bawah. Aku mengeraskan badanku. Tibatiba perutku terasa sakit. Dan kesakitan itu semakin menjalar kebahagian yang aku tak pernah tau wujud dalam badanku. Aku rasa nak menjerit Aku meronta sekuat dayaku. Kemudian aku lemah. Ototku kendur. Pandanganku kabur. Aku toleh ke kanan. Seorang misi telah menyuntik sesuatu padaku. Aku toleh ke bawah ke perutku. Aduh. Perutku sakit...Apendiks...


Lepas tu aku tak ingat apa lagi dah. Tup-tup dah sampai sini.

Aku nasihatkan kau jagalah pemakanan aku. Malu weyh kalau orang tanya kau mati camana? Kau stuck dengannya for enternity weyh! FOR ETERNITY kena bahan!


huang-Huang-Huangggggg


Tamat.

Monday, March 14, 2011

Pembedahan apendiks yang skizo 1






"Abang kena pakai sarung kepala ni, nak halang rambut abang masuk dalam perut abang, masa operesyen nantik" kata misi itu sambil menonyohkan surgical-headcap itu padaku. Aku cuma memegang bendalah tu sambil menahan kemut di punggungku akibat kesejukan. Aku dah salin pakaian ke pakaian pembedahan. Dan aku rasa, akak misi tu dah kasi saiz yang agak kecik padaku. Hampir separuh, punggungku kelihatan. Patutlah sejuk.


"Akak..." panggilku manja buatbuat mesra. Maklumlah, hospital kerajaan. Kena cakap bebaik. Sekarang ni, semua henfon ada kamera. Aku dah lah seksi, ni. Aku nak tukar ambik baju besar sikit. Bahaya kalau aku berbaring kalau camni. Nampak kantung kalau ushar dari bawah.


"Adik baring kat atas tilam ni, kejap lagi ettenden sampai" kata misi tu memotong pemikiranku dan berlalu. Aku terpinga-pinga berdiri dengan headcap yang terbalik melihat misi keluar dari bilik. Brrr...Sejukkk...



"Tu lah kau. Aku dah cakap. Jangan kuat makan jambu, tu. Kan dah kena appendikkkkk" kata Abu padaku masa kat klinik semalam. Aku menahan sakit di perutku. Rasa macam ada benda menyucuk dan kembung kat belah kanan perut ni. Rasa macam nak terberak, tapi tak tau nak teran kat mana. Rasa kembung yang tak ilang dengan Eno. Haduiii. Berdenyut-denyut lak tu. Dah berpuluh botol pil chikitek-aun aku telan. Takde perubahan.


"Kita gi hospital straight, la? Tak senang hati, aku tengok kau camni. Dah, misi! Kensel-Kensel! Kitorang pegi hospital jer la!" kata Abu sambil membantu aku bangun dari bangku panjang tempat menunggu. Kelihatan beberapa jururawat klinik tu membantu memapahku ke luar. Mereka berhenti di pintu klinik.


"Naik ambulan klinik, laa" kata kakak receptionist klinik. Pintu klinik dibuka. Abu membantu memapah aku ke atas stretcher dan ke dalam ambulan. Semuanya kabur selepas itu. Sedar-sedar, aku dah sampai kat wad kecemasan hospital besar.

Aku mundar-mandir dalam bilik tu. Ubat bius ni power jugak. Aku menepuk-nepuk perutku tang yang sakit tadi. Takde apa-apa. Aku buat aksi macam Superman sekejap. Dan ketawa sensorang. Hmm. Aku naik ke atas tilam dan menunggu.

"Alaahh, tak paper, der. Nama, pun pembedahan kecil. Kau jangan risau" tenang Atan padaku kelmarin. Dia pernah alami pembedahan apendiks masa kecik-kecik. Siap katanya dia mintak nak tengok, lagi. Atan nampak doktor dan misi memotong kulit perutnya memasukkan tangan mereka ke dalam, menggodek-godek sesuatu, dan akhirnya mengeluarkan benda yang nampak macam perut ayam keluar dari perutnya. Dan sepanjang masa tu, Atan menyaksikan semua itu berlaku ke atasnya. Yang paling penting, masa tu Atan ialah form three.


"Elleh, budak limabelas tahun boleh, takkan aku tak boleh?..." cakapku sorangsorang di bilik menunggu. Aku kena naikkan semangatku. Perut pun berbunyi-bunyi tanda setuju. Abang attendant ni, mana ni? Orang dah sejuk dah baring atas katil ni?


"Ada kawan abang tu, dia jumpa ada sorang Tok tu kat Kuala Pilah. Atok tu buat pembedahan ghaib. Ramai orang buang apendiks dengan dia.  Kawan abang tu pun buang apendiks dia kat atok tu. Kau pegi, la try..." kata seorang brader dari shift B yang menemani aku merokok ada satu masa dulu. Masa tu, sakit kat perut aku ni takde lah sakit sangat.


"Kau dah tau kau apendiks, kau bantai gasak makan cili macam makan keropok, mana tak berdenyut benda-alah tu?" marah bapak aku masa serangan kesakitan masa hari Raya tahun lepas. Sejak dari tu lah kesakitan kat apendiks aku ni menjadi-jadi.


"Bijik cili yang tak hadam tu, dia berkumpul dalam apendik. Dia punya kemikel romenz dengan benda lain dalam kantung apendiks kau tu yang buat dia meradang, tu" explain abang karkun kat aku masa sessi soal jawab selepas ceramah mingguannya di surau dua minggu lalu.

Aku berbaring di bilik pembedahan dengan lampu terpancar padaku. Mukaku bertutup topeng gas. Di sisiku kelihatan osiloskop dan peralatan dari stainless steel yang nampak mencemaskan memandangkan yang menjadi subjek ialah aku. Kelihatan juga aku yang sedang berbaring ni dihadap oleh beberapa orang yang nampak berminat dengan ruang di abdomenku. Mereka berkata-kata dalam bahasa yang tak aku fahami. Seorang yang nampak macam kepala, dengan kedua tangannya mengadap ke atas, mengangguk dengan perlahan. Kelihatan yang lain mengangguk tanda paham. Tah kenapa, dadaku berdebar.



bersambung pagi esok!

seram



apakah seram? bila sebut seram, kebanyakan terbayang mata terbeliak berurat merah, mulut ternganga histeria, darah, pembunuh bersenjata. Ada yang terbayang kepala yang pecah, isi perut yang terburai atau paip yang tertusuk di paha. Dewasa ini, semakin ramai pula yang menganggap kena rompak, kena denda atau kena buang kerja itu yang lebih menyeramkan. Namun, apakah seram?

Seram berkait rapat denagn perasaan takut. umumnya manusia takut kepada sesuatu yang tidak difahaminya. macam penyakit, hantu atau jenayah. Ketakutan datang bila manusia tidak mampu mengawal apakah yang bakal berlaku kepadanya selepas ini. Lebihlebih lagi bila mereka tak buat persediaan untuk menghadapinya. Lebihlebih lagi bila mereka sangka ia hanyalah pembedahan kecil. Pembedahan nak buang appendik, misalnya...


ikuti kisah seram di bilik pembedahan pada malam ini!
atau kisah hantu kain sarung yang menjadi misteri hingga ke hari ini

Harini aku nak Emo Gila



Aku bukan badmood
Atau salah bantal
Pagi ni aku emo gila
Aku emo tak tentu pasal 

Aku tak tau pada siapa
Atau pada APA
Kerana aku masih tak mengerti
Apa yang sedang berlaku sebenarnya

Kacaubilau, bunuh mati, huruhara.
Bukan di sini atau di sana saja
Bahkan di SELURUH dunia.
Dan seolah-olah tiada gunanya
Aku beria-ia bekerja
Sedangkan semuanya semakin celaka.

Apa gunanya aku mematuhi lampu hijau bila konvoi ketuaku main langgar jer lampu merah?
Apa gunanya aku mengadu pada ketua kampung atau ADUN bila aduanku kat ADUAN RAKYAT lagi efektif?
Apa jadahnya aku bersusah payah macam mintak sedekah dengan customer sebangsa seagama aku ni nak pasang awning dia, kalau aku boleh bawak kertas laminate dan chong duit derma dari foreigner-foreigner yang berlambak kat KLCC sekarang?

Apa gunanya?
Apa gunanya aku ikut jalan susah payah kalau jalan senang tu,
Jalan pijak kepala orang tu,
Jalan tak amanah, rasuah, curi, rompak tu,
Jalan putar alam, DOremi Bujang Lapuk tu,
Jalan blogger, trafik, SEO, keyword itu,
Hanya semudah memetik jari?

Apa gunanya semua ini?

Aku menuding, aku menuduh, aku menghina
Ye. Kan aku dah kata:
Harini aku emo gila.


Saturday, March 12, 2011

earthquake?

where's the gyahahaha?

series, aku tersalah bawak pen drive...

We thought we were doin it right...

Bueh Haloos




I like to spike my Milo with nescafe
sometimes a little bit,
sometimes a spoonfull.
There are times the nescafe overtake the milo.
But now I'm drinking nescafe O
Hot.

Friday, March 11, 2011

Kalau aku bagitau pun, kau takkan percaya!


Kalau aku bagitau kat kau pun, kau takkan percaya.
Cukuplah jika aku katakan:
Aku alien

kadang-kadang



Kadangkadang aku lari dari dunia carcamarba. Aku tak baca suratkabar. Aku tak tengok berita. TV pun dah lama tak bukak. Keluar nak hang-out dengan kengkawan apatah lagi. Aku lebih senang duduk di rumah, membaca buku jika bukan blog, merakamkan perasaan dan keadaan ku di saat itu.

Wednesday, March 9, 2011

#catatan seorang budak yang baru lepas spm (kisah hantu)

Petang tu suram. Dah nak senja pun. Kelihatan Pak Ngah rumah belakang menutup kandang lembunya setelah Chengkot masuk. Chengkot ialah anak Temah. Temah ialah lembu yang Cik Kudang Cipeng hadiahkan pada Pak Ngah 4 tahun dulu. Dah berhasil dah lembu tu.

Aku baru nak masuk dalam rumah. Tetiba Makteh memanggil aku. Aku ditugaskan untuk membeli sedikit keperluan dapur nak masak dinner. Aku dibenarkan naik motor mak aku memandangkan hari dah nak senja. Naik motor mak ialah satu kegilaan aku pada masa tu sebab aku baru reti naik motor. Dapat pulak bila dapat task yang urgent dan mustahak demi keterisian perut keluarga pada malam ini. Kunci diberikan padaku. Aku menghambur ke garaj nak ambik motor.

Sampai di garaj, kelihatan Angah berdiri sugul tercegat di tepi motor. Ewahhh..Dia lagi cekap. Mesti berita tentang task nak kedai Ujang senja-senja ni telah sampai ke telinganya dan Angah dah siap-siap tunggu kat motor. Bijak. Aku suka dengan Angah.

Kami menuju ke kedai Ujang. Perjalanan ke kedai Ujang senja-senja tu berlaku dengan pantas. Angah yang kat belakang aku masa tu hanya terdiam ajer. Dah senja pun. Lagipun nak cepat, ni. Sesampainya di kedai Ujang, aku stand kan motor. Angah berdiri tunggu kat motor sebab motor parking tepi jalan. Kang ada keling mabuk rembat pulak motor mak ni kang. Aku masuk kedai membeli keperluan.

Bila dah beli, aku kembali ke parking motor. Naik motor, Angah naik belakang, kami bergerak. By this time, suasana dah agak gelap. Maklumlah, kawasan kampung aku ni berbukit bukau. Kami melalui kawasan bukit kebun kelapa sawit sebab nak shortcut. Gelap. Tapi sebab nak elak lalu jalan jambatan yang biasanya sesak, kami ikut lalu kebun.

Masa dalam kebun tu lah, Angah berperangai pelik sekejap. Dia tibatiba macam nak berdiri atas motor kat belakang aku. Sibbaik tak jatuh dari motor. Dah la gelap. Aku menampar paha Angah yang berperangai tahapa-hapa senja-senja tu. Dia duduk kembali. Ada satu part masa dia membetulkan posisinya tu, aku terasa hembusan nafas Angah bunyi macam bunyi nafas lembu. Kuat, mendegus dan lembap. Tapi aku tak sapu rasa sejuk berair kat leher aku tu. Sebab motor tengah menurun. Dan aku perlukan seluruh konsentrasi nak mengemudi motor buruk mak aku tu.

Sesampai di depan gate, Angah turun dulu. Dia bukak gate. Biasanya, aku masukkan motor dulu, dia tutup gate, naik atas motor dan kami ke garaj. Tapi kalini, Angah terus berlari masuk ke dalam rumah setelah membuka gate. Aku terjerit-jerit senja menja ni memanggil Angah yang mengelat.

Setelah memparking motor di garaj dan meletakkan bembarang di atas meja di dapur, aku melalui kawasan ruang tamu nak ushar apa yang tersiar bi TV. Kat ruang tamu kelihatan mak, abah, adik aku yang lagi dua orang dan Angah. Aik? Angah? Cepatnya mandi? Siap berbedak sekali?


"Aik? Angah? Cepatnya mandi? Siap berbedak sekali?" kataku pada Angah yang tengah kusyuk tengok cerita Kamen rider kat TV.


"Owang dah mandi dayi dadee, dah. Nanya, mak!" marah Angah padaku.
"Ni mesti mandi kerbau ni. Baru tadi Angah ikut saya pegi kedai ni tadi" kataku.
"Eh? Mana pulak. Angah dok dengan mak tadi. Dia mandi pukul 6sengah tadi lepas air tumpah tu" jawab mak aku unamazed.

Aku ambik towel dan terus nak mandi.

Monday, March 7, 2011

#catatan seorang budak yang baru lepas spm (lesen)





lesen

untuk transpot, aku ada keta mak aku, dan motor kapcai bapak aku. Ada Cagiva abang aku, ada Kelisa bang Angah.

Soalannya aku takde LESEN.

Nak ambik lesen kena ada duit. Duit dah citer.

Kat sini aku nak cerita pasal lesen pulak.

Lesen trenspot, lesen awek, lesen isap rokok, lesen balik lambat dan tido kat rumah orang. Lesen bangun lambat. Lesen nak masuk klik. Tapi yang pentingnya sekarang ialah lesen transport.

Harga ambik lesen keta dan motor sekaligus agak mahal. Abah ada nak bagi skim bayaran ansuran kepada aku pasal ambik lesen ni. Aiseh. Letihla abah ni.

Lesen ni terbahagi kepadda dua: satu ceramah yang berejam-rejam tu, sesi prektikel, dan kemuncaknya ialah masa dengan JPJ. Moment of truth. Lagi satu member cakap, kena pilih ajen yang betul dan berdisiplin. Yang cakap bebaik dan membina pun penting jugak.

Tapi, padaku lesen transpot itu hanyalah umpama satu kursus yang kita kena lalui. Itu ajer. Bila kita dah tau naik basikal, takkanlah saja-saja kita nak gi masuk longkang.

Lesen yang lebih penting padaku sekarang, aku rasa ialah duit. Ada duit, adalah lesen. Kat mana saja aku berada. Duit. Ada duit pun aku boleh beli transport aku. Duit. Duit. Duit.

Muahhhhahahahahahaa...Duit

(interview terpaksa dihentikan kerana budak tu sasau. Doktor mengatakan budak itu keletihan dan kekurangan asap. Dia kena berenti dan isap rokok kejap)

Lesen isap rokok depan makbapak ialah satu trick question sebenarnya. Pada aku, isap rokok adalah isu kesihatan. Dan dari sudut oenjagaan diri, semua orang boleh jaga diri masing-masing. Nasihat bolehlah...


dalam banyak-banyak lesen yang aku kena dapatkan, aku rasa, lesen dapat meraba awek yang baru aku kenali itulah, saat mengambil lesen yang paling syok sekali. Aku sanggup ambik lesen ni berkali-kali. Sungguh mengasyikkan. Dan bila dah dapat, aku nak ambik lesen lagi. hahaha. Akukan budak lepas SPM yang subur?

lesen nak berlagaklah satu benda yang biasa aku gunakan dalam hal pergaulan. Lesen nak selamat dari dibahan, sekurang-kurangnya. Lesen besar. Lesen klik. Lesen pakai motor member. Lesen pakai akaun fesbok dan twitter. Lesen. Huarggggh lesen...




lesen...


Sunday, March 6, 2011

#catatan seorang budak yang baru lepas spm (duit)



duit

nak enjoy kena ada duit. Nak lepak rumah dengan tenang tak buat apa-apa pun kena ada duit. Aku pun kena bayar segala investment makbapak aku secepat mungkin. Takyah dah aku nak cakap kepentingannya berduit. Baik aku pikirkan mana nak carik duit?

Dan kalau aku nak execute plan: "aku nak tour dari Utara ke Selatan MAlaysia, dengan menumpang rumah dan surau masjid, RnR atau berkemah ajer", aku pun kena ada duit. Duit.

Sebagai lepasan SPM, aku boleh kerja memain. Takper. Tak kisah kerja kedai burger atau fastfood, atau kat shopping kompleks. Ni kerja memain. Cari pengalaman dan bergaul secara profesional. Sementara aku cari kerja yang real. Itu kalau aku sambung belajar.


Kalau aku tak sambung belajar, aku nak kerja series. Aku takde kabel dengan orang politik, artis, ketua komuniti, atau wikileaks. Aku kena cari kerja dari sekarang. Kishh. Takut la pulak rasanya. Tapi SPM dah berlalu. Dan result belum keluar.....Hishh Risau la pulak..

Nak duduk kat rumah sensorang, risau-risau pun kena ada duit...


Duit. Tak abis-abis duit.




Ada cakap duit ni macam janggut. Harini cukur, insya Allah esok tumbuh lagi. Janganlah risau sangat. Tapi ni sesuai untuk aku budak lepas SPM (dan yang single) ajer, kot?

Aku boleh kerja kilang. Boleh gak melalui perjalanan sebagai seorang mat kilang dalam hidupku. Lagipun kerja kilang ada EPF SOCSO, adda slip gaji. Gempak sikit. Awek pun boleh tahan. Tapi sebab nak tekel awek amoi punya pasal, aku ingat, nak mulakan dengan jual tshirt kat tempat-tempat amoi bersidai. Hahaha.

Tak-tak-tak.


Kembali kepada topik: duit.

Duit ialah soal pengurusan nafsu dan impian. Pasal simpanan di hari tua. Tak kisah lah. Aku muda lagi. Yang penting sekarang, aku perlu duit untuk enjoy. Dan nak bayar air masa belanja amoi...

Nak ambik lesen pun kena pakai duit. Hishhh. Apa result SPM aku?


Hahahaaha

Saturday, March 5, 2011

#catatan seorang budak yang baru lepas spm (sambung belajar?)






nak sambung belajar

Aku baru lepas SPM. Maknanya, aku baru abis BELAJAR. Soalan umumnya ialah, adakah aku nak sambung belajar? 

SPM aku tadi aliran sastera. Jadi, aku lebih kepada adminstrative, yuppie looking, spectacle-wearing, long sleeve-tuck-in muthafucka. with neck tie.


9to5

itulah next stage lepas aku grad nantik. Grad?


Maknanya aku kena sambung belajar. Tapi itu ikut rezeki dari result. Aku pun tak tau camaner result aku. BM pun aku rabak. Ni kan pulak BI. Hancus. sekadar nak pas tu, boleh. Sibbaik aku baru abis. Aku dengar diorang nak wajibkan subjek Sejarah. Nasib korang laaa.

Berbalik ke pangkal jalan, ahhh!!!! Aku baru habis exam laaa. Freedommm!!!!! Aku nak lupakan semua ni sekejap. Legaaaaaaaaaaaaa. Yahooooooooooooooo....


Kau tak lega ke?

Dari umur 7 tahun, sampailah 17 tahun, aku kena bangun pukul enam pagi, stay up, miss makan tengahari kengkadang, pergi kelas itu ini, tusyen musyen, ko-Q cibai, monotonic, oppressive stupid muthafucka.


Sekarang aku dah bebas. 

Aku nak parking cerita belajar-belajar ni di lain kali. Hahahaha.

#catatan seorang budak yang baru lepas spm 2





imej, karakter


sebagai lepasan spm, aku boleh memilih imej aku. Kenapa pilih imej? Mesti arr. Kalau tak kang, takde identiti. Takde filosofi. Susah nak market. Takde follower dalam FB. Kuranglah LIKEnya.

Aku boleh nak ikut trend, atau nak ikut kengkawan, atau nak ikut makbapak, atau nak ikut jenis kemaluan target yang aku target.

Lagi satu, aku ni lelaki. Dan aku ni Islam. So, syarat asasnya, kawasan antara pusat ke KEPALA LUTUT tu, bertutup dari pandangan orang.


Tapi awek aku nak seksi. Aku tak pedulik.

Berbalik kepada imej, pada aku, yang penting ialah kerek. I mean. Characteristic. Ada watak dan attitude sikit-sikit. Yang tadi tu cuma luaran ajer. PAKAIAN. Tak sama dengan isik; Walaupun aku ni budak lepas SPM aku rasa, dunia dewasa itu is just around the corner. Jadi pada pendapat aku, imej luaran aku tu, takdelah aku sendiri yang cakap "amender aku buat ni?" satu hari nanti.

Tattoo contohnya. Bertindik contohnya. Body modification contohnya. Sumer tu syok sendiri sebenarnya. Self indulgence muthafucka. Orang hebat nampak NORMAL jer dari luar. Blend well dalam masyarakat. Tak perlu nak pakai tshirt mencarut atau kaler-kaler rambut. Be your self. Tapi biarlah sedap mata memandang.

Berbalik kepada imej, aku nak pilih imej apa? OK. Member-member aku, camaner? Kat mana aku akan kelihatan? Apa pakaian dan attitude aku semasa aku keluar nak beli nasi lemak kat pasar malam minggu? Masa reunion, aku nak tampil camana? Nak lawak-lawak sikit ke? Nak emo-emo ke? Nak Korea? Rambut Chemical Romance? Tomok? Bieber? Ke aku nak pakai songkok 8" atau kopiah tabligh? Aku pun ada janggut LinkinPark sikit-sikit ni. Baru nak tumbuh. Orang cakap kalau nak kasi lebat, kena cukur kasi lawan urat bulu. Pastu selalu urut-urut cam orang berpikir tu. Tapi kenapa aku nak berjanggut? Ntah? Mungkin sebab muka aku tak hensem? Atau sekadar average? Aku kena terima hakikat. Takleh caya inspirational quote atau lagu Macy Gray buta-buta. Yang persoalannya sekarang, AMOI suka imej yang camaner?



Hehehe...

Friday, March 4, 2011

#catatan seorang budak yang baru lepas spm (awek)





awek


sekarang aku dah bebas. Dulu aku takleh kapel. Mak ngan abah marah. Diorang cakap, bila dah kapel, mesti ada ringan-ringan. Mesti ada buang bayi. Diorang taknak anak emas intan payung ketipak ketipung diorang ni buang bayi. Atau membazir air mani.


So sekarang aku dah bebas. Sekarang aku dah boleh simpan awek. Tapi member aku cakap, nak lagi best, aku kena dok kat rumah sendiri. Baru ada port pepehal nanti. Maklumlah. Doa makbapak kan makbul?


Sekarang aku nak cari awek. Aku nak pilih yang camaner, arr? Haha. Sebagai seorang Melayu tipikal, yang populasi kengkawannya terdiri daripada bebudak lepasan SPM jugak, mengawekkan seorang amoi yang seksi, adalah satu trofi, ketika menghadiri jamuan atau gathering yang akan banyak diadakan selepas ni nantik. Maklumlah. Aku sekolah kat sekolah yang happening. Bebudaknya tight. Hehari twit tak henti.

Aku takleh target amoi dikalangan yang aku kenal. Tak fight arrr. Tak out of the circle laaa. Aku kena tau lubang amoi. I mean, lubang nak cari amoiii, laaaaa! Hahaha.


Mana nak carik amoi? KLCC? Terminal One Seremban? Aku dengar amoi Ipoh tara sombong? Eh? Kalau aku boleh memilih, apsal aku nak pilih amoi MALAYSIA ajer? Baik aku pilih Brazil ajer. Latino heat! Haha. Tapi diorang takleh dibawak ke gathering. Takper, Itu long term planning. Short term ni, dapat amoi pun gempak dah. Bila ada awek amoi ni, wa cakap lu, mana scene kita masuk pun nantik, kita ni dipandang satu macam. Hehe. Pergggghhhh. Jap. Aku nak berangan jap. Maklumlah..Budak SPM kan subur?


Bye...

#catatan seorang budak yang baru lepas spm (CC)



sebelum aku pergi lebih lanjut, aku nak sound satu benda. Cyber Cafe kena jaga tahap kepongapan ruang realiti mereka. Walau camana lajupun ruang cyber yang mereka offer, mereka kena tukar filter aircond mereka. Sekurang-kurangnya semburlah fabreeze.

Kat cybercafe yang boleh isap rokok pulak; letakla exhaust fan kat belakang flatscreen komputer ni. pastu selalu servis ashtray. Sapu habuk tu. Jual air. Dan paling penting: ada tong sampah dan gitar kapuk. Eh?...Kalau ada lubang jual nusan hijau pun lagi bagus.

lepas tu, pastikan lubang usb semua ok. kena ada antivirus dan panda usb vaccine. pastu earpiece headphone tu kasi servis sikit. Berpeluh-peluh, bau ketiak dah.

Bercakap pasal ketiak, aku rasa cyber cafe kena ada penyambut tetamu. Supaya dia boleh segregate pengunjung cc tu. Bebudak sekolah tak pakai deodoran, satu part. Budak pompuan tudung dengan tak pakai tudung, kasi asing. Awek lawa taruk dekat dengan kita. PADI atau PATI, satu bahagian. Pepaham jelah. Bila dah online, semasing macam jadi driver kat atas jalan. Semua watak skizo mereka mengambil alih. Tu yang kengkaang boleh dengar orang cakap atau gelak sensorang depan flatscreen. Tu sumer biasa. CC ni penuh. Ramai. Tapi tak sorang pun sedang bercakap sesama mereka. Tapi bising. Bau cam kedai snooker pun ada. Tetiba aku rindukan kedai game duaposen. Macam Harlem, Ruby, Wisma punca Emas, kat Seremban. Gempak la...



Asar dah masuk...

Siri Catatan Budak Lepas SPM

Akuskizo dengan bangganya mempersembahkan Siri Aku Budak Lepas SPM. Siri ini akan bermula esok dan akan tersiar satu entry untuk setiap hari. Target nak buat selama seminggu jugak. Tapi takdelah saiko cam Update FB yang Tegang haritu. Ni OK sikit. Makan ubat.

Siri ini ditujukan kepada semua budak yang baru lepas SPM. Sebagai guideline persediaan demi menempuh alam SELEPAS SPM. Setiapnya adalah umpama catatan mamat tu dalam membincangkan setiap topik yang diberikan. Ahh. Layan jlah. Zassss.




Thursday, March 3, 2011

Haisshhh

(baru nak mula jer...dah rasa nak BERanAK)

.
.
.

so here goes:



Haishhh Scuba, kenapa kau buat camtu?


Takbley ke?


"Unwise"


Unwise?


Tak menampakkan kebijakan kau dengan melayan kerenah bebudak. Dahla tu, kau tulis panas-panas laktu. Kau pun tau budak tu saiko. Lagi kau nak gi jolok sarang tebuan buat apa?


Tak jolok, tak dapat madu.


Kau nak ke madu dari sarang tebuan yang macam tu?


Madu ialah madu. Aku tak memilih.


Tapi diakan ramai kengkawan yang sanggup sehidup semati dengan dia? Kau apa ada?


Aku ada *ni*...

Wednesday, March 2, 2011

Mangsa Dakwah yang skizo 2




Wa tak puashati betul dengan pak-pak lebai ni. Dalam blog dia cakap macam bagus, tapi kat blog orang, mencarut-carut dan maki orang tak ingat dunia. Dia ingat wa ni takde agama ke? Dia ingat wa ni tak mengucap ke? Wei, bapak wa imam, lu tau ke?

Diorang ni, jangan wa salah cakap kat diorang. Dapat point satu, dia canang satu blogosphere (atau tweetersphere). Siap kasi ayat dan hadis lagi sepam dua. Belum sempat wa nak tukar statement, dah sampai dah wa kat neraka ketiga. Tak cukup dengan tu, dia buat entry lagi citer pasal wa dan gelak dengan rakan-rakan masjidnya.

Wa bengang. Wa saiko. Dan dalam semua perasaan emo itu, takde sekali pun wa terpikir nak sujud taubat kat tuhan. Takde. Yang ada cumalah rage, marah dan benci yang teramat sangat. Biasanya wa akan tak dapat tidur. Dan bila tidur wa dah terganggu, wa akan serang lu.

Wa akan korek blog lu dan cari point. Lepas tu wa akan kaji balik ayat yang lu guna kepada wa tadi nak tengok kalau-kalau lu ada salah guna ke amender. Lepas tu, wa tulis satu entry. Sebelum wa up itu entry, wa tweet sama kengkawan kasi diorang pun uptodate dengan isu ini. Barulah bila wa up entry, wa ada backup.

Wa tak pedulik apa yang jadi lepas wa post itu entry. Yang penting, mamat-mamat lebai ni nak kena ajar. Diorang ni bukan paham sangatpun apa yang diorang ikut tu. Baru paham sikit-sikit dah nak jadi mufti, kadi. Wa tetap nak tepek diorang dan tengok sapa lagi yang berbunyi.
-----------------------